Skip to main content
search
0

Cik Puan Wan Nur Hidayah Ibrahim, merupakan seorang pelajar PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai . Beliau kini sedang berada didalam bidang pengajian Sains Komputer. Beliau telah mendaftar PhD semenjak tahun 2017 sehingga kini. Pensyarah Politeknik di Sabak Bernam ini juga menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada 3 cahaya mata. Ibu tunggal, pensyarah dan pelajar PhD, pasti banyak cabaran yang beliau perlu tangani bagi mencapai gelaran Dr. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai perjalanan pengajian PhD beliau.

Workaholic. Beliau merupakan seorang yang workaholic yang mana Cik Puan Wan Nur Hidayah terlalu focus kepada kerja dan research sehingga beliau mengabaikan anak-anak dan keluarga besar beliau. Pensyarah in perlu membahagikan masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang masih kecil dan juga pengurusan rumah. Dalam keadaan begitu, beliau akui ini menjadi suatu cabaran untuk menguruskan dengan baik.

Bila berkenaan tesis pula, beliau terlalu focus kepada eksperiment yang mana beliau tidak membuat writing. Disebabkan oleh sikap tersebut, beliau hanya mempunyai 82 halaman muka surat daripada proposalnya. “Halaman tersebut kekal selama 2 tahun dan tidak bergerak-bergerak”. Ini saya dah boleh kategorikan sebagai tesis “meninggal”. Apabila PKP melanda, beliau tidak boleh berkerja atau membuat research di rumah kerana Cik Puan Wan Nur Hidayah merasakan gangguan daripada anak-anaknya.

“Saya adalah seorang yang very negative thinker”, kongsi beliau ketika menceritakan mengenai cabaran yang beliau hadapi dalam pengajian PhD. Oleh sebab masalah tersebut, beliau turut di diagnosis mengalami depression.

Alhamdulillah beliau menjumpai jalan keluar pada Mac 2020 melalui Seminar Nak Ubah Tesis. Perkara pertama yang menarik mengenai proses Dr Roket adalah Dr Roket menyediakan solution bagi setiap cabaran yang berbeza-beza. Untuk pengetahuan, setiap platinum Dr Roket adalah mempunyai pelbagai cabaran yang berbeza-beza. “Setiap cabaran tu ada solusi yang berbeza-beza so kita boleh mix and match dengan cabaran diri kita”

Circle Platinum Dr Roket

Selain itu, proses Dr Roket juga touch kepada semua elemen. Sebagai contoh kerohanian dengan Allah SWT, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan karier, hubungan dengan perniagaan dan hubungan dengan tesis. Semua solusi-solusi ini merangkumi dunia dan akhirat yang mana Dr Roket bukan sentuh kepada tesis sahaja tetapi beyond in the future.

Circle positive platinum Dr Roket juga merupakan antara perkara best yang beliau syukuri berada dalam circle Dr Roket. “Tiada circle positive yang awesome dekat luar macam platinum Dr Roket”, kongsi Cik Puan Wan Nur Hidayah. Dalam kehidupan kita ini akan ada turun naik, namun apabila kita berasa down dalam circle Dr Roket ini akan ada support system daripada mereka. “Kita down takkan lama kerana mereka akan tarik kita bersama untuk terus maju”.

Result terkini beliau adalah mempunyai deraf yang ke 19. Hebat ke habit dari hanya mempunyai 82 muka surat sahaja tesis Cik Puan Wan Nur Hidayah sudah berevolusi kepada 1200 halaman muka surat. Alhamdulillah beliau telah menghantar borang notis 3 bulan dan hanya menunggu untuk menghantar tesis penuh kepada fakulti. Selain daripada itu beliau juga telah menerbitkan beberapa artikel dan pernah dijemput sebagai speaker dan moderator Research Webinar.

Deraf terkini Cik Puan Wan Nur Hidayah

Bukan tesis sahaja mengalami perubahan positive, malah dari segi hubungan dengan anak pula, Cik Puan Wan Nur Hidayah katakan semakin baik dan kini semakin banyak meluangkan masa dengan mereka. “saya kini lebih menghargai anak-anak, rakan-rakan platinum, guru-guru dan sv saya”. Apa yang lebih menarik adalah beliau kini sudah menemui ketenangan dan kegembiran dalam diri beliau.

Saya menemui ketenangan dan kegembiraan dalam diri saya. Dan saya memandang semua ujian sebagai satu rahmat dan kehidupan saya sebagai satu yang sangat indah

Wan Nur Hidayah

Perkongsian dan tips yang Dr. Roket usulkan sememangnya berkesan. Jika anda ingin tips dari Dr Roket untuk menulis tesis cepat, jom klik disini untuk dapatkan E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat! >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/

Leave a Reply