“Masa adalah komoditi yang tidak akan kembali dan kisah silam tidak mungkin dapat diulang semula”, penekanan penting Dr. Roket dalam Morning Doc tiap pagi, berjaya memberi impak yang sungguh luar biasa dalam pengurusan masa bangsa posgrad apabila mendapat purata lebih 10,000 penonton secara langsung!
‘Circle yang positif, Proses yang betul dan Mentor yang menghasilkan RESULT, siaran langsung Morning Doc yang bermula 7.45 pagi setiap hari, ternyata menjadi sebutan dan permulaan hari yang produktif buat bukan sahaja ribuan calon Master Ph.D di Malaysia, malahan turut mendapat tontonan pelajar dari Universiti terkemuka luar negara.
Berhasil mendapat RESULT demi RESULT hanya selepas 3 bulan lulus untuk menjadi Platinum Dr. Roket, Tuan Fauzi Said yang mengikuti Ph.D Engineering di Universiti of Cambridge, England mengakui beliau kekal konsisten bangun seawal 12.30 malam tiap hari, semata-mata untuk mengikuti live Morning Doc di Facebook beliau!
Perbezaan waktu sama sekali tidak menghalang beliau mengikuti tausiah pagi Dr. Roket secara langsung bersama rakan-rakan seperjuangan Master Ph.D yang jauh di tanah air.
Sebelum bertemu dengan Dr. Roket, beliau mendedahkan bahawa dirinya sama sekali tidak memiliki mentor untuk membimbing, ilmu pengurusan Ph.D yang praktikal, circle group yang positif, disamping cabaran utama dalam pengurusan masa antara akademik dan keluarga.
Bermula dengan menghadiri seminar Nak Ubah Tesis pada 22 Mac lalu diikuti dengan RIC 1 & 2, Dr. Fauzi kini berjaya menyiapkan draft yang ke-8 dan merasai sendiri keajaiban proses Dr.Roket apabila tesis beliau meroket sehingga 667 muka surat hanya dalam masa 3 bulan!
Seruan Dr. Roket dalam penggunaan masa yang efektif terutama pada waktu pagi, membuatkan bangsa postgrad berjaya mengubah life & thesis management mereka menjadi lebih berharga dan berhasil meningkatkan RESULT hari demi hari.
Jika sebelum ini mereka membuang masa tanpa rasa bersalah, kini mereka bersedia ‘membuang masa hanya kerana Allah Ta’ala’ melalui tindakan yang tepat!
“Masa menjadi amat berharga, tiap detik, saat, minit dan jam hanya dimanfaatkan untuk tesis dan life yang betul”, ujar salah seorang Platinum yang berjaya mencipta rekod dengan menyiapkan draft pertama belaiu hanya selepas 3 hari mengikuti sesi zoom buat pertama kali bersama Dr. Roket.
Ustazah Yusliza Kamarudin yang merupakan pelajar Ph.D Pendidikan di Universiti Utara Malaysia, pada mulanya tidak pandai menguruskan masa antara penulisan tesis, kerjaya dan keluarga.
Mengambil langkah pantas dengan menyertai seminar Nak Ubah Tesis pada 11 April lalu, beliau kini terpaksa membesarkan writing dan mengecilkan cabaran masa beliau dengan proses yang diajar oleh Dr.Roket bersama circle yang positif.
Berjaya menulis sehingga 316 muka surat hingga kini, Ustazah Yusliza nekad untuk terus berdisiplin memulakan hari beliau seawal 4 pagi untuk amalan solat sunat dan hafazan, menonton Morning Doc dan membuang sikap bertangguh dalam tugasan.
Beliau bukan sahaja dibantu dalam urusan Ph.D, malah hubungan diri dengan tuhan yang Maha Agung semakin rapat selepas menggunakan tools Dr. Roket yang ternyata memberikan RESULT luar biasa dalam aspek rohani, akademik dan kehidupan bangsa posgrad.
Jika sebelum ini, masa terbuang dengan bermain telefon bimbit dan game, gemar bertangguh dalam penulisan tesis kerana tiada mentor yang membimbing dan selalu bergantung pada emosi dan mood untuk penulisan tesis.
Selepas mengikut seminar Nak Ubah Tesis pada 9 Mei lepas, Puan Roziah Ghazi berjaya mengubah mindset menjadi lebih positif dan berhasil menyiapkan draft pertama beliau dalam tempoh sebulan.
Beliau yang mengambil bidang pengajian Ph.D di UNISZA, kini mengamalkan bangun awal pagi dan pembahagian masa dengan teratur untuk growth thesis beliau setelah sekian lama.
Berpeluang melihat progress tiap hari merupakan pencapaian harian terbaik buat Platinum Dr. Roket, kerana ini merupakan tanda-tanda mereka semakin improve dalam thesis & life management. “Sebelum berjumpa Dr. Roket draft adalah kosong, kini terus meroket hingga 22 draft”, ujar Puan Faridah Hanim, salah seorang platinum yang aktif menyampaikan tesis talk bersama circle Dr. Roket.
Tidak kurang juga dengan rakan seperjuangan beliau, Puan Noor Ropidah yang telah menghasilkan 14 draft Electrical Engineering beliau di UTEN dan telah berpeluang menyertai Vivalicious khas bersama Dr. Roket berkat progress tesis yang luar biasa.
“Sila jaga diri anda! Ini bermaksud tolong jaga masa anda kerana ketika itu anda akan mampu menjaga banyak perkara”, penutup kata Dr. Roket yang menjadi tamparan buat bangsa postgrad yang selalu memberi alasan tidak ada masa dan tiada progress draft mahupun proposal walaupun setelah 6 semester lamanya berlalu.
Masa akan membuatkan tindakan bangsa postgrad lebih produktif dalam journey Master Ph.D mereka dan seperti kata-kata Dr. Roket; “ Passion is something that make you serious in making time”.
Jika anda sudah mula ada tanda-tanda calon Master Ph.D yang membuang masa tanpa rasa bersalah, jangan bertangguh untuk menyertai seminar Nak Ubah Tesis pada 30 & 31 Ogos ini untuk memerdekakan tesis anda dengan ajaib!
Nak join Nak Ubah Tesis? Kongsikan pada kawan-kawan agar semua dapat hasil yang sama seperti platinum di atas.