Majlis Ukhwah & Sambutan Ramadan Bersama 2M World
Selangor, 17 Mac 2024 – Syukur, Majlis Ukhwah 2M World telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 17 Mac lepas secara gilang gemilang.
Majlis ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan & team 2M World, circle Platinum dan alumni Dr Roket (Platinum yang selesai Viva dan telah bergelar Dr.) serta ahli keluarga masing-masing.
Alhamdulillah, dewan telah dihiasi dengan tetamu yang berpakaian indah bak bidadari/bidadari kerana mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu tema putih/cream termasuklah Dr.Khairul Nizam dan Dr. Mardiana, pengasas 2M World.
Sambutan Hari Kelahiran Dr Roket
Suasana majlis kali ini begitu meriah apabila sampai kepada kemuncaknya iaitu sambutan hari lahir Dr. Mohd Khairul Nizam @ Dr Roket secara kejutan. Tetamu VVIP (Dr. Mohd Khairul Nizam sekeluarga) dijemput untuk datang ke majlis tanpa dimaklumkan perancangan sebenar.
Siapa sangka, perancangan yang telah dijalankan berbulan-bulan lalu dengan kerjasama hebat oleh team 2MW World dan Platinum Dr Roket akhirnya membuahkan hasil.
Ini antara ucapan beliau;
“… Semalam saya hanya dijemput oleh tim. Katanya majlis ramah mesra bersama platinum & Alumni DrRoket. Saya pun tidak berfikir ia satu Majlis serious! Saya keluar ke tempat majlis hanya dengan jubah yang saya guna ulang alik Masjid. Jubah yang saya beli sekitar tahun 2007. Berselipar tandas dan berkufiah “slumber”. Masuk kereta isteri bagi tahu. Abang best jika pakai kasut dan kufiah “DR” sebab nanti tim media boleh terus shoot foto abang. Ok. masuk semula dan tukar tanpa soal. Saya tidak ambil serious Majlis ini. Walau agak pelik bila ruangan FB saya ada video teaser lokasi Majlis Ramah Mesra iftar? Ini benda biasa sebab tidak semua posting disini dari saya. Saya ok mungkin Tim nak shot sebagai memory Majlis! Sehingga tentatif pun saya tidak tahu! Sebab saya hanya berfikir ia Majlis iftar biasa! Saya sampai lokasi sangat lewat! Yelah saya hanya nak berbuka puasa dengan mereka! Sesampai lokasi saya dah mula syak SESUATU. Ni prank ape pulak ni. Kereta diarak abang rela, sehingga parking depan dewan. Lagi pelik di hadapan dewan penuh dengan barisan Platinum berpakaian serba putih! Siap Slempang ” DONE VIVA” ! Barisan kanak-kanak, kelihatan alumni-alumni DrRoket tersenyum sangat mesra! belon, pengacara Majlis umumkan ketibaan! Sudah!!! Tetiba 2 “I” saya terus ON : Introvert & inferior . Tak keruan. Pandangan menjadi gelap. Turun kereta saya dibawa kebilik..Doc pakai blazer & seluar putih ni ye. Kami dah sewakan untuk doc”, ujar Zarina. Ok. Majlis ape ni sebenarnya????? Dah macam Majlis Perkahwinan Prince Matin! …“. – Dr. Mohd Khairul Nizam.
Syukur, majlis ini telah menjadi pangkalan kepada kejayaan kami dalam memupuk kebersamaan dan memperkukuhkan ikatan di antara ahli komuniti. Dengan kehadiran ramai yang menyokong dan menyertai setiap majlis, setiap orang merasakan semangat kebersamaan yang membangkitkan semangat kami untuk terus maju ke hadapan. Setiap moment majlis yang dikongsikan menunjukkan penghargaan kepada usaha keras yang telah dilakukan.
Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Dari penyelenggara hingga penyumbang, setiap sumbangan dan sokongan adalah penting dalam memastikan majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Kepada ahli jawatankuasa yang telah berkorban masa dan tenaga, kami berterima kasih atas kerjasama dan komitmen anda.
Begitu juga dengan para tetamu yang membawa keluarga serta para alumni yang masih sudi untuk berkumpul bersama dalam circle Dr Roket ini. Semuanya bakal dikenang bukan setakat di dalam tetapi juga di dalam sanubari.
Kejayaan majlis ini bukan hanya tentang pencapaian tetapi juga tentang pengalaman berharga yang semua nikmati bersama. Ini umpama satu ‘reminder’ kepada semua bahawa dengan kerjasama dan usaha bersama, tiada apa yang tidak mungkin dicapai.
Berminat untuk dapatkan buku 123 Done Viva? Tidak kira anda seorang alumni, platinum atau sebaliknya, anda juga boleh dapatkan buku ini. Seramai 123 orang pelajar yang telah selesai Viva dalam pengajian Master PhD masing-masing berkongsikan moment dan ucapan masing-masing. Pastinya ini bakal memberikan inspirasi kepada anda atau suatu kenangan untuk disimpan. Klik di bawah untuk dapatkan buku ini.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA.