fbpx Skip to main content
search
0

Apabila anda membuat keputusan untuk menyambung pengajian PhD, pastinya anda memerlukan niat dan tujuan yang jitu. Seperti pribahasa Melayu yang menyarankan kita untuk ‘berfikir masak-masak sebelum bertindak atau mengambil keputusan agar tidak menyesal’.

Usah gementar, walaupun ini pengalaman yang mendebarkan kerana anda sedang menuju puncak tertinggi Menara Gading, namun inilah pengalaman berharga sekiranya anda mendapat pendedahan tips persediaan awal. Lebih-lebih lagi apabila ada mentor yang begitu passion mengajarkannya secara konsisten, sungguh bertuah jika dapat menyertainya seperti pengalaman Puan Nurul Fatma semasa seminar Mudahnya Siapkan Tesis (MST) ini:

“PhD adalah suatu perjalanan yang panjang. Tempohnya memakan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun. Perjalanan PhD diibaratkan seperti larian maraton pada jarak yang jauh dan tempoh masa yang lama. Jika ditanya strategi kemenangan kepada  jaguh maraton, pastinya ia berbeza dengan jaguh larian pecut. Larian maraton memerlukan peserta dari segi mental, tenaga dan yang paling penting adalah strategi untuk memastikan momentum larian yang berterusan.

Bercakap tentang larian yang panjang, pernahkah anda mendengar tentang pertandingan Iron Man? Ia adalah sebuah pertandingan yang menguji peserta dengan beberapa kemahiran seperti larian, berenang dan berbasikal. Umumnya peserta Iron Man menjalani latihan intensif beberapa tahun sebelum mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut.

Mereka perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku seperti cuaca buruk, kecederaan, masalah teknikal di samping persediaan lain yang telah disebutkan sebelum ini. Apabila peserta sudah menjangkakan semua kemungkinan ini, maka sebarang cabaran di sepanjang perjalanan boleh diatasi dengan lebih tenang dan terkawal.

Sekarang, cuba bayangkan perjalanan PhD ini seperti pertandingan Iron Man. Wahh, berdebar juga kan. Ramai pelajar PhD terkandas kerana mereka tidak menjangkakan cabaran dan liku-liku yang mereka akan hadapi. Bukanlah kita tidak mengharapkan perjalanan yang lancar, namun sedikit jangkaan begitu akan membuatkan kita lebih peka dan kental.

Oleh kerana itu, mindset yang betul amatlah penting untuk memulakan perjalanan PhD. Sebagaimana peserta larian membayangkan mereka akan tiba di garisan penamat, begitu juga pelajar PhD. Bayangan memakai topi burger di hari konvokesyen adalah suatu push factor yang sangat hebat.

Bagaiman kita melihat diri kita atau imej diri akan mendorong tindakan yang akan diambil. Saya boleh, saya rajin, saya pandai menulis perlulah sentiasa tergiang-ngiang di telinga. Master PhD affirmation yang di ucapkan setiap hari merupakan kalimat keramat yang akan masuk ke dalam minda dan menjadikan otak percaya yang saya akan Graduated on Time (GOT)!

Program Mudahnya Urus Thesis (MST) merupakan medan permulaan pelajar PhD mempelajari teknik persedian bagi menempuh perjalanan PhD. Mempunyai mentor yang berpengalaman dalam menguruskan dunia Pascasiswazah amat bermakna untuk kita pelajari tips dan teknik untuk GOT. Namun, ia tidak akan bermakna sekiranya kita sendiri tidak mengambil tindakan untuk bergerak dan menulis Thesis. Sila duduk, jangan lari dan fokus menulis ya.

Namun, ada hari kita buntu, stuck dan down. Di sinilah perlunya kawan-kawan yang positf, bersemangat yang akan menarik kita untuk terus bangkit dan maju bagi menghabiskan perjuangan ini. Oleh kerana itulah, sewaktu mengikuti program MST, saya tidak lupa mengajak dan tag kawan-kawan seperjuangan untuk turut serta menyertai. Puan Zuraidah Mohd Zam merupakan kawan yang menyahut jemputan saya.

Beliau menegur saya tatkala saya menumpukan perhatian ketika seminar berlangsung. “Amboi..khusyuknya”. Saya sangat bersyukur dan gembira beliau turut serta. Beliau memberikan ulasan program MST, “..soul searching”, “…boost motivation”, “…huhu..naik gaji pon aku tak buat sujud syukur kesyukuran walaupun hanya berjaya menaip Chapter 1”. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menyertai Platinum untuk mengikut jejak langkah saya.

Menurut pandangan peribadi saya, MST boleh dijadikan satu platform untuk kita mendapat gambaran akan program Dr. Roket secara amnya. Perkongsian Platinum memberikan satu motivasi dan pengajaran yang sangat bermakna terutamanya kepada yang mereka yang baru ingin memulakan perjalan PhD. Yang paling penting, MST memberikan peluang untuk kita mengenali lebih ramai kawan-kawan sebangsa Postgraduate yang baru dan refresh motivasi kita. Nak tahu apa yang buat motivasi kita boleh refresh?? Anda wajib sertai Mudahnya Siapkan Tesis!!”

Sungguh menerujakan Puan Fatma atas peluang menyertai MST baru-baru ini bersama sahabat seperjuangan. Atas kesedaran bahawa PhD ini satu perjalanan yang panjang, beliau bijak mengambil langkah awal membetulkan corak pemikiran agar selamat sampai ke destinasi Graduate On Time (GOT). Anda ingin dapatkan bimbingan awal persediaan bangsa Posgrad setiap minggu, daripada Mentor Pengurusan Nombor Satu Malaysia? Klik disini untuk maklumat lanjut dan daftar segera! : http://t.me/drroket

–>Dapatkan lebih banyak penulisan online menarik dan kreatif, buat motivasi dan inspirasi anda dengan melayari dan ikuti #penacikbungaliana !

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x