Pada saat anda mahu melakukan sesuatu perkara, sudah tentu anda telah berfikir ‘masak-masak’ perkara tersebut. Tindakan yang anda mahu lakukan tidak lain tidak bukan, hendaklah memberi keuntungan dan kebaikkan kepada anda. Jika tidak, pasti tindakan anda sia-sia bukan?
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda perlu pegang satu formula istimewa ini, iaitu ‘ASK’!
- Abjad A, merangkap perkataan attitude atau tingkah laku.
Kita tidak mampu mendapatkan hasil yang memuaskan daripada sesuatu tindakan tanpa adanya good attitude. Tingkah laku negatif seperti malas, tidak berdisiplin dan berfikiran negatif tidak mampu mengubah sebarang keadaan. Ubahlah sikap anda menjadi lebih baik dan positif, kerana ini juga sebahagian daripada akhlak seorang Muslim!
- Abjad S, merangkap perkataan skill atau kemahiran.
Apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan, perkara kedua terpenting adalah kemahiran. Namun, kemahiran tanpa tingkah laku yang betul tidak mampu menjamin keberhasilan. Kerana hanya dengan sikap yang betul, akan meletakkan kemahiran kita tepat di tempatnya. Jadi, kita wajib memiliki sikap positif agar kemahiran kita benar-benar berguna.
- Abjad K, merangkap perkataan knowledge atau ilmu.
Sesungguhnya luas cabang ilmu yang perlu kita kuasai. Tidak kira ilmu kehidupan mahupun ilmu keperluan kita ketika itu, kita boleh kaitkannya dengan tindakan yang sewajarnya kita lakukan. Hanya dengan ilmu dan kebenaran, ia akan memberi petunjuk jalan keberhasilan. Sebaliknya sekiranya kita berhenti belajar, akan bermulanya titik kejatuhan secara tidak langsung.
Oleh yang demikian, jadikan detik kehidupan setiap hari untuk kita terus belajar daripada keadaan sekeliling kita, seterusnya memperbaiki diri. Sematkan formula ASK didalam pemikiran sebelum melakukan sebarang tindakan. Anda pasti terkejut dengan result yang bakal anda perolehi!