fbpx Skip to main content
search
0

Mereka yang bekerjaya lumrahnya begitu sibuk dengan tugasan-tugasan, namun ini bukan penghalang untuk berada di separuh jalan didalam pengajian. Tidak mudah terpengaruh dengan keputus-asaan rakan- rakan sekeliling, Puan Izana berkongsi ketabahan beliau sehingga berjaya bergelar Platinum Dr. Roket:

Kisah hidup sebelum jumpa Dr. Roket

“Assalamualaikum Dr. dan semua. Nama diberi Nor Izana Mohd Shobri dari Platinum 4.3, PhD dalam bidang Deisgn and Built Environment lebih spesifik kepada seni bina landskap.

Saya mendaftar sebagai pelajar pada September 2017 secara part- time,                                                                                                                            bukan sebab dengan ajakan rakan- rakan. Tetapi itu adalah janji saya kepada pihak pengurusan semasa temu duga untuk pengesahan jawatan pensyarah di UiTM (ketika itu sudah 3 tahun berkhidmat dibawah UiTM). Saya janji dalam masa 5 tahun selepas saya disahkan jawatan saya akan sambung PhD.

Oleh itu, saya rasa tahun 2017 adalah masa yang sesuai selepas saya dapat keputusan pengesahan jawatan. Bermulalah episod ngeri dalam kehidupan saya.

Setahun awal pengajian, saya kena hadiri kelas setiap hujung minggu (Jumaat malam, Sabtu dan Ahad) dari pagi sampai malam. Kadang-kadang ada kelas yang sampai pukul 1 pagi (disebabkan program PhD saya ni mixmode dan saya daftar di Universitisy kerja supya senang urusan kalau ada apa-apa).

Ada test, assignment, field trip dan research camp. Sebenarnya semua ni banyak sangat membantu dalam progress PhD saya terutama tentang Research Method.

Tapi semasa tu berminda negatif, anggap semua ini membebankan. Perasaan nak berhenti dah mula ada sebab sudah tidak mampu dan rasa penat sangat, sebab hidup seperti huru-hara nak kena uruskan anak (kerana saya PJJ dengan suami), kerja dan PhD.

Kadang-kadang kena bawa anak sekali masuk kelas jikalau suami tidak boleh balik hujung minggu. Saya sungguh kesian dan rasa bersalah kepada anak juga sebenarnya. Tetapi saya gagahkan juga diri buat PhD, sebab memikirkan duit sudah habis banyak dan kudrat yang sudah tahap maksima.

Bermula daripada kami seramai 8 orang didalam kelas, semakin lama seorang demi seorang berhenti .Tinggal kami 3 orang sahaja sekarang ni, selepas setahun mendaftar, saya membentangkan Proposal Defence. Selepas Proposal Defence, saya dicadangkan untuk menukar tajuk.

Selepas Proposal Defence, saya tidak sentuh langsung tesis selama setahun kerana sibuk menguruskan program dan jawatan-jawatan dalam UITM. Sebenarnya merajuk juga disebabkan kena tukar tajuk, sudah bazir dua tahun disitu bayar yuran kebodohan sendiri.

Dua tahun sambung belajar, kesihatan saya makin merosot akibat tekanan melampau. Saya dapat penyakit gastrik, migrain,tekanan darah yang tidak stabil.

Kadang-kadang terlalu rendah, kadang-kadang terlalu tinggi hingga selalu rasa mahu pitam dan akan muntah-muntah, paling teruk muntah hijau (baru tahu rupanya ada muntah hijau yang macam orang selalu kata), selalu marah- marah, selalu menangis seorang diri, rasa kesunyian, dan cepat sensitif akibat kepenatan dan kemurungan (banyak berdiam tidak suka bersembang).

Setiap minggu dalam 2-3 hari mesti wajib sangat ambil pain killer sebab selalu sakit kepala, sampai satu tahap ubat pun tidak jalan. Jumpa doktor, doktor kata saya sangat tertekan dan pesan jangan sampai bunuh diri .

Sebagai jalan penyelesaian, saya mohon cuti belajar bergaji tanpa biasiswa. Alhamdulillah lulus. Tetapi 3 bulan pertama selepas mendapat cuti saya tidak buat apa-apa sebab tidak tahu daripada mana hendak bermula. Kesihatan semakin teruk, rasa bersalah semakin meninggi sebab cuti tidak buat apa-apa.

Penyelia mesej pun kadang-kadang tidak berbalas atau balas lambat. Janji dengan penyelia pun macam-macam tetapi tidak buat-buat juga. Masa ini jika terserempak SV memang takut (walaupun hanya tenampak kereta penyelia), saya akan mengelak  atau menyorok.

Suami mengajak saya pergi umrah untuk saya minta petunjuk daripada lllahi untuk keluar dari neraka PhD saya ketika itu. Selepas balik dari Umrah bulan Februari 2020, saya dapat jemputan dari rakan untuk sertai seminar Dr. Roket.

Saya activate kembali FB sebab setahun saya tutup untuk menyendiri. Buka sahaja terus pop up iklan Dr. Roket. Saya tidak berfikir panjang sebab percaya itu adalah petunjuk daripada Allah Ta’ala selepas bersungguh- sungguh saya doa untuk saya keluar dari kekusutan PhD ni ketika mengerjakan umrah pada hari itu.

Saya terus sertai TMC bulan 5 dan join Seminar Nak Ubah Tesis berbayar. Saya bertanya pendapat rakan yang dah join platinum dan alhamdulillah saya terus mohon untuk join platinum. Kali ini saya nekad!

Kehidupan selepas jumpa Dr. Roket

Lepas menyertai Thesis Management Clinic dan Nak Ubah Tesis, perlahan-lahan saya semakin berubah. Saya sudah mula semangat menulis dan ada perkembangan hari-hari.

Selepas NUT dah mula makin dekat dengan Tuhan, hidup lebih teratur sebab guna TM168, sentiasa positif (tahu ni pun sebab suami sendiri yang cakap), rajin berpuasa, jaga pemakanan dan cabaran datang pun saya kekal positif (kena ubah tajuk sekali lagi sebab kekangan ke site ketika covid) dan cari jalan untuk selesaikan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Alhamdulillah syukur, apabila mempraktikka beberapa rutin ilmu dari NUT, saya sudah makin sihat dan jarang sangat dah sakit kepala dan gastrik.

Result darah pun cantik. Kesimpulannya selepas NUT saya memang betul2 bergantung harap kepada ALLAH, sujud syukur setiap kali selepas solat, setiap hari menulis dan makin sihat!

Selepas menyertai Potential Platinum 4.3, saya dapat rakan- rakan positif yang saling bantu membantu dan tolong antara satu sama lain.

Alhamdulillah, syukur seronok bangun pagi-pagi mendapat doa daripada mereka dan mesej-mesej nasihat. Allah, saya sangat mensyukuri nikmat silaturrahim ini. Selepas seminar Rocket Intensive Class 1 saya tidak pernah terbayang saya mampu untuk menghasilkan draf-draf tesis.

Ketika itu baru nampak jalan apa tajuk yang saya nak buat sebenarnya untuk PhD saya. SV pun perasan dan cakap saya makin semangat sekarang ni dan dia sangat gembira dengan perubahan saya ini.

Kesimpulannya, selepas RIC 1 penulisan tesis saya makin laju, hubungan dengan SV dan keluarga (suami, anak, ibubapa ) semakin baik, dan saya ada sikap baru iaitu sentiasa sahaja hendak membantu dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Alhamdulillah syukur, selepas jumpa Dr. Roket hidup saya semakin hari semakin gembira, saya hargai keluarga, setiap hari is MY PERFECT DAY, jadi diri sendiri yang baru, semakin sihat, ada rakan-rakan positif yang sentiasa sayang dan mendoakan saya, ada mentor yang sentiasa membimbing, berdoa untuk saya dan sentiasa memberi nasihat tanpa lelah.

Saya syukur dengan semua nikmat yang Allah Ta’ala beri pada saat ini. Saya doakan semoga rakan-rakan Platinum berjaya hingga ke garisan penamat, dipermudahkan urusan dan Viva without correction.

Untuk Dr. Khairul Nizam, Dr. Mardiana dan tim Dr. Roket saya doakan usaha ‘Dr. Roket’ ini terus kekal sehingga ke nafas terakhir untuk bantu bangsa- bangsa posgrad. Semoga Allah kurniakan syurga Firdaus tertinggi untuk kita semua.”

Perubahan positif 360 darjah Puan Izana bersama Dr. Roket, sebenarnya bermula daripada tekad dan semangat juang didalam diri. Pastikan anda jelas dengan faktor utama anda membuat sesuatu, Insyaallah Allah Ta’ala akan mendatangkan bantuan yang anda perlukan. Klik disini agar anda lebih jelas dengan ‘Big Why’ tindakan yang lebih bermakna: http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x