Skip to main content
search
0

Bootcamp Siap Tesis 1 Hari @ 24 Jam!

Bangsa Postgrads pernah terfikir tak tesis boleh siap dalam 1 hari? Bunyi macam mustahil, tapi itulah yang berlaku dalam Roket Intensive Class 1 (RIC1) yang berlangsung pada 19–20 April 2025 baru-baru ini.

Kalau anda pernah ikut program Dr Roket sejak 2017–2018, mesti pernah dengar tentang idea Bootcamp Tesis 5 Hari. Tapi masa tu, ia masih sekadar perancangan. Idea besar, tapi belum nampak bentuk sebenar.

Alhamdulillah hari ni, kita bukan lagi berbicara tentang idea. Anda sedang lihat ‘idea’ ini berlaku depan mata!

Apa Yang Berbeza Dalam RIC1 Kali Ini?

Berbanding edisi sebelumnya, RIC1 kali ini sangat berbeza. Ia bukan sekadar “upgraded” tetapi transformasi penuh dari segi strategi, pendekatan dan hasil yang dicapai peserta.

Antara perkara yang paling menonjol:

Terus belajar prompt tulis tesis guna AI
Template + framework lengkap sampai boleh cetak tesis dalam 24 jam
Step-by-step untuk capai versi final tesis dengan cepat & teratur

Program ini bukan sahaja bantu pelajar mulakan, tapi tamatkan progress tesis yang selama ni tersekat bertahun-tahun. Dalam beberapa jam sahaja, peserta dah mula nampak ‘rupa sebenar’ tesis mereka.

Dari Zero ke Hero

Ramai yang dah lama tercari-cari hala tuju, hadir pelbagai kelas sebelum ini, tapi tetap rasa tak menjadi. Tesis masih tak bergerak, idea pun masih kabur. Namun semuanya berubah bila mereka berjaya pecahkan kebuntuan tersebut, dan buat pertama kalinya mereka bukan saja nampak rupa sebenar tesis, tapi berjaya mencetaknya secara berkumpulan.

Yang lebih mengharukan, walaupun datang dari universiti dan bidang yang berbeza, mereka tetap boleh siapkan tesis bersama-sama. Sama-sama struggle, sama-sama support. Itulah semangat RIC1.

Dengan bimbingan prompt yang ditunjukkan secara langsung oleh Dr Roket,  ramai yang bukan saja dapat rangka penuh, tapi terus boleh print tesis mereka dalam masa kurang 24 jam. Ada yang siap cetak terus lepas kelas tamat. Ini bukan teori. Bukan sekadar motivasi. Tapi strategi sebenar yang boleh terus dibuat dan nampak hasilnya.

Blueprint DR Graduate Before Time (GBT)

Buat pertama kali dalam sejarah kelas Dr Roket, peserta diberikan DR Graduate Before Time (GBT) Blueprint. Blueprint ni satu sistem yang direka khas untuk bantu pelajar:

  • Siap tesis lebih awal dari jangkaan

  • Rancang gerak kerja ikut kapasiti sebenar

  • Kekal konsisten sampai ke fasa akhir pengajian

  • Followasi insan cemerlang yang Graduate Before Time!

Ini bukan sekadar jadual belajar biasa. Tapi satu track yang boleh disesuaikan mengikut fasa, cabaran dan kekuatan individu. Dan ya, dah terbukti hasilnya.

Dari Degree ke PhD Hong Kong: Peserta Pelbagai Latar Hadir RIC1

Apa yang lebih membanggakan, ada peserta yang bermastautin di Hong Kong sanggup pulang ke tanah air semata-mata untuk sertai RIC1 kali ini.

Malah, seorang pelajar Degree yang sedang menjalani latihan industri (intern) juga hadir ke kelas ini. Katanya, apa yang dipelajari dalam RIC1 sangat membantu untuk dia bersedia lebih awal menghadapi dunia akademik yang lebih mencabar.

Ilmu dan strategi yang dikongsi dalam kelas ini merentasi peringkat dan latar belakang asalkan ada keinginan untuk belajar, pasti dapat manfaat.

Apa Kata Peserta?

"Alhamdulillah syukur sgt2. Ilmu yg sgt mahal utk tesis...kalau xdtg pasti kerugian tak dpt nak gerak tesis dgn cepat dan lebih bermutu serta bernilai tinggi...inilah yang dicari2 selama ni utk hasilkan tesis cemerlang....".

- Peserta RIC1, 2025 -

“Allahuakhbar doc RIC 1 kali ni best sangat, inilah yg sy perlukan utk submit tesis sy, pengisian yg sangat lain dari RIC1 baru ni, doc memang upgrade 500% .... Sujud syukur doc sy rasa sy dh ready nk hntr tesis, ....”.

- Peserta RIC1, 2025 -

"Alhamdulillah Doc, rasa syukur sgt. Rezeki kami yg dpt hadir RIC 1. Ilmu yg kami belajar memang tak dpt kat luar doc....."

- Peserta RIC1, 2025 -

"Alhamdulillah Syukur Allah pilih utk hadir juga RIC 1..Sbb dapat trace semula apa yang tersangkut yg menyebabkan progress slow....".

- Peserta RIC1, 2025 -

"Ilmu ni bukan untuk tesis semata-mata tapi untuk kami professorship menghasilkan penulisan demi penulisan yang bakal menjadi amal jariah selepas kami tiada nanti".

- Circle Professorship Dr Roket -

"Kami generasi awal, x dapat semua ni sebelum ni.. Kalau buat betul2, sungguh2 apa yg Doc kongsikan semalam & insyaAllah hari ni, saya yakin, lebih ramai yg akan viva tahun ni, malah dengan izin-Nya viva lebih awal dari yang diimpikan sebelum ni..".

- Circle Professorship Dr Roket -

Dari Idea, Kini Jadi Realiti

RIC1 bukan sahaja berjaya realisasikan impian “tesis siap 1 hari”, tetapi membuka jalan untuk ramai pelajar melihat potensi sebenar diri mereka. Dengan strategi betul, mindset mantap dan tools yang sesuai, tiada yang mustahil.

Dan bagi yang baru nak bermula, inilah peluang untuk ubah perjalanan akademik anda. Mulakan ‘journey’ akademik anda step by step bermula dengan seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP).

Bagi yang dah pernah sertai PTP, RIC1 adalah kelas yang lebih intensif untuk dalami tesis anda dan semestinya layak buat mereka yang bersungguh-sungguh ingin dapatkannya.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih buat seluruh Team Dr Roket dan juga CRMP (Coach Roket Master PhD) yang hadir secara langsung mahupun di sebalik tabir yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran dan kejayaan RIC1 kali ini. Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan buat lebih ramai pelajar pascasiswazah di luar sana.

Nak dapatkan bimbingan dan ‘hijrah diri’ untuk akademik dan kehidupan? Jom sertai seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP) yang terdekat:

SEMINAR BERIMPAK 'POSTGRADUATES TRANSFORMATION PROGRAMME'
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x