Skip to main content
search
0

Alhamdulillah, institusi pendidikan di Malaysia makin terus maju dan berkembang di negara kita sekarang.

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah berkongsikan info mengenai beberapa buah IPTA & IPTS yang kekal tersenarai di dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023.

Terdapat 24 buah universiti awam dan swasta yang berada dalam ranking dunia, yang pastinya membanggakan kita terutamanya pendidik IPT dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sekalung tahniah diucapkan ke atas ‘top-5’ universiti yang merangkul ranking 50 -210 Dunia 2023.

Antara Top 5 IPT Malaysia Terbaik di Dunia 2023:
1. Universiti Malaya (UM), KL
2. Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), KL

Tahniah juga diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas kejayaan ini..

Teruskan maju ke hadapan demi memartabatkan pendidikan ke serata dunia!

Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar dalam pengajian anda tidak kira dari universiti dan bidang apapun, ikuti Seminar Mudah.Siap.Tesis (M.S.T) dan Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada Julai dan Ogos nanti:
Daftar Seminar Mudah.Siap.Tesis (M.S.T) Di SiniDaftar Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Di Sini
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Leave a Reply