“When you don’t give up, you cannot fail”
Berpegang pada kata-kata ini, Platinum Dr. Roket Puan Nur Hayati Jasmin tidak pernah menyerah didalam perjuangan PhD beliau. Beliau yang mengambil pengajian Biomedical Imaging (Cardiovascular) di University College London (UCL), pertama kali menyertai Dr. Roket pada 9 dan 10 May 2020 hingga kini.
Hasilnya kini, beliau bakal memasuki bilik Viva pada bulan Oktober ini. Ini ucapan istimewa beliau bagi memberkati lagi sesi Viva tidak lama lagi:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tim Dr. Roket; Tuan Meor, Tuan Asrul, Cik Ain Awanis dan terutamanya mentor kami, Dr. Mohd Khairul Nizam, Dr. Mardiana Mat Ishak yang telah menarik saya kembali ke atas landasan PhD, empat bulan yang lepas sewaktu pertama kali saya menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT), dan telah menerima saya sebagai Platinum 3 bulan yang lepas.
Sepanjang 4 bulan ini, sangat banyak ilmu yang saya pelajari, sangat banyak perubuhan yang saya alami dalam hidup dan tesis saya, sepanjang ada mentor dan circle group yang sangat-sangat positif dan sangat baik.
Saya mampu teruskan langkah sampai penghujung dengan izin Allah dan dengan kehadiran mentor dan sahabat-sahabat Platinum yang ukhuwahnya sangat luar biasa terutamanya Platinum 4.3 yang saya sayangi, saling mendoakan saling membantu, hanya Allah SWT yang mampu balas semua kebaikan kalian.
Terima kasih semua, saat saya hampir berhenti di pertengahan jalan, sahabat-sahabat Platinum yang tarik saya, pegang saya kuat-kuat untuk menghabiskan dan menyempurnakan apa yang saya telah mulakan.
Terima kasih sahabat perjuangan saya; Rahmahtunnisah Sailin, Yusliza kamarudin, Faten Najwa Zamani, Liyana Adilla, Quwwatun Aqilah Mohamad, Nurul Hazwani Hamzah, Najwa Mohd Khalil, Siti Nur Farhana, Nor Izana Shobri Hamidah Mamat, Mazlina Che Malek, Daia Joe, Haqqi Leeya, Wan Noorul Hafilah, Aween Khalid, Muna Rodzi Roziah Ghazi, Shahriza Ilyana, Syaz Zi, Sheila Prasad, Rozita Kamil, Zihan Noji Pokni, Siti Aishah Rusdan, Mohamad Nazrin, Yahaya Amminudin, Ab Latif Hisham Rahman , juga senior platinum saya iaitu Tuan Fauzi Said, Nur Ashikin Marzuki, Ahmad Zaidi, Nur Hidayah Ahmad, Shaliza Jumahat dan semua sahabat-sahabat platinum yang awesome.
Saat sedang print, saya masih ragu-ragu, tiba-tiba sahabat saya datang temankan, belanja makan, bawa jalan-jalan, celebrate the moment. Terima kasih Liyana Adilla.
Yang paling penting, mak dan ayah saya yang tidak pernah putus mendoakan, terima kasih emak terima kasih ayah kerana tunggu saya sepanjang empat tahun ni. This is our thesis 🙂
Alhamdulillah saya telah menghantar tesis saya pada 9.9.2020, sebenarnya masih tidak dapat percaya lagi sudah hantar, hari ini baru saya rasa yang ia adalah benar apabila penyelia memberi mesej tarikh Viva, yang dijadualkan pada 19-23 Oktober 2020 (masih menunggu hari yang sesuai dari pemeriksa).
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Saya doakan semua sahabat Platinum dibukakan jalan seluasnya untuk siapkan tesis dan dapat Graduate Before Time atau Graduate On Time. InshaaAllah.”
Fokus pada target dan impian masa hadapan, menghargai sahabat seperjuangan dan mengutamakan restu ibu bapa, antara cara beliau terus melangkah sehingga hampir ke garisan penamat. Anda juga boleh memulakan langkah pertama, bermula dengan mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis pada Disember 2020 ini. Klik disini untuk maklumat lanjut: http://t.me/drroket