Seminar Start Up Master Ph.D Edisi 1 2018.
.
Kerja keras tim terbayar semalam. Momen berakhir bergambar dengan penuh perasaan tidak mahu berpisah dengan para peserta Start Up Master Ph.D edisi pertama 2018.
.
.
Mereka yang hadir terdiri dari para pensyarah yang bakal menyambung Ph.D,Pegawai Syariah Suruhanjaya Sekuriti,Guru,Pegawai Tadbir Diplomatik,Jurutera,Usahawan dll.
.
Tim masih kekalkan lokasi edisi lepas K.I.P Hotel Kepong. InsyaAllah mulai bulan depan tim susunkan dilokasi baru insyaAllah.
.
.
Sejarah tercipta kerana mereka adalah insan-insan terpilih pertama yang merasai “nikmat” perkongsian ilmu pengurusan Master Ph.D dari DrRoket dalam tempoh 2 hari. Edisi lepas hanya satu hari.
.
.
Kesemua tindak balas peserta sepanjang 2017 kami teliti perhalusi satu persatu untuk kami persembahkan buat peserta edisi 2018.
.
Modul-modul “Start Up” segar terpilih disaring hasil dari siri road tour sepanjang 2017 dipersembahkan kepada para peserta kali ini.
.
Apa tidaknya R.O.K.E.T Start Up seumpama pintu Utama buat calon Master Ph.D masuk dan belajar urus seawal sebelum mendaftar.
.
Tidak bantu diri belajar urus lebih awal seumpama merancang untuk gali kubur lebih awal.
.
Sepanjang 2 hari peserta dibantu dengan modul-modul berimpak tinggi hasil dari R&D, pengalaman kami bersama 1078 peserta dan 59 orang yang hadir coaching.
.
.
Segala puji bagi Allah impaknya luarbiasa!! Setiap pecahan sesi dari pagi hingga kepetang kami minta berikan ulasan.
.
Adakah input yang tuan cik puan terima dalam sesi ini memberi jawapan yang diperlukan. Kata mereka “ya”.
.
Tim beritahu ramai yang beritahu “kenapa kami lambat tahu kewujudan DrRoket ni..”
.
Lebih membuatkan kami semakin merasakan impaknya pada hari kedua ada peserta yang hadir awal semata-mata mahu belanja semua peserta makan pagi. Sungguh kami amat terharu.Semoga Allah berikan kemudahan maksima buat cik puan yang belanja satu kelas.
.
Kami doakan, 2018 menjadi tahun yang memberi kejayaan pada calon Master Ph.D semua dan masanya untuk terus terbang tinggi.