fbpx Skip to main content
search
0

Pahang, 28 Julai 2024 – Karnival Belia Negeri Pahang 2024 yang berlangsung semalam (Ahad) telah menjadi pentas utama bagi belia negeri ini untuk mendapatkan inspirasi dan peluang.

Acara ini merupakan sebahagian daripada Festival Belia Pahang sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2024, yang diadakan dari 26 hingga 28 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Pekarangan Wisma Belia, Kuantan, Pahang.

Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, serta Majlis Belia Negeri Pahang.

“Dr Roket” @ Sesi Pocket Talk: “Habis Sekolah Nanti Nak Buat Apa?”

Sesi ‘talk’ ini adalah antara aktiviti yang berlangsung di dalam karnival ini. 

Dr Roket dapat bersama-sama “turun padang” untuk mengisi slot tersebut. Sesi bertujuan untuk memberikan motivasi, galakan dan pendedahan tentang perjalanan untuk terus belajar ke peringkat tertinggi khas buat para pelajar sekolah rendah, sekolah menengah & golongan belia.
Di sana, Dr Roket menggelarkan diri “Uncle Roket” oleh para pelajar dan kami komited dalam mencelikkan minda masyarakat tentang kepentingan pendidikan, insyaAllah. Kami ingin membantu anak-anak muda memahami tujuan sebenar di sebalik SPM dan merancang langkah seterusnya dengan lebih strategik.

Tekad kami adalah untuk memotivasi belia Pahang agar lebih mencintai ilmu dan belajar dengan gigih, dengan harapan dapat memajukan negeri Pahang melalui pendidikan.

Perubahan Masa dan Lokasi  

Sesi ini telah bertukar dari jam 8.00 pagi kepada  jam 10 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Lokasi juga dipindahkan dari dewan 1 ke pentas utama.

Faedah Terbaik untuk Belia yang Hadir  

– Jaringan Sosial: Belia yang hadir berpeluang untuk berkenalan dan berhubung dengan belia lain dari seluruh negeri Pahang, membina rangkaian yang kukuh untuk masa depan.

– Pengembangan Ilmu: Peserta juga dapat menimba ilmu dan maklumat terkini yang berguna untuk pembangunan diri dan kerjaya.

– Peluang Kerjaya: Melalui pameran kerjaya yang turut diadakan, belia dapat meneroka peluang pekerjaan dan latihan yang ada.

– Aktiviti Indoor dan Outdoor: Mereka yang hadir boleh menyertai pelbagai jenis aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur.

Program Terbuka kepada Semua  

Karnival Belia Negeri Pahang 2024 terbuka kepada semua, termasuk ibu bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri yang mengundang seluruh rakyat Pahang, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, untuk mengambil bahagian.

Penyerahan Cenderamata kepada Tuanku Mahkota Pahang  

Alhamdulillah selepas sesi ‘talk’ semalam, sempat kami buat penyerahan cenderamata kepada Tuanku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal, yang juga hadir ke Majlis Perasmian Festival Belia Pahang sempena Hari Belia Negara 2024.

Karnival ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan individu, tetapi juga kepada kemajuan komuniti belia secara keseluruhan, menjadikan belia yang hadir lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Bersama sebahagian team yang bertungkus lumus di sana. Ada yang bantu dan support dari jauh. Terima kasih team. Terima kasih semua. Terima kasih orang Pahang!

Kalau anda ada anak-anak remaja, pelajar sekolah atau universiti yang nak upgrade diri mereka ke next level dalam education ni, jom bersama saya dalam PTP. Boleh klik di bawah.
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x