Tidak semua perjalanan menuju kejayaan itu mudah. Ada yang melalui jalan yang penuh liku, ada yang hampir menyerah, dan ada yang bangkit dari titik terendah. Inilah kisah seorang insan yang mengharungi 9 tahun perjuangan PhD, berdepan lebih lima kali pertukaran tajuk, dan hampir berputus asa berkali-kali.
Namun, di sebalik segala keperitan, insan ini menemui kekuatan untuk bangkit semula. Perjalanan ini bukan sekadar tentang mendapatkan gelaran akademik, tetapi tentang mengatasi cabaran, melawan diri sendiri, dan menemukan harapan di saat paling gelap.
Jika anda sedang berjuang dalam kehidupan atau pengajian, kisah ini mungkin menjadi inspirasi yang anda perlukan untuk terus melangkah. Adakah anda bersedia untuk menyelami perjalanan luar biasa ini?
Di bawah ini adalah nukilan daripada seorang pelajar PhD yang menulis mesejnya kepada Dr Roket.
“Assalamualaikum Doc,
Salam Rejab & Selamat Tahun Baru 2025!
Nama sy …, Platinum … dari …. Deme panggil sy …. Doc, izinkan sy untuk mesej Doc di sini. Maaf sekiranya sy menganggu. Doc, sy kini hampir menuju peringkat akhir perjalanan tesis. Sy menerima Notis Penyerahan Tesis Untuk Pemeriksaan pada 23 Disember 2024. Sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bimbingan & motivasi Doc sepanjang proses ini. Pada awalnya sy tak pernah bayangkan impak bimbingan Doc, bukan saja akademik tapi juga peribadi. Doc tak jemu2 mendengar, menasihati & mempercayai pelajar2 Doc. Bimbingan Doc banyak membantu sy merungkaikan cabaran pengajian malah cabaran kehidupan juga.
Perjalanan phd sy 9 tahun. Pertukaran tajuk tesis sy melebihi 5 kali. Percubaan utk quit banyak kali. Awal tahun 2020 sy hampir betul2 quit. Dek cabaran kesihatan mental. Apabila betul2 didiagnosis penyakit rare disorder, sy sgt down. Sy malu berdepan semua org. 2 tahun sebelum tu sy berkurung di rumah. Sy tak nak buat apa2 lgsung Doc, termasuk PhD.
”Dr Roket penyelamat sy. April 2020 sy jumpa Dr Roket dlm telegram. Alhamdulillah sy kekal hingga hari ini. Masih struggle dgn cabaran tersebut di samping cabaran yg lain, namun sebagai platinum, Alhamdulillah sy kekal tenang walaupun ada masa sy huru hara Doc. Sy bersyukur sgt ada dlm circle Dr Roket. Terima kasih byk Doc..
Sokongan & ilmu Doc sgt luar biasa. …. Uniknya nasihat Doc selalunya melangkaui akademik & ianya memberi kesan sgt mendalam kpd perkembangan peribadi sy Doc.
Apa yg paling sy kagumi adalah dedikasi Doc yg tak berbelah bahagi kpd kami … . Bimbingan Doc jadi cahaya panduan kami. Sy & sahabat2 sgt2 berterima kasih & menghargai Doc..
”Terima kasih Doc kerana menjadi lebih daripada mentor akademik. Doc adalah sumber inspirasi, teladan & istimewa utk kami semua. Sy rasa bertuah sgt dapat keistimewaan belajar dlm Dr Roket. Tak tahu nak ungkap bagaimana tp rasa bertuah & bersyukur sgt. Ilmu & motivasi yg Doc kongsikan akan terus sy manfaatkan utk sy bergerak maju ke hadapan & membantu insan2 lain.
Sekali lagi, terima kasih byk2 Doc dari lubuk hati sy. Terima kasih Dr Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri & Dr Mardiana Mat Ishak utk segalanya.. ❤️❤️❤️ sy ingin mengambil kesempatan utk memohon maaf semua salah silap degil sy. Halalkan segala ilmu bimbingan Doc. Sy mohon doa Doc & Dr Mar utk sy. … sgt bermakna utk sy. Terima kasih byk Doc. Doakan sy Doc..
Salam 1 Rejab & Tahun Baru 2025 dari anak muridmu yg nakal & degil,
…
Pelajar PhD
Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.