Puan Fakhitah Ridzuan merupakan pelajar PhD dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat di Universiti Sains Malaysia (USM). Pengajian beliau sedang berada didalam semester ketujuh kini, beliau memilih USM untuk menyambung PhD setelah lama merantau ke negeri lain untuk menuntut ilmu.
Beliau mendapat peluang kerjaya dan peluang belajar serentak, minat yang medalam dalam menuntut ilmu membuatkan beliau memilih untuk menyambung belajar pada September 2017 dengan tajaan biasiswa YDPA. Beliau berpeluang menjadi pelajar ‘fast track’ tanpa melalui peringkat Master.
Tidak lama kemudian beliau mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Secara tidak langsung beliau menghadapi cabaran untuk beradaptasi dengan peranan sebagai isteri, ibu, pelajar PhD dan anak. Dalam usia muda serta tiada pengalaman dalam pascasiswazah, beliau berasa agak tersisih pada awalnya.
Pernah gagal semasa Proposal Defence, beliau menghilangkan diri seketika daripada penyelia kerana berasa down. Pada awalnya beliau berasa seakan-akan mahu berhenti dan membayar semula biasiswa. Mujur abang-abang beliau menyarankan beliau untuk menyertai program Dr. Roket.
Beliau menuruti dan menyertai program Gempur Dr. Roket. Secara kebetulan beliau berjumpa penyelia lamanya ketika zaman Ijazah sarjana Muda, dan mendapatkan suntikkan semangat dan nasihat daripada penyelianya itu. Setelah hampir 3 bulan, barulah beliau berani berjumpa penyelia semula dan kembali ke pusat pengajian.
Selepas program GEMPUR beliau mula memperbaiki corak pemikiran dengan lebih baik terhadap pengajiannya itu, iaitu untuk menghabiskan PhD sebaik mungkin dan tidak mahu memilih jalan pintas untuk membayar semula yuran pengajian.
Rutin harian kehidupan beliau juga semakin baik dan teratur. Beliau mula mengamalkan bangun awal pagi dan mula menonton video-video ilmiah yang membantu perjalanan PhDnya. Beliau mula menggunakan mata lebah untuk melihat segala teguran sebagai sesuatu yang membina dirinya.
Beliau semakin kerap berkomunikasi dengan penyelia dan pakar bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal-hal pengajian. Penulisan tesis beliau juga berjalan dengan baik selepas menyertai seminar Dr. Roket berkali-kali.
Klik disini untuk menonton pengalaman istimewa penerima biasiswa YDPA ini bersama Dr. Mardiana Mat Ishak >> https://www.facebook.com/100043948158360/videos/440652176931627