fbpx Skip to main content
search
0

Artikel ini khas untuk ANDA! Ya, anda yang bergelar bangsa Posgrad, yang berfikiran jauh ke hadapan bagi melancarkan pengajian Master PhD anda, di samping menjimatkan tenaga, masa dan kewangan.

Di bawah ni ada sedikit panduan untuk anda yang baru sahaja sambung pengajian berdasarkan pengalaman nyata:

1. Selepas anda mendaftar sebagai pelajar Master PhD, elakkan membuang masa dan enjoy life dahulu.

= “Master/ PhD is a journey“. Kurangkan menyertai program di sana sini, namun fokuslah dalam penulisan, mulalah mencari tajuk dan bahan.

2. Sebelum atau setelah selesai subjek, usahlah cepat berpuas hati terlebih dahulu.

= Sebaiknya, anda teruskan mencari tajuk dan bertanya, apatah lagi menulis proposal. Lagi cepat lagi bagus!

3. Setelah selesai membentangkan proposal, ini masa untuk anda gunakan senjata mata pena anda untuk berperang!

= Katakan pada diri, “Inilah masanya untuk berjuang”. Kurangkan tidur, makan, perlahankan aktiviti program sana sini dan anda perlu terus mencari bahan dan tulis.

4. Anda perlu rajin berjumpa dengan penyelia.

= Sentiasa berhubung dengan SV bertanya khabar, adakan perbincangan secara berkala dan binalah hubungan baik agar ilmu anda lebih berkat!

5. Apabila ke perpustakaan, pastikan anda fokus 100% terhadap buku di depan mata.

= Tak perlu buka laptop dalam masa yang sama. Elakkan melayari Facebook terlebih dahulu, komen dan tulis status, Check-in “Berada di library, buat tesis, inilah rutin sebagai pelajar postgrad”, ini sebenarnya hanyalah kepura-puraan diri sekiranya anda tidak fokus!

Usahlah buka tab melayari Lazada dan laman web yang membuang masa. Hadkan masa untuk anda layari internet, iaitu hanya setelah anda siap target penulisan. Wajibkan diri anda melihat jam atau set timer. Sebaiknya, nantikan azan Zohor dan berehat, inilah masa anda ‘me time’ dan melayari internet sebentar.

6. Carilah buku, bahan dan maklumat yang benar-benar anda perlukan untuk kajian sahaja.

= Terus menulis sekiranya sudah menjumpai bahan yang bersesuaian, usah tunggu kesempurnaan bahan rujukan baru hendak menulis, utamakan progress penulisan!

7. Usahakan hadir program seminar Master PhD Roket; “Habiskan Master PhD dalam tempoh 3-6 bulan”.

= Abaikan sahaja kata- kata negatif dan skeptikal, “ini palsu dan mengarut!”. Sebab target kita adalah untuk habiskan kurang daripada 3 tahun.

Sekiranya anda usaha mengikuti 7 tips di atas, insyaAllah target anda untuk menghabiskan Master PhD dalam tempoh 2-3 tahun akan menjadi kenyataan atau mungkin lebih cepat. Ini kerana kita berpegang pada misi; “Lagi sekejap, lagi bagus dan menjimatkan masa, wang dan tenaga”.  Yang penting, anda dapat merasai bayar yuran pengajian for SOMETHING, bukan for NOTHING!

Klik di sini untuk lebih banyak tips pengajian anda!  http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x