fbpx Skip to main content
search
0
thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket
thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket
thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket
thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket
thesis, tesis, master, phd, sv, universiti, postgraduate, phdlife, phdjourney, phdtips, tipsphd, dr roket

5 APPS / TOOLS / SOFTWARE YANG MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PENULISAN TESIS PELAJAR MASTER PHD

Zaman teknologi digital kini dengan segala aplikasi yang bergerak pantas, mustahil kita semakin lambat untuk segera siapkan. Jangan bandingkan dengan zaman  dahulu. Mereka hanya samada menulis tangan atau typewriter sahaja!

Cuba bayangkan tesis yang muka surat lebih 300 muka surat perlu ditulis sebegitu rupa! Fuuhh.. Alhamdulillah dengan segala kecanggihan yang ada kini, sepatutnya kita menjadi lebih produktif.

Jadi, apa Apps / Tools / Software yang ada yang boleh membantu kita calon Master Ph.D? Jom tengok dibawah:

  1. SPEECHNOTES

Speechnotes/ Transcript – Speechnotes adalah salah satu App yang boleh menukar percakapan menjadi tulisan. Pernah tak anda berhadapan dengan isu idea hilang? Dapat sahaja idea, tapi tak dapat nak tulis. Idea muncul dalam tandaslah, dalam keretalah dan macam-macam keadaan lagi. Speechnotes adalah salah satu apps notepad online yang boleh membantu calon Master PhD untuk mengeluarkan idea menjadi tulisan. Tujuannya, supaya idea tidak hilang begitu sahaja malah lebih produktif dan efisien. Pernah tahu dari bercakap boleh terus bertukar dalam bentuk tulisan? Inilah kerja speechnotes! Masukkan dahulu segala idea anda dengan bercakap dan olahan dalam bahasa akademik boleh diolah kemudian. Yang penting, idea anda tadi tidak hilang!

 

  1. MENDELEY

 

Mendeley adalah satu perisian yang membantu anda untuk organise research, proposal dan tesis anda.  Antara yang menarik tentang Mendeley adalah ianya mesra MS Word. Jadi, anda boleh berkongsi artikel dan boleh organise ratusan artikel selain bina citation dan bibliography tanpa perlu menaip apa-apa. Boleh dapat free 1GB  storage dan ianya cukup untuk simpan artikel dalam storage Mendeley. Anda tak perlu risau writing hilang, sebab ada cloud dalam Mendeley.

 

  1. ATLASTI.I

 

ATLAS.ti ialah satu perisian yang membantu untuk analisa data yang berbentuk kualitatif ( samada gambar, video, audio, atau interview ). Anda juga boleh tukarkan data kualitatif tadi dalam membantu anda untuk penulisan LR.  Atlasti.i lebih mudah dan simple dari Mendeley. Malah anda tahu Mendeley dan Atlasti.i  boleh bergabung? Pasti lebih power impak hasil penulisan anda kan?

 

  1. EVERNOTE

 

Evernote adalah salah satu app  digital notebook. Evernote boleh disimpan nota, idea,  list, files etc supaya lebih organise. Boleh dibuat “on the go”. Boleh ditulis dan link dengan deskstop kemudian.

 

  1. DROPBOX

 

Dropbox- File Back – Ada pernah berlaku laptop hang? Laptop rosak? Thumb drive hilang? Thumb drive rosak disaat kritikal diperlukan?

 

Aduhh… Stress rasanya! Jadi, jangan risau, antara cara yang anda boleh gunakan adalah dropbox. Boleh save semuanya secara maya dan boleh diakses dimana-mana dan bila-bila sahaja.

Ok, saya kongsikan 5 ni sahaja dahulu. Sebenarnya ada banyak lagi app, software & tools yang boleh membantu anda percepatkan penulisan. Walaupun ia berbentuk digital, siap atau tidak tetap bergantung pada diri anda sendiri yang tahu ilmu untuk urus. Betul, betul?

 

#DrRoket

#TipsDrRoket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x