Pasti ramai yang tersenyum bila saya catatkan tajuk ini. Tak kurang pula yang tak sabar-sabar nak baiki hubungan dengan SV.
.
SV manusia seperti anda. Makan nasi dan beremosi. Bezanya umur mereka lebih tua dari anda. Anak lebih ramai ( dibaca bergantung keadaan), pengalaman dalam dunia akademik lebih lama dan komitmen lebih banyak.
.
Salah satu faktor terBESAR membuatkan anda bergraduat G.B.T atau G.O.T dan termasuk G.A.T adalah SV..! Jangan ambil ringan hubungan anda dengan SV. Banyak sangat saya dengar dari PG “Alhamdulillah SV saya banyak bantu untuk saya grad..”
.
Faktanya mereka amat menjaga hubungan dengan SV. Tandanya kekerapan mereka bertemu SV. Bukan menghilangkan diri atas alasan tiada progress doc. Atau alasan paling best saat ini adalah “LAB TERBAKAR..”
Saya kongsikan 3 TIP BAGAIMANA HADAPI RASA TAK PUAS HATI DENGAN SV..?
.
1. Elakkan dari bercerita masaalah peribadi.
Semasa anda berkongsi dengan SV. Anda mungkin sekadar mahu berkongsi untuk SV faham situasi anda.
.
Mungkin juga dibaca alasan thorrrrrbaik untuk cover kelembapan anda menulis. Pastinya SV akan mendengar kerana anda bercerita.
.
Cuma kebanyakan SV telah lock minda mereka dari awal ” Saya hanya nak tahu progress thesis dan bagaimana aku boleh bantu..” Itu sahaja ini bukan bilik kaunseling.
.
Bila anda bercerita segala “kekurangan” ia akan menimbulkan tanda tanya buat SV adakah semua cerita luka lara ini akan membuatkan calon ini lambat graduate..? Dia ni nak minta excusekah..?
.
Satu jam pertemuan dihabiskan untuk input emosi bukan tesis! Akhirnya anda yang rasa tak puas hati. Ehh aku jumpa banyak kali Prof ni tapi tesis tak gerak pun?
.
2. Senaraikan kebaikan SV
Saat calon rasa tak puas hati cuba ingat dan senaraikan kebaikan SV. Masa yang diberikan,komitmen dll.
.
Contoh pernah tak kita isi borang secara online tanpa maklumkan kepada SV. Kemudian pihak ketiga maklumkan kepada SV untuk luluskan permohonan anda..?SV luluskan tanpa banyak soal.
.
3. Selalu Muhasabah diri. Kita Calon Ph.D jenis apa..?
a. Berikan 100% komitmen. Bagaimana?
Sentiasa bersedia menerima ulasan SV. Jika tidak puas hati berkomunikasi dengan baik. Bertemu SV tanpa dihubungi. Menjadikan pertemuan walau 10 minit amat bermanfaat untuk tesis. Terakhir sentiasa doakan SV.
b. Berikan 40% komitmen dengan harapan SV akan siapkan tesis kita.
Merungut panjang bila diminta untuk buat pembetulan. Bertemu SV hanya untuk dia kata “YA” untuk semua yang anda tulis. Memohon sesuatu untuk melepaskan diri anda tanpa berbincang dengan SV.
.
Ingat berinteraksi dengan SV dengan “Otak” bukan “pisau”.
.
Maafkan SEMUA kesilapan SV anda dan MOVE ON..!
#DrRoket