Skip to main content
search
0

Pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan yang mendalam kepada semua umat manusia termasuk lah kepada bangsa postgrad. Semua negara di dunia termasuk lah Malaysia mengambil langkah untuk mengawal pandemik ini dengan melaksanakan LOCKDOWN! Apakah kesan lockdown ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kepada pelajar Master PhD??? Adakah PKP menyebabkan mereka stuck menulis? Adakah PKP akan menyebabkan tesis mereka “meninggal”? Jom kita membaca pengalaman pelajar PhD Cik Puan Nor Haizree binti Ahmad Badri ketika mula-mula menghadapi pandemik wabak Covid-19.

Cik Puan Nor Haizree binti Ahmad Badri merupakan pelajar PhD di Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam bidang Pengurusan Perniagaan berkongsi banyak cabaran yang berlaku dalam pengajian PhDnya termasuk lah cabaran ketika PKP dimulakan. Beliau mengatakan apabila negara dan dunia dilanda dengan pandemik Covid-19, Cik Puan Haizree telah hanyut sehanyutnya bersama tesis beliau. “Saya telah meninggalkan tesis saya dan tidak lagi menulis tesis saya” ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan cabaran yang beliau hadapi adalah semakin kurang berinteraksi dengan supervisornya. Saya perasan ramai pelajar Master PhD kurang untuk berinteraksi dengan SV mereka dengan alasan takut dengan SV mereka. SV hanyalah manusia biasa, tiada sebab untuk kita takutkan mereka melainkan kita tidak mempunya progress. Membuat hubungan yang baik dengan SV sangat membantu dalam pengajian Master PhD kita kerana mereka lah yang membimbing aspek akademik anda. Setuju ke setuju??

Cabaran lain yang beliau hadapi juga ekoran daripada PKP ini adalah memberi banyak masa kepada perkara lain dan salah satunya ialah hakiki. Oleh kerana beliau bekerja daripada rumah, beliau mengatakan beliau lagi memberi lebih banyak perhatian untuk kerja hakiki daripada tesisnya. PKP juga menyebabkan beliau perlu membahagikan masa untuk mamantau kerja sekolah anak-anaknya. Menjadi seorang pelajar PhD dengan berstaus Ibu adalah cabaran yang perlu diatasi oleh Master PhD Mommy.

Alhamdulillah syukur Allah gerakkan hati Cik Puan Nor Haizree untuk mengikuti Morning Doc setiap pagi dan asbab Morning Doc lah yang telah membantu beliau untuk bangkit semula menguruskann cabaran yang dilalui. “Dari Morning Doc sebenarnya membantu saya bangkit untuk kembali menulis tesis”, kongsi Cik Puan Nor Haizree. Betullah apa para platinum lain katakan bahawa Morning Doc ini ibarat vitamin pagi yang mereka perlu ambil untuk terus kekal ber-energy dan mendapatkan motivasi dalam terus menulis tesis.

Circle Platinum Dr Roket

“Proses Dr Roket ini ada banyak perkara yang sangat best”, kata Cik Puan Nor Haizree. Salah satu pekara best dan beliau sangat syukuri kerana berada dalam proses Dr Roket adalah circle. Bagi beliau circle platinum Dr Roket sangat-sangat awesome. Circle Dr Roket pasti anda tidak menjumpai dimana-mana program yang anda ikuti hanya ada dalam proses Dr Roket. Sahabat-sahabat dalam circle Dr Roket sentiasa beri energy, memberi momentum yang sangat bagus.

Mereka ini seperti push factor untuk kita menggerakkan tesis kita

Nor Haizree

Malah, dalam circle Dr Roket juga akan anda pasti tidak akan mempunyai masa untuk merasa down ujar Cik Puan Nor Haizree. Hal ini demikian kerana, setiap hari pasti ada sahaja yang akan berkongsi win-win mereka seperti kenaikan deraf.  Bayangkan sahaja apabila ada berkongsi kenaikan deraf mereka, pasti Cik Puan Nor Haizree akan merasa “terbakar” dengan result mereka.

Pastinya perkara best dalam proses Dr Roket ini adalah mempunyai mentor. Mentor yang dimaksudkan adalah Guru MasterPhD Strategist No 1 di Malaysia iaitu Dr Roket. “Dr Roket tidak pernah penat untuk bantu kita”, kata Cik Puan Nor Haizree. Asbab kerana formula-formula yang Dr Roket beri, beliau telah berjaya hasilkan 22 halaman muka surat selepas sahaja Seminar Nak Ubah Tesis habis melabuhkan tirainya. Sebelum ini beliau hanya mempunyai 15 halaman muka surat sahaja selepas tesis beliau tidak bergerak selama berapa bulan.

Alhamdulillah syukur setelah habis sahaja mengikuti Roket Intensive Class 1 (RIC 1) tesis beliau terus berevolusi sehingga 390 halaman muka surat. Tidak berhenti di situ, tesis beliau terus meningkat kepada 1063 halaman muka surat seusai saja RIC 2  berlangsung. Result terkini tesis beliau adalah 3381 halaman muka surat dengan deraf ke 18!!!

Deraf terkini Cik Puan Haizree

Semua perubahan yang berlaku pada Cik Puan Nor Haizree ini adalah kerana beliau percaya dengan proses ini dan pastinya ia berlaku atas izin Allah SWT. Jika beliau mampu mengtasi masalah ini, saya pasti anda pun boleh.

Anda nak tahu Cik Puan Nor Haizree adalah pengguna E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat!! Jika anda berminat nak dapatkan E-Book ini boleh klik link >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x