Pernah tak anda sebagai pelajar bangsa postgrad terfikir yang anda akan menyambung belajar di peringkat Master PhD? Cik puan Norsheila Abdullah pernah berada di situasi ini yang mana beliau tidak pernah terfikir akan menyambung PhD. Seorang kenalan menawarkan beliau tawaran biasiswa menyambung PhD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tawaran tersebut pada awalnya kerana beliau kurang yakin dengan kemampuan akademik namun akhirnya kepada rezeki dan beliau menerima tawaran untuk menyambung ke pengajian PhD
Pastinya semua perjalanan menyambung belajar itu tidak dipenuhi dengan pelangi semata-mata, pasti ada cabaran yang mendatang dalam menempuhi sesuatu ilmu. Sejak mendaftar PhD pada tahun 2020, dengan perasaan yang berbaur, cik puan Norsheila Abdullah terpaksa menyediakan pemikiran sebagai seorang pelajar semula. Pada awalnya beliau boleh memberi komitmen dengan sangat konsisten kerana berasa sangat seronok dengan ada rakan seperjuangan. Cabaran bermula selepas terputus hubungan dengan mereka.
Selepas sahaja terputus dengan rakan-rakan beliau kerana masing-masing mempunyai hal, cik puan Norsheila Abdullah terpaksa bergerak sendiri tanpa bimbingan. “Saya semakin hilang arah, setiap kali untuk buat tesis seperti tidak bermaya”, jelas beliau. Tanpa bimbingan yang tepat, beliau kerap terleka juga dan hanya mampu menyiapkan 37 muka surat tesis sejak mula mendaftar! Sebab itulah ramai pelajar Master PhD yang semakin tenggelam ke lautan yang dalam asbab tidak mempunyai guru yang boleh membimbing.
Malah, tesis beliau juga pernah berasa dalam fasa tesis ‘menghilang’ separuh jalan. Ehh macam mana boleh hilang tiba-tiba tesis tu kan? Sejak pandemik Covid-19 muncul dalam kehidupan kita semua, kehidupan beliau ketika itu mulai berubah dengan hanya duduk di rumah. “Pada mulanya saya berasa seronok kerana boleh berehat panjang, kemudian mulai terasa bosan kerana hanya tenung pada buku dan sekadar melihat. Haa macam mana nak bergerak kan tesis tu kalau yang dipandang hanya laptop tetapi tangan tak bergerak”, akui beliau.
Pelajar PhD di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) ini juga mulai risau perkara yang mungkin melanda pendapatan bulanan malah berasa tertekan dengan berita Covid-19 yang turut melanda kawan-kawan dalam industri. Pada yang sama, beliau juga mengalami masalah dalam pengurusan masa. Tanggungjawab dalam keluarga, tanggungjawab dalam karier dan pastinya tanggungjawab dalam pengajian PhD yang harus diselesaikan secepat yang boleh. Dengan amanah biasiswa yang dipikul, beliau sedar yang beliau perlu bangkit menggerakkan tesis. Bagi membantu pengajian PhDnya, beliau menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 11 April 2020. Awalnya beliau masih tidak mahir dengan teknik meningkatkan tesis. Banyak perkara yang beliau temui ketika mengikuti NUT. Perubahan yang pastinya membawa ke arah sudut positif. “Banyak perkara best sejak saya mengikuti proses Dr Roket ini”, kongsi cik puan Norsheila Abdullah.
Rutin 11 antara yang dipelajarinya dalama proses Dr Roket dan aspek spiritual dalam Rutin 11 tersebut yang paling memberi kesan dalam hidup beliau. “Dr Roket memperbaiki spiritual diri saya juga. Letika itu saya melalui cabaran dan saya berkata pada diri saya setiap hari, Allah nak saya alihlan tenaga ke satu perkara lebih bermakna dalam hidup saya dan tarik diri daripada persekitaran negatif.
Personal Coaching dan Weekly Zoom daripada Dr. Roket banyak membantu saya. Saya adalah orang sangat menghormati guru hingga rasa takut nak bertanya ketika sekolah. Dalam program Dr. Roket, saya sering dengar perkataan ‘followvasi’ dan ‘tiruvasi’ yang sentiasa meragukan saya mengenai ini. Mungkin saya tidak faham dan takut meniru tesis yang bukan kita punya penulisan – sehinggakan saya tidak tulis tesis lagi, itu selepas sebulan RIC1″, jelas beliau.
Pastinya perkara yang beliau syukuri dalam proses ini adalah mempunyai Mentor yang sentiasa membimbing. “Mempunyai mentor yang ada ‘result’ sangat penting. Dr. Roket bukan sahaja ada visi untuk membantu bangsa postgrad, malah lebih daripada itu kerana bukan sahaja di dunia tetapi secara spiritual banyak bantu saya dan suami. Dr. Roket yang ada ‘result’ yang sangat luar biasa telah saya dan sahabat platinum yang lain telah nampak dan alami”, kata cik puan Norsheila.
Alhamdulillah asbab percaya dengan proses ini, cik puan Norsheila Abdullah telah mempunyai ‘result’ yang sangat luar biasa dengan berjaya menghasilkan draf yang ke 23 dengan 5713 muka surat. Hebat ke hebat cik puan Norsheila Abdullah? Jika anda nak jadi seperti beliau kenalah join proses Dr Roket barulah dapat merasa proses yang penuh dengan ‘result’ ini!