“Sebaik- baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat bagi insan lain”. [HR. Ahmad]
Motivasi gaya Rasulullah SAW adalah melalui nilai-nilai murni Islamiyyah dan amalan- amalan harian yang sudah pasti berpandukan Sunnahnya secara istiqamah. Jika kita telusuri sejarah agung baginda SAW, tanpa pernah berasa jemu, Rasulullah SAW kekal meneruskan dakwah kepada seluruh umat manusia biarpun cacian, dugaan dan hentaman baginda SAW terima.
Berkat kesabaran, ketabahan dan keimanan yang tinggi kepada Allah Ta’ala dalam perjuangan dakwah, nama baginda SAW diangkat oleh Allah Ta’ala sebagai manusia teragung di seluruh alam dan menjadi kunci keimanan buat umat Islam didalam lafaz Syahadah.
“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati”. (Al-An’am :48)
Pada zaman kini selepas lebih 1400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan dunia, seluruh umat manusia pastinya merindui susuk mulia ini. Para Ulama’ dan ahli ilmuwanlah yang bakal meneruskan motivasi gaya Rasulullah kerana merekalah pewaris Anbiya’.
Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri, telah berpengalaman lebih 10 tahun didalam bidang pengajian tinggi dan moitvasi. Menyedari hakikat kepentingan ahli ilmuwan dari sudut kemaslahatan ummah, beliau berani mengambil insiatif mengangkat martabat dan peranan ahli ilmu dengan medium Dr. Roket sehinggalah tertubuhnya syarikat 2M World.
Bagi mereka yang baru sahaja mengetahui 2M World, ketahuilah bahawa nama ini membawa visi yang sungguh besar dan jauh ke hadapan; ‘To Muhammad To World’. Niat Dr. Roket bersama tim 2M World, untuk membawa perjuangan membantu bangsa posgrad menuntut ilmu menuju keredhaan baginda SAW, seterusnya memberi manfaat kepada umat Islam seluruh dunia.
Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri dan Puan Mardiana melihat 100 jauh ke hadapan, ingin membina sebuah hotel di kota suci Mekah dalam tempoh ini, bagi membantu insan- insan yang didalam kesusahan dan memerlukan bantuan.
Erti Hidup Itu Adalah Jika Allah Terima Amalan Kita
Antara kata- kata Dr. Roket yang memberi suntikan motivasi kepada masyarakat dan bangsa posgrad khususnya untuk terus mencari Keredhaan-Nya melalui wasilah ilmu. Kerana di situlah terletaknya pengertian hidup yang sebenar yang tidak sekadar menyasarkan kehidupan di dunia, malah kehidupan di akhirat kelak kerana dunia ini adalah jambatan menuju ke akhirat.
Disini 2M World memainkan peranan menyedarkan bangsa Posgrad bahawa tiap huruf yang mereka tulis, tiap helaian tesis yang mereka hasilkan adalah jambatan menuju ke syurga-Nya yang kekal abadi.
Sungguh formula R.O.K.E.T yang telah membantu lebih 5000 bangsa Posgrad hingga kini, adalah salah satu bentuk motivasi gaya Rasulullah yang mengembalikan Sunnatullah secara praktikal.
Ilmu pengurusan kehidupan dan pengajian yang Dr. Roket curahkan tidak terbatas teori dan amali sebagai pelajar, malahan sebagai hamba-Nya Yang Maha Esa.
Dr. Roket begitu menekankan pengisian rohani dan ilmiah didalam formula R.O.K.E.T, seperti amalan berqiyamullail dan membaca Hisnul Muslim setiap hari. Para Platinum Dr. Roket telah pun merasai keberkesanan dan hikmah di sebalik rutin harian yang ditekankan oleh Dr. Roket.
Amalan yang paling disukai Allah Ta’ala adalah yang sedikit tetapi berterusan.
Live FB Morning Doc menjadi bukti Dr. Roket istiqamah berkongsi ilmu dan motivasi secara percuma buat masyarakat di luar sana, bagi memastikan visi 2M World menjadi kenyataan.
Hingga ke hari ini, Live Morning Doc telah mencecah sehingga 307 buah episod yang kian menjadi tontonan pelajar, keluarga, masyarakat khususnya bangsa Posgra di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan status.
Sungguh ini telah membuka mata mereka untuk memandang dan lebih menghargai ilmu, yang dahulunya hanya menjadi perhatian di institusi-institusi pengajian. Impak Morning Doc kekal relevan dan terus menjadi keperluan ramai sebagai vitamin minda.
“Allahuakbar belum lagi ada kekuatan untuk live hari-hari. Memang luar biasa sebab Dr. Roket boleh live hari-hari. Allah kurniakan segala kebaikan buat Dr. Roket dan tim Dr. Roket”, Intan Farahana.
“Profesor ada ilmu Dr., tetapi mereka tiada inisiatif untuk berkongsi. Kami perlukan Dr. Roket. InsyaAllah ini pahala berterusan untuk Dr. Roket. Tidak nampk sekarang tetapi mengalir tanpa henti di Syurga Firdaus”, Nurul Adnan.
“Semoga Allah SWT lindungi guru kami, yang tidak pernah jemu bercakap dengan kami setiap pagi demi kelangsungan perjalanan PhD kami,” Suzana Kassim.
“Bercakap perkara yang memberi impak dan bermanfaat bukan kerja mudah”, Ernawita Atan.
“Morning Doc telah bantu saya urus kehidupan dan akademik harian saya sejak Januari 2020, Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran tertinggi buat Dr. Roket sepertimana Rasulullah SAW diberikan kekuatan, kesabaran dan kegigihan menyebarkan kebaikan demi ummah”, Zeti Yusmira.
“Kami perlukan vitamin setiap pagi dari Dr. Roket”, Norulhuda Ali.
“Kami sayangkan Dr. Roket dan sangat menghargai pengorbanan Dr. Roket, keluarga dan tim 2M World, Allah jaga anda semua”, Nur Amri.
“Saya bukan platinum Dr. Roket setakat ini, tetapi Morning Doc sangat berimpak buat saya, kerana ini menggantikan Morning Talk saya dengan arwah ibu saya”, Shekarma Abdullah Emma.
Insyaallah Dr. Roket, kami akan terus percaya kepada proses dan mendoakan kesejahteraan buat Dr. Roket, keluarga dan tim 2M World”, Nazifah Mustaffha.
“Saya Nampak kesungguhan dan keikhlasan Dr. Roket, tidak ramai yang mampu buat macam Dr. Roket. Teruskan Dr. Roket, kami sangat memerlukan Dr. Roket”, Nabil Imani.
Dapatkan motivasi gaya Rasulullah SAW hanya daripada Dr. Roket, tiap pagi disini: https://www.facebook.com/drkndrroket/