Dr. Ts. Nur Liyana Sulaiman mungkin nama yang asing bagi anda. Namun setelah menyelusuri kisah tragis beliau yang penuh inspirasi ini, pasti akan membuatkan anda membuka mata & jiwa.
“Siapa Dr Liyana Sulaiman ni? Kisah journey Master PhD beliau amazing sangat ke untuk saya luangkan masa 5 minit untuk membaca kisah beliau?” Betul, masa yang anda luangkan selama 5 minit itu tidak akan terbazir kerana ianya mungkin akan mengubah nasib anda. Mungkin kisah anda juga seperti beliau
8 Tahun “Kumpul Sijil”
8 tahun kegigihan beliau mencari formula bagaimana untuk gerakkan tesis PhD beliau. Lama ke lama sangat tu? Kelas demi kelas beliau hadiri. Bak kata beliau, “rajin kumpul sijil”. Biasanya ramai dah giveup kalau sampai dah 8 tahun ni.
Keadaan Tesis Dr Liyana telah lama meninggal sejak proposal defence pada 23 April 2014, tidak menulis tesis tetapi hanya collect data untuk research, sibuk collaborate dengan agile community. Untuk makluman anda, tajuk tesis beliau adalah “Agile Practises Awareness Asessment Model for Practitioners”.
Tambahan pula beliau jadi terkapai-kapai dan semakin lama semakin tenggelam di lautan yang sangat dalam. Beliau tidak tahu bagaimana nak mula gerakkan penulisan tesis. Tambahan pula, beliau juga sudah lama tidak berjumpa SV.
Ibu yang diuji dengan 2 kali keguguran
Keadaan tesis beliau yang dah “meninggal” dan lebih parah lagi beliau diuji dengan cabaran kehidupan iaitu beliau diuji dengan tahun 2013 terpaksa berjauhan dengan suami dan anak.
Tahun 2014 beliau diuji dengan keguguran. Bukan sekali beliau diuji dengan keguguran tetapi pada 2015 juga. Ya allah, besar sungguh ujian Dr Liyana Sulaiman.
Cabaran beliau tidak berhenti disitu, sekali lagi beliau diuji dengan cabaran kehidupan yang mana pada tahun 2016, suami dan anak beliau masuk hospital. Tahun 2018-pula beliau diuji warded dihospital. Jika anda perasan sejak tahun 2013 beliau diuji tidak henti-henti. Ada sahaja setiap tahun cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Banyak kali “berzikir”, “saya nak quit PhD”.
Turning Point Sewaktu Mengerjakan Umrah
Beliau buat keputusan pergi ke Mekah menunaikan umrah bersama keluarga pada 14-25 June 2018 dan memohon doa kepada Allah
“Ya Allah. Tunjukkan dan jumpakan aku dengan seseorang yang dapat membantu menyelesaikan tesis aku luar biasa. Aku nak siapkan tesis tapi tidak tahu bagaimana untuk urusan tesis aku. Temukan aku dengan seseorang yang bantu aku. Tarik aku untuk Kembali menyiapkan tesis aku. Aku nak selesaikan tesis aku. Aku dah semester yang maximum tapi tidak dapat buat apa-apa untuk tesis aku. Bantulah aku, ya Allah”.
Sungguh ikhlas dan penuh pengharapan doa Dr Liyana Sulaiman. Sungguh Allah itu Maha Mendengar, balik sahaja beliau daripada Mekah, beliau berjumpa dengan rakan sekerja (CUCMS), Saleha Idris dan menceritakan mengenai program Dr Roket. Selepas sahaja beliau mendengar perihal mengenai Dr Roket, terus beliau mencari tahu siapakah gerangan yang membantu bangsa postgrad ini?
‘Sejak haritu, saya google nama Dr Roket dan follow morning doc setiap hari sebelum pergi kerja” ujar beliau. Tindakan-tindakan betul tersebut membawa perubahan kepada tesis dan kehidupan beliau. Beliau akhirnya memutuskan untuk mendaftar GEMPUR yang kini dikenali sebagai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) setelah menonton Morning Doc pada 28 Disember 2019.
Setahun kemudian pada 14 Januari 2020, beliau membuat keputusan untuk mengikuti program Platinum dan Alhamdulillah Allah pilih beliau menjadi salah seorang peserta mengikuti Vivalicious. Vivalicious ialah program simulasi viva yang dilakukan oleh Dr Roket untuk para platinum bersedia bagaimana menghadapi viva.
9 Febuari 2021 menjadi tarikh bersejarah untuk Dr Liyana Sulaiman kerana akhirnya setelah 8 tahun dalam perjalanan MasterPhD yang penuh onak duri akhirnya Allah SWT jawab doa beliau dan bantu beliau asbab melalui proses Dr Roket. Dikelilingi oleh sahabat platinum yang sentiasa ada, mentor yang sentiasa membimbing dan proses yang betul sememangnya menjadikan perjalanan PhD beliau lebih indah. Alhamdulillah.
Jika anda diuji 8 tahun dengan cabaran yang anda tak sangka adakah anda akan berhenti atau cari ikhtiar lain?
Keputusan anda harini, penentu hari esok anda. Fikir-fikirkan…