Skip to main content
search
0

‘Stuck’ di Tempat yang Sama? Bebaskan Dirimu

Pernah rasa ‘stuck’ dalam hidup?

Bangun pagi dengan rutin sama,
Kerja, belajar, urus keluarga, kejar deadline, hadiri mesyuarat.
Tapi di penghujung hari, hati tetap rasa kosong. Jiwa masih tertanya.

“Adakah ini sahaja jalan hidup aku?” “Adakah aku sedang stuck tanpa arah yang jelas?”

Soalan ini mungkin pernah melintas dalam fikiran anda, sama ada anda:

  • Pelajar SPM atau mahasiswa universiti yang sedang mencari hala tuju,

  • Pelajar Master atau PhD yang penat bergelut dengan kajian dan tekanan,

  • Golongan profesional atau ahli industri yang sibuk dengan dunia kerjaya,

  • Guru atau pensyarah yang merasa jiwanya semakin hilang dalam rutin mendidik,

  • Atau individu biasa yang sedang bekerja, mengurus rumah tangga, menjaga ibu bapa, atau menanggung beban kehidupan harian.

Tidak kira di mana tahap anda sekarang, kita semua berpotensi untuk ‘stuck’ dalam keadaan yang sama terlalu lama.

Kenapa Kita Boleh Rasa ‘Stuck’?

Kadang-kadang bukan kerana kita tidak berusaha.
Tapi kerana terlalu lama hidup dalam lingkaran yang sama;

  • Rutin yang berulang
  • Tekanan yang tidak selesai
  • Impian yang ditangguhkan
  • Persekitaran yang tidak menyokong

Kita mungkin hebat di mata orang, tapi jauh di sudut hati… kita tahu: “Saya mampu lebih dari ini.”

Namun, tiada tindakan diambil kerana takut, penat atau tidak tahu dari mana mahu bermula, dan akhirnya kita rasa ‘stuck’.

Kesan Jika Terus ‘Stuck’ Di Tempat Yang Sama

Pelajar akan hilang minat dan motivasi untuk belajar.

Penuntut pascasiswazah akan semakin tepu dan menangguhkan kajian.

Golongan profesional akan rasa terbeban, stres dan mudah ‘burnout’.

Pekerja sektor awam atau swasta akan kehilangan semangat, rasa tidak dihargai dan hanya bekerja “sekadar hidup”.

Ibu bapa, guru, atau penjawat awam pula akan rasa hidup ini terlalu padat, tetapi kosong makna.

Apabila kita tidak bergerak ke depan, kita tidak stagnan, tapi kita sebenarnya sedang perlahan-lahan mundur.

Cara Keluar Daripada Rasa ‘Stuck’

1. Akui keadaan diri.
Tanya dengan jujur: Adakah saya sedang bergerak, atau hanya sibuk?

2. Kenal pasti apa yang menghalang.
Adakah ia rasa takut, penangguhan, kurang hala tuju, tiada sokongan, atau kehilangan semangat?

3. Ambil satu langkah.
Tak perlu drastik. Cukup daftar satu kelas, baca satu buku, hadir satu sesi ilmu, jumpa seorang mentor.

4. Sertai komuniti atau sokongan yang positif.
Bila kita dikelilingi orang yang sedang bergerak, kita juga akan terdorong untuk berubah.

Setiap Peringkat Usia Ada Fasa Tersendiri Tapi Tetap Perlukan Perubahan

  • Usia 20-an, fasa cari identiti dan bina hala tuju.

  • Usia 30-an, fasa tekanan kerjaya dan keluarga.

  • Usia 40-an, fasa muhasabah dan konflik dalaman.

  • Usia 50-an ke atas, fasa refleksi dan mencari makna sebenar hidup.

Tapi tiada siapa yang terlalu awal atau terlalu lambat untuk membuat perubahan.

Pilih Untuk Bergerak. Walau Perlahan.

Kita tidak perlu ubah seluruh hidup dalam sehari.
Tapi kita perlu buat keputusan untuk tidak terus diam.

Kerana:

Anda berhak untuk hidup dengan tenang dan yakin.

Anda mampu untuk berkembang, bukan sekadar bertahan.

Anda layak untuk merasa kepuasan dengan setiap detik yang dilalui.

Jangan biarkan tahun demi tahun berlalu dengan skrip yang sama sedangkan kita tahu kita sedang ‘stuck’ dan perlukan ruang untuk berkembang.
Mulakan hari ini. Satu langkah kecil, satu keputusan baharu, satu perubahan yang membebaskan.

Jika artikel ini menyentuh hati anda, kongsikan dengan orang terdekat.
Mungkin itu langkah pertama mereka keluar dari tempat yang selama ini mengikat mereka.

Kandungan artikel: Diolah berdasarkan topik LIVE Sembang Santai Dr Roket
Kredit foto: Google

Perlukan bantuan untuk keluar dari rasa ‘lost’ dan ‘stuck’? Dapatkan penawarnya di Thesis Clinic Dr Roket segera:

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x