fbpx Skip to main content
search
0

Pengalaman Mematangkan Insan.

Itulah yang memberi pengajaran untuk kita terus berusaha melakukan yang terbaik, supaya membuahkan hasil kelak. Tiap kesakitan dan kekecewaan kerana gagal mencapai jangkaan, sebenarnya membawa hikmah yang lebih besar sekiranya kita tidak berputus asa. Ikuti pengalaman dan pencapaian sebenar seorang bangsa Posgrad ini, kini telah pun bergelar Platinum!

“Saya memperkenalkan diri sebagai Shah Rol bin Hussain, seorang peserta platinum batch 4. Saya memulakan perjalanan PhD pada 10 September 2019 dengan mendaftar di GSB, USM dalam bidang PHD Corporate Governance.

Dalam tempoh 6 bulan, dua draf proposal saya ditolak kerana terdapat banyak kelemahan, piawainya dan kualiti penulisan rendah. Bayangkan 90% penulisan saya ditolak mentah-mentah oleh penyelia.

Saya tidak berputus asa, saya terus menulis tetapi tidak mampu untuk menulis. Hanya berjaya untuk menghasilkan satu perenggan sahaja untuk draf ke tiga.

Pelbagai kelas penulisan teknikal yang saya hadir namun ianya tidak membantu saya untuk menulis. Emosi terganggu, berfikiran negatif, menyalahkan kebodohan diri sendiri, menyesal sambung PhD dan sebagainya.

Namun, Allah Ta’ala membantu saya dengan mengizinkan untuk menyertai satu Program yang istimewa, iaitu seminar Nak Ubah Tesis, program bersama Dr. Roket pada 22 Mac 2020 secara di alam maya. Sejak itu, kehidupan saya sebagai pelajar PhD berubah 360 darjah!!!

Perkembangan dan Pencapaian:

  1. Pencapaian akademik – Alhamdulilah saya sudah mampu menulis. Kini berada di draf yang ke-11 :

Draf pertama: 16 Mei 2020 (20 hari dari Tarikh RIC1)

Draf Kedua: 31 Mei 2020 (14 hari)

Draf ketiga: 11 Jun 2020 (11 hari)

Draf keempat: 14 Jun 2020 (3 hari)

Draf kelima: 23 Jun 2020 (9 hari)

Draf keenam: 02 Julai 2020 (9 hari)

Draf ketujuh: 11 Julai 2020 (9 hari)

Draf kelapan: 27 Julai 2020 (16 hari)

Draf kesembilan: 01 Ogos 2020 (5 hari)

Draf kesepuluh: 16 Ogos 2020 (15 hari)

Draf kesebelas: 27 Ogos 2020 (11 hari)

Jumlah hari draf 1 – 11 = 122 hari

Jumlah halaman: 490 halaman (sehingga 28 Ogos 2020)

  1. Pencapaian rohani – Alhamdulilah santapan rohani sentiasa diberi menerusi amalan Tahajud, bacaan Al-Quran, zikir dan sedekah. Sebelum ini ada dilakukan juga tetapi selepas menyertai NUT, amalan tersebut menjadi amalan harian, syukur.
  2. Pencapaian dari sudut tanggungjawab keluarga

Emosi semakin tenang, walaupun sibuk melayani anak kecil namun perkembangan tesis tetap berjalan. Alhamdulilah.

Saya kini lebih berminda positif. Pada pandangan saya, setiap cabaran ada solusinya. Minda yang dahulunya negatif kini telah menjadi positif, sebenarnya telah diiubah oleh Dr Roket. Terima kasih Dr. Roket !

Keluarga dan sahabat juga menyedari perubahan ini.

  1. AHA Moment

Saya lakukan sahaja apa yang mentor suruh dan banyak AHA telah saya miliki, antaranya:

  1. Penulisan saya tiba-tiba menjadi semakin baik sehingga penyelia menyukainya dan klasifikasikan ia sebagai ‘impressive’
  2. Mampu menulis conceptual paper dan mendapat komen reviewer sebagai paper yang bagus.
  3. Dikelilingi oleh sahabat circle group yang positif di bawah seliaan Dr. Roket, iaitu melalui Kumpulan Platinum
  4. Tidak lagi takut kepada penyelia sebab saya kini sudah ada result!! Terima kasih Allah Ta’ala, terima kasih mentorku, Dr. Roket
  5. Hubungan keluarga semakin erat.
  6. Hubungan bersama Allah Ta’ala semakin bertambah baik, alhamdulilah.
  7. Pandangan saya terhadap program ini dan mentor.

Tiada kata lain yang dapat diungkapkan selain syukur kerana dikurniakan mentor yang hebat seperti Dr. Roket & Dr. Mardiana.

Melaluinya, dengan izin Allah saya kini memiliki result, circle group yang positif, emosi dan minda yang positif dan dapat memperbaiki hubungan dengan Allah Ta’ala. Moga Allah Ta’ala sentiasa merahmatimu dan mengurniakan syurga tertinggi untukmu.

Terima kasih juga untuk seluruh tim 2M World dan sahabat Platinum. Moga kita dikurniakan oleh Allah Ta’ala Viva tanpa correction. Aamin.”

Pasti ramai yang kagum dengan pencapaian hebat Tuan Shah Rol Hussain ini. Berkat bimbingan Dr. Roket, melalui formula rahsia R.O.K.E.T yang anda boleh dapatkan sekarang. Hubungi Tim 2M World : 019-4588003 untuk sertai NUT dan peluang bergelar Platinum!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x