Selepas kejayaan Thesis Mastery Bootcamp (TMB) 1.0, program yang sebelum ini mencetuskan pengalaman luar biasa apabila peserta berjaya menghasilkan 1st draft thesis dalam masa satu hari kembali menerusi TMB 2.0.

Kali ini, kumpulan peserta yang berbeza pula diberi peluang untuk merasai sendiri pendekatan yang sama. Mereka hadir dengan latar belakang pengajian, bidang kajian dan tahap kemajuan tesis yang berbeza, tetapi berkongsi cabaran yang hampir sama dalam menggerakkan penulisan tesis.

Berlangsung pada 22 dan 23 Ogos 2026, TMB 2.0 menghimpunkan peserta Master dan PhD dalam satu pengalaman intensif selama dua hari. Objektifnya masih kekal seperti TMB 1.0, iaitu membantu peserta bergerak daripada sekadar merancang tesis kepada menghasilkan draft yang boleh dikerjakan dan dikembangkan.

Walaupun membawa objektif yang sama, TMB 2.0 turut hadir dengan beberapa pembaharuan dalam pengisian program, termasuk kehadiran speaker baharu yang memberikan perspektif tambahan kepada peserta.

Persediaan Bermula Sebelum TMB 2.0

Pengalaman peserta sebenarnya bermula sebelum dua hari utama TMB 2.0. Sebagai persediaan, peserta mendapat akses kepada empat siri kelas Pre-TMB yang merangkumi beberapa topik berkaitan perjalanan Master dan PhD.

Antaranya ialah:

  1. PRE-TMB 1 -> G.B.T. Flow: Cara dan Strategi Graduate Before Time
  2. PRE-TMB 2 ->How to Talk to Your SV So They Understand You
  3. PRE-TMB 3 ->Proposal Writing: From Blank Page to Approved Proposal.
  4. PRE-TMB 4 ->Kickstart Orientation

Kelas-kelas ini memberi pendedahan awal kepada peserta sebelum mereka memasuki sesi utama TMB 2.0. Selepas melalui fasa persediaan tersebut, peserta kemudiannya berkumpul untuk dua hari yang dikhususkan kepada kerja tesis.

Tiga Speaker, Tiga Perspektif Dalam TMB 2.0

TMB 2.0 kali ini masih menghimpunkan tiga speaker yang membawa kepakaran dan perspektif masing-masing dalam membantu peserta mengurus perjalanan tesis. Mereka ialah Ts Dr Nur Hidayah Ahmad, (Dr-to-be) Norshazliza Ab Ghani dan Dr Hanis Hidayu Kasim. Gabungan ketiga-tiga speaker ini menjadikan pengisian TMB 2.0 lebih menyeluruh, dengan setiap sesi memberikan fokus yang berbeza untuk membantu peserta memahami dan menggerakkan tesis mereka.

Antara pembaharuan dalam edisi kali ini ialah kehadiran (Dr-to-be) Norshazliza Ab Ghani sebagai speaker baharu yang mengendalikan sesi pada petang Sabtu dan pagi Ahad. Beliau membawa perkongsian berkaitan Human Intelligence (HI) yang melengkapkan pengisian TMB 2.0.

Selepas peserta didedahkan kepada cara mengurus tesis dengan lebih sistematik menggunakan prompt AI dalam sesi sebelumnya, perkongsian berkaitan Human Intelligence pula membawa peserta melihat satu lagi aspek yang tidak kurang penting dalam penggunaan teknologi.

AI boleh membantu mempercepatkan proses dan memudahkan tugasan berkaitan tesis, tetapi keupayaan manusia untuk berfikir secara kritis, menilai maklumat, membuat pertimbangan dan menghasilkan idea sendiri tetap menjadi asas dalam penyelidikan.

Sesi ini mengingatkan peserta bahawa penggunaan AI perlu disertai dengan HI supaya teknologi digunakan sebagai alat untuk membantu proses penyelidikan, bukan menggantikan pemikiran dan keputusan penyelidik itu sendiri.

Kehadiran tiga speaker dengan kepakaran masing-masing memberikan peserta pengalaman pembelajaran yang lebih pelbagai sepanjang TMB 2.0, manakala pengenalan sesi HI menjadi antara pembaharuan yang membezakan edisi kali ini.

Dua Hari Yang Fokus Kepada Tesis

Sepanjang sesi TMB 2.0 Sabtu dan Ahad (22 & 23 Ogos), peserta bukan hanya duduk mendengar penerangan daripada speaker. Mereka turut diberikan ruang untuk terus mengaplikasikan apa yang dipelajari pada tesis dan kajian masing-masing. Pendekatan hands-on seperti ini membolehkan peserta melihat kaitan antara perkara yang dipelajari dengan situasi sebenar yang mereka hadapi.

Bagi peserta yang masih belum mempunyai draft, mereka boleh mula membina penulisan berdasarkan panduan yang diberikan. Bagi peserta yang sudah mempunyai draft pula, masa yang diperuntukkan boleh digunakan untuk melihat semula struktur dan mengembangkan bahagian yang masih belum lengkap.

Dalam suasana yang sama, peserta juga dapat melihat bagaimana pelajar lain menguruskan cabaran tesis masing-masing.

Bila Draft Mula Terhasil

Antara perkara yang menjadi perhatian sepanjang TMB 2.0 ialah proses peserta menghasilkan kerja masing-masing. Ada yang datang dengan idea yang masih berselerak. Ada yang sudah mempunyai bahan kajian tetapi belum berjaya menyusunnya menjadi penulisan. Ada juga yang sudah mempunyai draft dan menggunakan peluang ini untuk memperkemas bahagian yang masih belum jelas.

Apabila diberikan struktur dan masa khusus untuk menulis, peserta dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada tesis masing-masing. Ini menjadikan suasana TMB berbeza daripada sesi pembelajaran biasa. Peserta bukan sahaja belajar tentang tesis, tetapi terus bekerja pada tesis mereka sepanjang program.

TMB 2.0 Dalam Perjalanan Yang Sama

TMB 1.0 meninggalkan satu pengalaman apabila peserta berjaya menghasilkan 1st draft thesis dalam masa satu hari. TMB 2.0 pula memberikan peluang kepada kumpulan peserta yang baharu untuk melalui pengalaman tersebut dengan cerita mereka sendiri.

Sepanjang dua hari, mereka diberikan masa, ruang dan bimbingan untuk memberi perhatian kepada tesis masing-masing. Bagi sesetengah peserta, mungkin hasil paling penting ialah draft yang berjaya disiapkan. Bagi yang lain pula, mungkin ia adalah kejelasan tentang apa yang perlu dilakukan selepas ini.

Apa pun hasilnya, perjalanan tesis tetap perlu diteruskan selepas program berakhir. Draft yang dihasilkan perlu diperbaiki, pandangan penyelia perlu diambil kira dan penulisan perlu diteruskan sehingga tesis benar-benar selesai. Namun, sekurang-kurangnya TMB 2.0 memberikan satu titik mula yang lebih jelas kepada peserta untuk meneruskan perjalanan tersebut.

Dan seperti TMB 1.0, cerita sebenar tentang keberkesanan pengalaman ini bukan hanya terletak pada apa yang berlaku di dalam bootcamp, tetapi pada apa yang peserta lakukan terhadap tesis mereka selepas mereka pulang.

Boleh tonton highlights Thesis Mastery Bootcamp di sini:

Nak dibimbing dalam penulisan proposal selama 6 bulan, jom daftar Program Intensif 6 Bulan (PI6) yang akan bermula 14 April ini!

Nak join Pi6, daftar sini
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Select your currency
BND Brunei dollar
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x