fbpx Skip to main content
search
0

Gagal? Tiada insan di atas muka bumi ini yang mahukan kegagalan, tidak kiralah didalam pendidikan, kerjaya, perhubungan atau apa sahaja aspek kehidupan. Namun pepatah ada mengatakan; bukan senang untuk menjadi senang, bukan susah untuk menjadi susah.

Pilihan sebenarnya anda yang tentukan, mengikut sangkaan dan kesedaran diri anda seperti firman Allah Ta’ala; Sesungguhnya aku mengikut sangkaan hambaku kepadaku.

Tahukah anda? Sangkaan anda bermula daripada kesedaran minda sedar dan bawah sedar yang anda terapkan semenjak kecil. Masih belum terlambat untuk anda mengubah corak pemikiran yang salah dahulunya, kepada corak pemikiran yang lebih positif dan betul.

Jangan risau! Bersama semangat dan kehendak yang tinggi, tiada yang mustahil untuk anda memperbetulkan kesedaran diri jika anda mengikuti 3 perkara penting ini:

  1. Mentor yang tepat

Didalam proses menuntut ilmu sebagai contoh, betapa pentingnya anda berguru dengan ahli ilmunya mengikut adab dan tertibnya. Ilmulah yang membawa anda ke darjat yang lebih tinggi dan memnberi kesedaran diri untuk berjaya dengan lebih jelas.

Guru atau mentor yang tepat adalah mereka yang ikhlas mencurahkan bakti disamping terus menambah ilmu bagi kejayaan anak didiknya. Jadilah seperti insan yang bermusafir, yang sentiasa dahagakan ilmu dan sanggup bermusafir mendapatkan guru atau mentor untuk berjaya didalam lapangan yang diidamkan.

Tidak salah untuk kita menjadikan mereka sebagai  role model kita, dengan syarat kita perlu faham tentang konteks berguru yang sebenar; ilmu perlulah kita perolehi daripada seseorang yang benar-benar pakar dan berkemahiran semula jadi, dan memastikan mereka merujuk sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Ingatlah, berguru dan prinsip pembelajaran adalah proses seumur hidup.

 

  1. Mengikuti proses yang betul

Sesuai dengan prinsip pembelajaran adalah proses seumur hidup diatas, sudah pasti ada proses dan peringkat demi peringkat yang perlu kita patuhi. Jangan malu untuk bermula daripada bawah dan usah sesekali membandingkan kedudukan kita dengan sesiapa pun.

Yang paling utama, kita perlu mengekalkan tahap tenaga dan semangat untuk mencapai kejayaan yang kita impikan.

Usah terburu- buru mendapatkan hasil, bersikap sabar dan berdisiplinlah mengikuti silibus yang tersedia, membuat tugasan dan menghadiri kelas agar dapat mengikuti proses pembelajaran sepenuhnya. Ingatlah pribahasa, berenang- renang ke hulu, berakit- rakit ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang- senang kemudian!

 

  1. Berada didalam kumpulan lingkungan yang positif

Sebuah Hadis SAW ada menyebut: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya.

Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]. Mari bersama- sama Dr. Roket dan anda bakal berjumpa lingkungan yang positif dan sentiasa menguatkan semangat untuk berjaya, dengan menghubungi 019-4588003 (Tuan Amierul) atau klik disini: http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x