fbpx Skip to main content
search
0

Syukur, Program Menaut Kasih, satu sesi santai bersama Dr Roket telah berlangsung dengan meriah dan penuh kegembiraannya pada 5 Oktober (Sabtu).

Tujuan utama majlis ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan semula hubungan dengan mereka yang telah mengikuti seminar-seminar Dr Roket sejak tahun 2016.

Alumni yang pernah bersama dalam program-program seperti GEMPUR, Nak Ubah Tesis dan Postgraduate Transformation Programme (PTP) berkumpul untuk bertukar cerita dan update perkembangan hidup masing-masing.

Sesi ice breaking dimulakan dengan santai, membolehkan alumni Platinum yang hadir untuk berkenalan semula setelah sekian lama membawa haluan sendiri.

Ada yang telah lama tidak bertemu selepas Viva masing-masing. Kini mereka kembali sebagai pensyarah kanan, penyelia pelajar postgrad, malah ada yang memegang jawatan sebagai Ketua Unit Fakulti Postgrad.

Memang tak disangka, ramai yang telah berjaya mencapai puncak kerjaya selepas bertahun-tahun berusaha keras.

Bak kata Dr. Mohd Khairul Nizam (CEO 2M World @ Dr Roket), “Guru tak pernah lupakan pelajarnya. Doa saya sentiasa mengiringi kejayaan mereka.”

Memang betul, syukur atas rezeki dan kesempatan yang Allah berikan untuk bertemu semula selepas sekian lama.

Dr Roket juga sempat menyanyikan secara spontan lagu Untukmu Temanketika berucap, yang pastinya menambah keceriaan dan menyuntik semangat dalam kalangan yang hadir.

Selain sesi perbualan santai dan makan-makan, majlis ini turut menyaksikan pelancaran DOVE (Doktor Viva Excellence) dan Dr Alumni, simbolik kepada sokongan berterusan Dr Roket kepada para alumni yang telah berjaya menamatkan Viva mereka.

Sesi ini memang menjadi tanda penghargaan kepada mereka yang tak pernah berputus asa dalam perjalanan akademik mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar yang menjadi momen penting dan berharga untuk dirakam.

Walaupun majlis berakhir pada jam 1 petang, kehangatan pertemuan dan kenangan manis pasti akan terus tersemat dalam hati semua.

Kepada alumni Dr Roket yang telah melalui sesi Viva, anda berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada Potret Viva Dr Roket & berpeluang menulis artikel khas mengenai journey masing-masing di platform blog Dr Roket!

Anda boleh hubungi Team Customer Service Dr Roket atau emel Dr Roket di 2mgsbm@gmail.com.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini!

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x