Sejak dahulu lagi, sektor pendidikan dan sektor industri saling berkait rapat. Pelajar yang telah tamat pengajian akan memegang ‘title’ sebagai seorang GRADUAN dan kebanyakan daripada mereka akan mula ‘menjenamakan’ diri untuk menceburi bidang industri masing-masing.
Namun, mudah atau sukarnya untuk diterima dalam industri itu bergantung kepada graduan itu sendiri sama ada memiliki kepakaran, pengalaman, mahupun kemahiran yang diperlukan dalam industri.
Tidak kira mereka merupakan graduan Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana (Master) mahupun PhD, kesemuanya saling bersaing untuk menjadi graduan yang diterima dalam pasaran.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat keratan akhbar yang memberi kenyataan iaitu:
”Industri Tak Bersedia Terima Graduan PhD - Utusan Malaysia
Ini menimbulkan seribu satu persoalan kepada para akademik, graduan, bahkan pihak Universiti yang telah sedaya upaya untuk memastikan subjek-subjek di Universiti bersesuaian dengan pasaran kerjaya yang ‘high demand’ sekarang.
Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, antara faktor industri masih tidak bersedia menerima graduan PhD adalah kerana:
“Pelajar akan menyambung pengajian pada peringkat tertinggi jika peluang pekerjaan dan kadar gaji yang munasabah diberi kepada mereka, namun perkara tersebut sukar berlaku”. – Tuan Kamarul Bahrin.
Menurutnya juga,
“Pandangan pelajar melanjutkan pelajaran adalah untuk bekerja, tetapi jika kita lihat sekarang yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda seumpamanya pun menghadapi kesukaran mencari peluang pekerjaan” – Tuan Kamarul Bahrin.
Walau bagaimanapun, menurut seorang graduan PhD, Dr. Vimal Priyashman dalam sebuah video, isu ‘industri sukar menerima graduan PhD’ ini hanyalah berdasarkan persepsi daripada graduan itu sendiri.
Ada sahaja syarikat yang menerima graduan yang berkelulusan PhD asalkan mereka membuat permohonan kerja tersebut dan memiliki kemahiran yang diperlukan syarikat.
Sekiranya kemahiran itu tidak diperlukan dalam jabatan yang dipohon, calon majikan sedia untuk menempatkannya di jabatan yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki.

Berdasarkan keratan akhbar di atas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyasarkan 60,000 graduan PhD pada tahun 2023 tetapi dilihat tidak realistik oleh beberapa pihak.
Oleh hal yang demikian, sasaran KPT ini gagal dicapai kerana 3 punca:- tiada geran, tajaan biasiswa dan kurang minat oleh pelajar.
“Tiada minat dalam kalangan belia sendiri untuk belajar sehingga tahap PhD setelah melihat prospek yang tidak memberikan impak besar kepada peluang kerjaya dan pendapatan yang lumayan”. – Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.
Jika difikirkan semula, bagaimana dengan negara kita pada 5 hingga 10 tahun akan datang sekiranya sasaran ini gagal dicapai? Sedangkan mereka yang memiliki PhD ini sangat diperlukan untuk menyumbang kepada negara.
Impaknya, negara akan kekurangan pakar dan individu berkemahiran di dalam pelbagai bidang kerana kurang galakan untuk menyambung pelajaran sehingga ke ‘level’ PhD.
Namun, dengan adanya:
- proses yang betul untuk mewujudkan para pelajar PhD sehingga menjadi pakar dalam bidang
- circle yang positif di sekeliling pelajar untuk terus mendapat galakan dan sokongan untuk mula dan habiskan pengajian
- mentor yang tepat untuk membantu pelajar dalam pengurusan belajar
Ini akan membantu sasaran KPT terhadap kenaikan jumlah graduan PhD, bahkan membantu industri untuk memilih calon pekerja yang berkemahiran dan berkelayakan untuk pasaran.
Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan/pendapat anda di ruangan komen yang disediakan.
Sumber content: UtusanMalaysia, Whizid
Sumber foto: google
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: