Bulan Ramadan kini tiba!
Mungkin ada yang ternanti-nantikan bulan Ramadan kerana suasana untuk berkumpul dan makan bersama, mungkin juga kerana malam Lailatul Qadar.
Ataupun mungkin ada yang tak sabar menantikan bazar Ramadan kan?
Haa… cepat mengaku…
Yelah, mestilah kadang-kadang tu ada waktu malas nak masak atau sengaja nak mencuba juadah lain kan?
Tetapi, bila sekali pergi ke bazar, pulangnya dengan berplastik-plastik pulak! Kecur liur rasanya apabila melihat kesemua juadah yang dijual, kan?
Macamn ni, tak salah nak membeli di bazar, tetapi apa kata anda baca tips untuk pemilihan makanan di bazar di bawah?
Nak beli makanan pun kena ada tips yang betul tau!
Selamat membaca~
1. Bau terlebih dahulu.
Jika ada bau kurang menyenangkan.
Seperti bau hanyir dan seakan akan tak masak (mentah). Elakkan.
2. Kenal pasti tekstur dan rupa makanan/minuman.
Makanan yang dibuat fresh.
Akan nampak menyelerakan dan tak lembik.
3. Elak beli kuah atau salutan yang ada berkeladak/berbuih.
Risiko tinggi ia sudah pun basi.
Apabila kuah berbau serta berlendir.
Berkemungkinan dibuat pada hari sebelumnya.
Dan ‘dikitar’ semula.
4. Elak makanan yang bewarna gelap dari sepatutnya.
Berkemungkinan digoreng dalam minyak lama.
Keluarkan bahan kimia yang berinteraksi dengan udara.
Risiko untuk terkena kanser.
5. Berhati hati dengan hurungan lalat.
Terutama langau dan lalat.
Yang merupakan sejenis serangga pembawa kuman.
Risiko untuk food poisoning.
6. Elak beli makanan yang ada ‘tahi lalat’ melekat padanya.
Tahi lalat ada bakteria patogenik selain pembawa parasit dan virus.
7. Kenal pasti bahan tercemar pada makanan.
Contohnya rambut bergumpal, cebisan plastik dan serangga.
8. Bila dah beli, elak simpan lebih dari 2 hari.
Risiko untuk kuman seperti Salmonella, E. coli dan Bacteroides membiak.
Sumber info: artikel ‘8 Tips Mudah Pilih Makanan Ketika Di Bazar Ramadan‘ oleh Dr Rizal
Sumber imej: Google
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: