Tahniah buat anda yang telah BERJAYA mendaftarkan diri anda di dalam dunia Master & PhD Journey!! Apa yang harus anda lakukan untuk kekal ber-Energi tinggi? Ketahui 3 indikator mudah untuk kekal bersemangat??
Ketahuinya di akhir artikel ini untuk dapatkan RAHSIA ini….
1. GAMBAR
Gambar terima skrol di atas pentas. Gambar bersama Supervisor @ panel penilai sewaktu viva. Gambar bersama family pada hari graduasi. Gambar majlis makan-makan bersama family atau rakan-rakan meraikan kejayaan. Semua ini adalah kenangan manis/ momen-momen terindah dalam hidup yang sangat mahal nilainya. Namun begitu, gambar boleh diedit. Tapi jangan dok buatlah. Ahli keluarga, kawan-kawan pasti tahu!.
2. SIJIL
Baik, Mungkin kita tidak hadir majlis graduasi. Ataupun Kita pemalu dan tidak suka bergambar. Ambil sahaja gambar sijil. Namun, sijil juga boleh dipalsukan. Tapi jangan dok buatlah. Tak berkat hidup. Akhirnya akan pecah jua. Walaupun satu dunia berusaha untuk “mengoriganalkannya”.
3. THESIS
Ok mungkin kita tidak mahu tunjuk gambar sijil. Ambil gambar hardcover thesis kajian yang telah kita buat, tulis dan berjilid. Boleh tulis begini, “Alhamdulillah ini thesis kajian yang telah saya jalankan tentang xxx… Untuk maklumat lanjut boleh layari website library University saya di link xxx.. Semoga kajian ini membantu…”. Walaupun anda rasa tajuk thesis anda “bodoh gila” ataupun dalam Bahasa Melayu. Tidak mengapa. Ia adalah hasil usaha dan penat lelah menulis secara halal. Malah ianya telah dinilai. “Ada aku kesah? Kau hado??”
P/S: Buat mereka yang bakal atau sedang sambung Master @ PhD, jangan lupa 3 indikator penting ini. Supaya tak dikecam dikemudian hari. “Tolong jangan kecam saya”.