BANGI, 20 July 2020: Buat julung kalinya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih 3 bulan, 2M World Sdn. Bhd. berjaya mengadakan program Vivalicious Bootcamp yang bertempat di Dewan Mawar 1 & 2, Hotel Tenera pada 18 dan 19 Julai.
Program pembentangan Viva secara langsung di hadapan Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri dan Dr. Mardiana Ishak, mendapat sambutan memberangsangkan oleh seramai 34 peserta yang terpilih, telah berjaya melalui proses selama 6 bulan dan menyiapkan tugasan yang diberikan sahaja. Para peserta merupakan ahli Platinum Dr. Roket yang telah memperbaharui keahlian mereka, terdiri daripada Platinum kumpulan pertama, kedua ketiga dan keempat.
Sesi Viva ini dibahagikan kepada empat sesi yang bermula dengan peserta pertama, Ustazah Hasiah binti Mat Salleh dari Universiti Malaysia dengan tajuk pembentangan Hak-hak Perlindungan Warga Tua dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam di Malaysia, dan berakhir dengan peserta ke 34, Ustazah Shahidatul Ashikin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan tajuk pembentangan Jihad Wanita Menurut Al-Quran, AsSunnah dan Sarjana Barat.
Setiap peserta diberi masa selama 15 minit untuk menayangkan video khas, pembentangan dan soal jawab secara langsung bersama Dr. Roket dihadapan lebih 50 penonton yang terdiri daripada para pembentang, ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir memberikan sokongan.
“Terasa nikmatnya menghadiri Vivalicious, moga nikmat dan result yang sama bakal diperolehi dalam viva sebenar nanti. Bahagia bila bertemu mata dengan mentor Dr. Mohd Khairul Nizam, Dr. Mardiana Mat Ishak, tim 2M World dan sahabat-sahabat syurga Platinum yang sangat menyokong”, Puan Nazifah Mustapha, PhD Perakaunan dari UITM meluahkan keterujaan atas peluang menjadi peserta Vivalicious semalam.
Beliau mengambil kesempatan ini hadir bersama suami dan anak-anak sebagai memberi sokongan moral terhadap perjalanan PhDnya yang sudah hampir sampai ke destinasinya.
“Bahagia bila semasa Viva berlangsung, suami dan anak-anak turut bersama menyaksikan pembentangan secara langsung di atas pentas”, status Puan Nazifah di dalam FB Group Platinum seusai program berakhir.
“Alhamdulillah Allah beri peluang untuk sertai untuk sertai Vivalicious kali ini, dapat mencontohi sahabat-sahabat Platinum yang hebat dan dapat penilaian bermakna tentang tesis daripada Dr. Roket, cukup memberi AHA moment bermakna buat diri ini, “ ujar Puan Shuhaida Hanim, PhD Fakulti Pengajian Islam di Univesiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau turut berkongsi penilaian Dr. Roket semasa pembentangannya sebagai pengajaran bersama rakan seperjuangan, antaranya:
- Perlu menggandakan kelajuan penulisan untuk Viva pada tahun ini 2. Perlu tingkatkan tahap keyakinan diri untuk lulus Viva yang sebenar 3. Perlu buat pre-mortem awal tentang perkara yang perlu diselesaikan.
Istimewa Vivalicious kedua kali sejak penubuhan 2M World ini, empat Platinum X turut diundang khas sebagai memberi aura positif kepada para pembentang seterusnya untuk berkongsi kisah motivasi kepada peserta untuk terus memperbaharui keahlian Platinum mereka bersama Dr. Roket.
“Alhamdulillah syukur, terima kasih banyak Dr. Khairul Nizam kerana meluluskan permohonan saya untuk berada didalam kumpulan yang sangat luar biasa ini”, Dr. Nur Ashikin Marzuki dari Universiti Sains Malaysia, meluahkan kesyukuran atas jemputan menghadiri Vivalicious dan pelantikkan sebagai Platinum X baru-baru ini.
Tiga ahli Platinum X yang turut diperkenalkan iaitu Puan Muazah Abu Samah dari Universiti Sains Malaysia, Puan Nur Hidayah Ahmad yang juga dari Universiti Sains Malaysia, dan Puan Hasiah Mat Salleh dari Universiti Malaya. Mereka telah berjaya memperbaharui keahlian Platinum mereka yang dilanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 26 Julai ini.
Para pembentang Viva diraikan dengan istimewa pada majlis makan tengahari ‘Brunch Vivalicious Bootcamps’ dan sesi penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pembentang yang berjaya mencapai sasaran bulanan dan tahunan yang ditetapkan oleh tim 2M World.
Sebanyak 15 anugerah yang dipersembahkan antaranya adalah Anugerah Tesis Harapan yang dimenangi oleh Puan Santibuana Abdul Rahman, PhD Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang membuat kajian tentang Pengaruh Hafazan Al-Quran terhadap Kecerdasan IQ, Kualiti Hidup, Status Kesihatan dan Aktiviti Otak Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Selangor.
Anugerah Jam Emas Dr. Roket pula diraih oleh Puan Sahlawati Abu Bakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia diatas ketepatan masa semasa sesi pembentangan dan Anugerah CRMP Harapan yang disandang oleh Puan Mazidah Rejab dari Universiti Teknologi Malaysia, diatas jasa beliau membantu ahli Platinum di dalam Live Talk FB Group.
Program selama 2 hari ini berakhir dengan ucapan istimewa daripada Penasihat Program iaitu Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri yang berkongsi 11 isi penting beliau sepanjang sesi Vivalicious berlangsung, kata-kata semangat oleh timbalan penasihat program iaitu Dr. Mardiana Mat Ishak yang menceritakan sejarah penubuhan serta visi & misi penubuhan 2M World dan penerangan Pengetua Platinum, Tuan Meor Azlan yang membincangkan Pakej Platinum yang ditawarkan, syarat-syarat dan cara-cara pendaftaran.
“Tujuan sambung pengajian Master PhD adalah untuk membantu orang melalui pelbagai cara, kerana rezeki Allah itu luas. Mari kita berkongsi rezeki dan niat untuk memberi semula, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan dapat”, ucapan Puan Mardiana semasa sesi penutupan Vivalicious menyedarkan para hadirin tentang niat asal menuntut ilmu dan menjadi bangsa Posgrad yang bermanfaat.
Para peserta dan tim 2M World juga dipersembahkan video Montage sepanjang 2 hari program dijalankan, diberikan sijil penyertaan oleh Dr. Khairul Nizam, dan berpeluang turut serta dalam sesi fotografi khas menggunakan kamera Drone di perkarangan hotel Tenera bersama jurukamera Professional, Tuan Firdaus Adnan untuk program Nak Ubah Tesis (NUT) yang akan berlangsung pada 30 & 31 Ogos hadapan.
Bagi anda yang belum berkesempatan menyertai Dr. Roket, anda boleh mendaftar NUT di https://bit.ly/REGISTER_NUT