fbpx Skip to main content
search
0

Dalam setiap perjalanan akademik, terutama PhD, pasti ada cabaran yang mencabar keazaman dan kekuatan kita.

Namun, kisah inspirasi ini membuktikan bahawa pengorbanan dan fokus yang tinggi boleh membawa kepada kejayaan yang luar biasa.

Ikuti perkongsian ringkas Ustazah Dr. Hanisah Mohd Affandi berkaitan proses dan program Dr Roket yang dilaluinya.

Siapa sangka, beliau pernah berkorban 5 bulan tanpa pendapatan demi menyiapkan tesis PhD, bahkan berjaya membawa kebahagiaan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada ayah yang sangat disayanginya.

Kisah ini bukan hanya sekadar tentang akademik, tetapi juga tentang keberanian, pengorbanan, dan impian yang menjadi kenyataan.

“Inilah medan yang buat saya shoot. Teringat moment Vivalicious saya ketika itu, saya antara presenter yang memang tak sempat prepare janji ikut syarat sah orang kata.
Tapi bila partner in crime saya Dr Hasiah Mat Salleh Crmp kata, “awak mesti siapkan tesis sampai draf ke 9”. Eh dulu draf ke 9 dah boleh join ke?
Sekarang bukan lagi ya. Dr Roket dah upgrade modul bahkan yang nak dapatkan sentuhan komen Dr Roket mesti layak hadir Special Vivalicious.
Nak cerita juga, balik dari Vivalicious, saya dapat komen yang sangat bermakna dari mentor kami Dr Mohd Khairul Nizam.
Mana taknya, Doc (Dr. Khairul Nizam) pakar bidang saya kot, ibarat macam examiner sebenar dah komen, pastu diikuti pulak dengan RICM Colmar, memang balik tu energy ferrary la saya. Saya balik dari Vivalicous, saya jelas apa…
Nak baiki tesis saya, malah saya drive tesis saya, sv saya sangat teruja bila saya boleh drive sendiri dan sv monitor dengan tersenyum dan tambah perasa serta momentum lagi. Perghhh!!!
Lain macam bila, RICM Colmar pulak saya dah nak nampak cleat whats’next after PhD. Apa lagi, memang saya tak pandang belakang dah.
Nak hold apa lagi, saya dah tak sabar nak lihat semua impian dan perancangan menjadi kenyataan.
Saya mula korban semua training, saya stop training dan suffer untuk sekitar 5 bulan tanpa income training sebab saya nak fokus siapkan tesis.
Alhamdulillah, bila kita memilih jalan yang betul, kita bukan berlama-lamaan suffer, hold sekejap, bulan Ogos 2020 sampai Feb 2021 saya shoot, bulan Mac berjaya submit tesis dan paling best, tak perlu bayar yuran semester 6.
Duit simpanan nak bayar yuran saya reward anak ke ke Hotel bersebelahan pantai di Kuantan sambil santuni ayah yang ketika itu diuji pula sakit jantung.
Tapi pengorbanan saya berbaloi, saya boleh pulang ke Kuantan, ziarah ayah, bawa tesis yang dah siap dan sudah submit ke UKM.
Bak kata Dr Roket, “ Ayah ustazah mesti sihat tengok tesis PhD dah siap”. Betul Doc, ayah saya happy dan rawatan berjalan dengan baik.

Kini, sebagai seorang Doktor Falsafah,  Ustazah Dr. Hanisah bukan sahaja membuktikan bahawa pengorbanan itu berbaloi, tetapi juga memberi inspirasi kepada semua yang sedang berjuang di dunia akademik.

Semoga perjalanan ini menjadi motivasi kepada mereka yang masih berada di tengah-tengah perjuangan PhD, kerana setiap langkah yang diambil dengan tekad dan semangat pasti akan mengubah masa depan.

Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x