fbpx Skip to main content
search
0

Melalui proses pengurusan pengajian yang tepat, pasti menjamin kejayaan pengajian seseorang pelajar pascasiswazah tersebut. Namun jika hendak berjaya, pengurusan kehidupan juga perlu diutamakan kerana ini menjamin kejayaan yang sebenar didalam kehidupan. Ikuti tindakan-tindakan betul Platinum Dr. Roket, Puan Siti Munirah bagi menggapainya:

“Alhamdulilah syukur dan saya sangat rasa bersyukur. Banyak perubahan yang saya rasai sendiri selepas kenal Dr. Roket dan selepas sertai sebagai Platinum Dr. Roket. Jikalau nak dibandingkan dahulu. Saya rasa terlalu banyak benda atau perkara yang saya belum buat.

Saya rasa dulu saya sudah habis buat semua benda, rupa-rupanya ada banyak lagi tindakan-tindakan betul yang saya boleh buat dalam kehidupan saya dan kehidupan keluarga saya.

Terima Kasih banyak banyak buat Dr. Muhammad Khairul Nizam, Dr. Mardiana dan seluruh tim 2M World, kerana sentiasa sabar dan ada untuk kami bangsa Master PhD. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat sahabat Platinum khususnya Platinum 5.2 yang memberi saya ikatan kami sama seperti adik-beradik yang tidak pernah berjumpa, tetapi rasa macam sudah lama sangat kenal. Saya semakin kuat dengan adanya sahabat-sahabat positif ini.

Bercakap tentang perubahan, alhamdulilah saya kini sudah menjadi Siti Munirah Maharum yang sangat baru, yang lebih baik versi diri saya sendiri. Bercakap tentang perubahan, saya lagi suka melihat perubahan yang berlaku dari dalam diri saya sendiri. Hanya kita atau insan terdekat dengan kita yang dapat lihat perubahan tersebut.

Sepanjang saya sertai sebagai Platinum Dr. Roket, satu demi satu saya cuba buat tindakan-tindakan betul (TTB). Mungkin saya tidak mampu lagi untuk buat 100% TTB, tetapi saya nekad untuk tidak meninggalkan terus kesemua TTB tersebut. Saya sentiasa berpegang kepada konsep “Kalau tidak mampu buat semua, jangan pula ditinggalkan kesemuanya”.

Tindakan-Tindakan Betul yang paling saya mampu buat, dan saya sendiri tidak sangka saya boleh buat (dengan Izin Allah) adalah bangun jam 4pagi, mandi awal pagi waktu tersebut, bersiap dengan baju yang elok, hampar sejadah, solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat- membaca Al-Quran  satu muka surat dan kemudian saya buka laptop untuk buat urusan penulisan tesis saya.

Sesungguh, saya dahulu pernah cakap dekat diri, hebatnya insan yang boleh bangun awal pagi. Saya tidak mampu, mungkin kalau boleh buat pun, sebanyak dua atau tiga kali dalam masa satu bulan, itu pun sangat bagus. Tetapi Allah Maha Penyanyang, Allah SWT jentikkan hati saya untuk sertai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada Ogos 2020, kemudian pilih untuk sertai Platinum, dan alhamdulilah sekarang setiap hari Allah izinkan saya untuk bangun 4 pagi. Syukur, dengan izin Allah juga.

Dari segi penulisan tesis, sekarang saya membuat PhD di USM dan berstatus full-time housewife bersama dua orang anak yang masih kecil. Jadi mungkin ramai sedia maklum cabaran untuk menulis apabila ada anak yang masih kecik.

Berbanding dulu, saya hanya dapat menyentuh tesis satu atau dua kali seminggu, tetapi alhamdulilah sekarang setiap hari saya dapat sentuh tesis (Isnin-Jumaat). Dalam program Dr. Roket, saya banyak didedahkan dengan rahsia pengurusan masa yang lebih baik terutamanya melibatkan tesis.

Paling saya pegang sehingga sekarang adalah MAGIC NUMBER. Pegang saja MAGIC NUMBER ini kuat-kuat, mesti ramai Master PhD tidak merungut tidak ada masa nak menulis lagi. Mind-set saya waktu PhD perlu ada exclusive time untuk menulis, yang itu boleh buang jauh-jauh, sebab masa kita tidak sama seperti zaman Degree dahulu, daripada  jam 8pagi sehingga 5 petang, boleh 100% fokus menulis sahaja.

Rata-rata daripada kita yang menyambung Master PhD kebanyakannya sudah berumah tangga, ada komitmen dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Jadi formula MAGIC NUMBER memang hebat, sangat membantu untuk kita tetap ada masa untuk menulis tesis.

Ada banyak perubahan lain yang saya rasai, tetapi dalam banyak-banyak perubahan, saya suka untuk ketengahkan dua perkara di atas tadi sahaja. Pertama perhubungan saya dengan Allah SWT sangat sangat lebih baik, kedua perhubungan saya dengan tesis semakin rapat. Apabila perhubungan pertama tadi kita kuat, Allah SWT pasti akan aturkan yang paling manis dan terbaik buat kita, keluarga dan perjalanan Master PhD.”

Hasil daripada tindakan-tindakan betul ini, bukan sahaja beliau berpeluang menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada keluarga. Malahan penulisan tesis beliau juga bertambah baik, berkat menjaga perhubungan dengan Allah SWT. Klik disini untuk lebih banyak TTB buat anda: http://t.me/drroket .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x