Platinum Nurul Iman Ahmad Bukhari berasal daripada Kota Bharu Kelantan dan juga pengajar di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar PhD dalam bidang TESL di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Cabaran Puan Nurul Iman sebelum berjumpa dengan Dr Roket adalah beliau tidak dapat mengimbangkan antara dengan tesis dan juga masa bersama keluarga. “Saya rasa ini adalah cabaran semua ibu-ibu macam mana nak hadap tesis sambil mengurus rumah tangga”
“Bila kita dah cuti belajar, memang dah jadi suri rumah lah. Jadi bila kita di rumah, kita selalu rasa nak selesaikan rumah” kongsi beliau. Jadi itu merupakan cabaran terbesar Puan Nurul Iman sepanjang pengajian PhD sebelum berjumpa dengan Dr Roket.
“Selepas sahaja saya berjumpa dengan Dr Roket, saya memang berubah 360 darjah” kenyataan Puan Nurul Iman ini menunjukkan bahawa banyak perubahan yang terjadi dalam hidup beliau selepas mengikuti program Dr Roket.
Beliau juga mendapati bahawa apa yang beliau buat untuk keluarga sememangnya akan membantu dalam pengajian tesis juga. “Allahuakhbar, Allah Maha Besar. Itu memang perubahan terbesar bagi saya” kata Puan Nurul Iman
Tesis beliau memang berevolusi sedikit dengan sedikit selepas sahaja perubahan positif berlaku dalam hidup beliau. “Saya memang Nampak tesis saya bergerak jika dibandingkan dengan sebelum ini” kongsi Puan Nurul Iman. Beliau mengatakan tesis sebelum ini memang bergerak sangat perlahan tapi alhamdulillah sekarang telah nampak banyak perubahan.
Berkat seorang kawan yang memperkenalkan proses Dr Roket lah berlaku perubahan positif beliau. Beliau berasa kagum dengan perkembangan tesis yang di alami oleh kawan beliau setelah mengikuti program Dr Roket dan dari situlah beliau terus rasa nak ikuti program Dr Roket.
Kini, beliau telah berada dalam bulan ke 5 bersama program Dr Roket. Malah, perbezaan Ramadhan tahun ini juga beliau turut alami. Jika tahun lepas belaiu selalu berasa lemau tetapi tahun ni sangat rasa bertenaga.
Hanya untuk bulan Ramadhan ini saja beliau merasa 3 deraf! HEBAT TAK HEBAT.
“Saya ingin memeranjatkan kesyukuran ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Dr Roket. Terima Kasih banyak-banyak Dr Roket, Dr Khairul Nizam. Buah fikiran Doktor memang mengubah saya. Jadi selamat Hari Raya kepada Dr Roket, Dr Mardiana dan Tim 2MWorld”