fbpx Skip to main content
search
0

Puan Fazlina Muhamad, Platinum Dr. Roket yang juga merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat hampir 10 tahun. Berasal dari Melaka, beliau mendapat pendidikan awal semenjak sekolah rendah di sana. Kemerlangan didalam akademik, membuatkan beliau pernah ditawarkan menyambung pengajian di Australia suatu ketika dahulu.

Semasa dalam perkhidmatan tentera, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian Master sebagai meneruskan cita-citanya sejak dahulu. Kemudian pada tahun 2016 , beliau menyambung PhD. Beliau sanggup berulang- alik dari Melaka ke Bangi atas tujuan pengajian pada ketika itu.

Beliau akui perjuangan PhD tidaklah semudah yang disangka. Namun begitu, beliau berasa bertuah kerana disokong oleh rakan- rakan seperjuangan dan mendapat motivasi daripada penyelia. Namun, kerana kurangngya bimbingan mengenai proses Master PhD, beliau rasakan perlunya memiliki seorang mentor pengajian.

Berbekalkan semangat menuntut ilmu, beliau mahu mencari jalan agar dapat menjalankan pengajiannya dengan lancar dan laju. Beliau sedar bahawa pengurusan masa dan kaedah pengajian yang teratur perlu beliau perbaiki, disamping mengekalkan semangat PhD didalam diri.

Secara kebetulan semasa PKP, beliau terlihat iklan Dr. Roket dan terus merebut peluang yang ada untuk menyertai Dr. Roket. Beliau terus hadir ke seminar virtual Nak Ubah Tesis (NUT), dan bermulalah episod beliau berjumpa dengan circle group yang positif, disamping dapat mengenali sahabat seperjuangan dari semua Universiti.

Beliau bertuah kerana turut mendapat sokongan yang tinggi daripada penyelianya. Selepas berjumpa Dr. Roket, bukan sahaja tesis beliau meningkat naik, malah kehidupan beliau juga berubah. Beliau semakin nampak jelas tindakan dan perkara yang perlu dilakukan untuk tesisnya.

Jikalau dahulu, beliau hampir berputus asa untuk meneruskan pengajian PhD. Syukur, selepas mendapat bimbingan Dr. Roket, beliau berasa lebih bersemangat didalam PhD. Beliau kini mahu fokus kepada BIG WHY dan tujuan pengajiannya itu, iaitu untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Kini, keluarganya nampak perubahan positif dirinya. Beliau lebih menjaga waktu kerana telah mula ada jadual harian untuk aktiviti dan tugasan harian agar lebih tersusun. Baginya, sertai circle group Dr. Roket adalah satu kegembiraan, dan merupakan satu sistem sokongan yang sangat penting untuk membantu satu sama lain!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x