fbpx Skip to main content
search
0

Kuala Lumpur – Baru-baru ini, program selama tiga hari (20 – 21 Disember) di KIP Hotel benar-benar medan inspirasi yang mencuri perhatian ramai, terutamanya pejuang ilmu yang hadir.

Bermula dari Special Vivalicious 2.0 kemudian PTP Appreciation Night hinggalah ke Roket Intensive Class 3, setiap sesi dipenuhi dengan perkongsian ilmu, pengalaman, dan strategi yang tidak ternilai.

Hari Bersejarah di Special Vivalicious 2.0

Pada hari pertama, program ini membuka tirai dengan pembentangan 6 tesis PhD dari pelbagai bidang seperti Bahasa Arab, Perubatan, Sains Komputer, Pendidikan, dan Kejuruteraan. Bukan tesis biasa-biasa ya! Setiap halaman tesis itu menyimpan kisah perjuangan, pengorbanan, dan semangat luar biasa yang hanya ‘geng PhD’ akan faham.

Antara yang menarik perhatian adalah kajian tentang Penentu Motivasi, membawa ke pada kajian Iot, Botnet. Genome, Biofuel, bahkan tentang Premature Baby.

Yang lebih mengagumkan, ada peserta yang sanggup terbang dari Oman semata-mata nak bentang tesisnya – dalam Bahasa Arab pula!

Bukan Sekadar Pembentangan

Program ini lebih daripada sekadar berkongsi tesis. Ia adalah medan latihan sebenar untuk peserta belajar teknik, strategi, dan mindset yang betul.

Antara perkara yang peserta dapat pelajari:

  1. Cara bina aliran tesis yang “mesra” penyelia dan pemeriksa.
  2. Teknik jaga emosi dan kekal bermotivasi sepanjang perjalanan akademik.
  3. Rahsia “WOW Factor” untuk pastikan viva jadi sesi yang luar biasa.
  4. Strategi persediaan sebelum penyerahan tesis penuh.
  5. Bagaimana tesis boleh jadi “legacy” yang terus memberi manfaat.

Malam Penghargaan: PTP Appreciation Night

Selepas sesi pembentangan, suasana berubah menjadi lebih santai pada waktu malam. PTP Appreciation Night adalah masa untuk meraikan para affiliate, sukarelawan, team, PIC dan serta jemputan istimewa kepada presenter Special Vivalicious 2.0. Syukur, malam itu dihiasi dengan sesi pertukaran hadiah, sesi penganugerahan, gelak tawa, dan rasa syukur atas usaha bersama dalam menjayakan PTP. Semua yang hadir dapat menikmati dan meraikan saat istimewa bersama komuniti PTP yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar PTP Oktober 2024. Tidak dilupakan sekalung tahniah kepada Dr. Radziah Mohd Dani yang memenangi UGC Video Contest dalam PTP baru-baru ini.

Gabungan Mantap: Special Vivalicious & RIC 3

Tahun ini sedikit istimewa kerana Special Vivalicious digabungkan dengan Roket Intensive Class 3 (RIC 3). Program tiga hari berturut-turut ni padat dengan strategi yang lebih “advance” untuk bantu peserta bukan saja fokus pada tesis, tapi juga capai keseimbangan dalam hidup.

Dalam RIC 3, peserta diajar:

  • Cara buat tesis nampak “gembira” di mata penyelia.
  • Strategi kekalkan mindset positif walaupun tengah struggle.
  • Teknik buat Viva jadi pengalaman “seize the moment”.
  • Tips penting untuk persediaan tahun 2025.

Sokongan padu CRMP & Team

Sokongan daripada pasukan Coach Roket Master PhD (CRMP) juga memainkan peranan besar. Mereka ni bukan calang-calang – ada yang dah jadi pensyarah, ketua jabatan, jurutera, usahawan, Head of Department, malah ada yang dari universiti seperti UiTM, UPM, UKM, dan Cambridge!

Bukan itu sahaja, tanpa team sendiri tiadalah program Dr Roket yang dapat dijayakan selama ini. Terima kasih kepada semua CRMP dan team yang hebat!

Penutup

Special Vivalicious dan RIC 3 bukan sekadar program, tapi ruang untuk belajar, berkongsi, dan dapat motivasi baru. Untuk peserta yang hadir, mereka bukan saja dapat ilmu shortcut, tapi juga inspirasi untuk terus melangkah jauh dalam dunia akademik.

Bagi yang terlepas? Jangan risau, perjalanan masih panjang. Selagi ada semangat, selagi itu kejayaan boleh dicapai!

Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x