fbpx Skip to main content
search
0

Pernah melalui saat-saat sukar sehingga jatuh sakit, Puan Tumisah Akim akur pernah berasa lemah dan hilang semangat suatu ketika dahulu. Tugasan kerjaya dan pengajian di samping menjadi seorang ibu benar-benar menguji mental dan fizikal beliau. Sehinggalah beliau bertemu mentor yang mampu mengubah keadaannya, ikuti kisah benar Platinum Dr Roket ini.

“Sebelum menjadi Platinum Dr Roket, saya sedang tersangkut. Menangis apabila mengingati tesis dan selalu ragu-ragu tanpa tunjuk ajar bagaimana hendak siapkan tesis saya. ‘The struggle is real’. Saya berdoa kepada Allah dan tercari-cari siapa yang saya boleh mohon bantuan.

Semangat saya sangat jatuh pada waktu itu seperti berada di ‘ the lowest point ‘. Keadaan itu menyebabkan lama-kelamaan saya menjadi sangat lemah. Belajar dan bekerja memang menguji ketabahan diri.

Pergi kerja dalam keadaan paksa diri. Seperti zombie yang bergerak ke sana ke sini, ke sana dan ke sini tanpa ada perasaan dan semangat. Beg tangan saya pun saya tidak lagi mampu bawa. Anak-anak tolong bawakan. Memandu dalam keadaan lemah hingga beberapa kali hampir kemalangan. Anak-anak yang adukan kepada ayahnya.

Pelajar saya, saya jaga betul-betul kerana merekalah aset negara. Namun waktu sakit ini, saya ambil yang wajib sahaja tugasan yang lain.  Muka menjadi pucat kerana saya tidak lalu makan hingga akhirnya saya jatuh sakit. Ketika saya sakit ini, anak-anak murid yang mengambil bidang Medic tiba-tiba datang dan sentiasa bertanya khabar. Mereka membantu memantau kesihatan saya dan memastikan saya berada di track yang betul. Tangan mak saya yang sejuk dan uzur terasa di kepala saya, bimbang anaknya yang terbaring sakit.

Ketika itu saya dapat info di Facebook bahawa Dr Roket akan mengadakan virtual Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Merdeka. Jadi, saya cuba untuk mengikutinya. Tidak sangka saya boleh ikutinya walaupun seminar dibuat dalam jangka waktu panjang iaitu daripada pukul 8 pagi hingga 12 malam. Sedangkan ketika itu saya sedang sakit yang sangat dalam. Saya memang hendak bangkit kembali.

Saya fokus dan tidak keluar dari bilik.  Suami beri sokongan tanpa kata, cuma dengan tindakannya iaitu belanja air kegemaran saya dan hantar hingga ke bilik study, dan itu sangat saya hargai. Pelik agaknya dia. Isteri yang terbaring tetiba bangun menghadiri seminar pula.  Anak-anak sibuk memasak sendiri di dapur dan menghantar makanan, beri masa untuk saya ikuti seminar sepenuhnya.

Pada waktu itu ada beberapa perkara yang menyentuh hati saya:

  1. Cara Dr Roket yang ambil berat dan bersungguh hendak guide, walaupun Dr Roket tidak mengenali kita. Tiada siapa mampu lakukan ini tanpa kasih sayang dan komitmen tinggi.
  2. Perkongsian Platinum yang memberi kesan. Sangat memahami keadaan sahabat-sahabat. Di sini juga saya belajar bahawa bukan saya seorang sahaja yang kesusahan dan stucked.
  3. Selintas Dr Roket share bahawa ‘Semangat kita, tiada siapa boleh ambil’.

Banyak saya belajar daripada sini. Saya perhatikan semangat saya sudah mula pulih sikit demi sedikit. Saya pelik apabila melihat wajah saya sendiri di handphone. Ohh..magiknya. Saya sudah mula boleh tersenyum. AHA moment bagi saya.  Seolah-olah baru belajar tersenyum semula.

Kehidupan saya bertukar. Saya sudah mula boleh bercerita semula. Malah saya mampu kongsi pengalaman saya di Facebook melalui tugasan yang Dr Roket beri.  Sebelum ini saya berada di ‘Lonely Planet’. Ada juga rakan yang meninggalkan saya apabila saya di dalam kesusahan belajar.  Semua itu sedikit demi sedikit menjadikan saya lebih bersyukur dan menghargai orang-orang yang bersama saya ketika saya susah. Saya menjadi The New of Me. Bertukar dari ‘Lonely Planet‘ kepada ‘Happy Planet’. Keadaan ini menyebabkan suami, mak uzur yang tinggal bersama kami serta anak-anak gembira dengan perubahan positif saya.

Sahabat-sahabat, mohonlah pertolongan kepada Allah Ta’ala ketika susah dan senang. Jangan sama sekali melepaskan tali pergantungan kita dengan Allah Ta’ala. Peganglah kuat-kuat. Allah bersama kita. Allah Maha Penyayang menghantar bantuan tenteranya dari orang-orang dan arah-arah yang kita tidak sangka-sangka.

Sujud syukur saya pada Allah Ta’ala. Setiap orang pasti ada ceritanya. Sejak saya sertai Platinum, pegang tesis adalah detik paling istimewa di dalam penulisan tesis. Moga kita berjaya dunia akhirat. Moga saya berjaya konvo PhD pada sesi 2021. Allahumma Amiin..”

Biarpun hanya bertemuDr Roket secara virtual seminar Nak Ubah Tesis, semangat beliau kembali pulih dan kehidupan beliau berubah secara positif. Ketulusan dan passion Dr Roket membantu bangsa Postgrad benar-benar menyentuh hati beliau yang mulai sedar bahawa ramai lagi yang dalam kesusahan. Beliau kini semakin sihat semenjak berada di dalam lingkungan kumpulan yang positif. Klik di sini jika anda ingin berubah seperti Puan Tumisah: http://t.me/drroket .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x