Puan Nurul Asyikin Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran NA Ibrahim, antara Platinum Dr. Roket yang begitu komited melalui proses bersama Dr. Roket. Jerih payah yang pernah beliau lalui demi mengejar impian sebagai pelajar PhD, menjadikan beliau seorang yang begitu cekal dan bersemangat menghadapinya bersama bimbingan Dr. Roket.
Pengalaman silam beliau yang pernah hilang semangat dan tertekan menggalas tanggungjawab sebagai pelajar pascasiswazah, beliau jadikan sebagai suatu pengajaran untuk bangkit dan membuktikan beliau mampu menamatkan perjuangan PhD ini dengan cemerlang.
Berkat beliau bersabar dan berusaha mengharungi ranjau duri dunia Master PhD berpandukan proses dan formula yang tepat bersama guru pengurusan Master PhD nombor satu Malaysia; Dr. Roket. Kini, tarikh 25 Mac 2021 menjadi detik-detik keramat buat Puan NA Ibrahim kerana beliau bakal masuk ke bilik Viva Voce bertempat di Hotel Tenera Bangi, Selangor!
Tarikh istimewa ini merupakan antara keajaiban daripada doa beliau semasa bergelar Platinum Dr. Roket, dengan izin Allah Ta’ala impian beliau untuk Viva secara didalam talian menjadi kenyataan hari ini. Fokus beserta tindakan tepat yang beliau lakukan secara konsisten membuahkan hasilnya.
“Saya berdoa dengan bersungguh- sungguh agar berpeluang Viva Online sekitar minggu ketiga Mac”, Subhanallah telah Allah Ta’ala makbulkan doa yang beliau panjatkan seusai waktu Subuh pada 8 Mac 2021 baru-baru ini!
Puan Nurul Asyikin Ibrahim yang sedang mengikuti bidang pengajian PhD Sains Marin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dahulunya mengalami pelbagai halangan dan kurang mengetahui kaedah pengurusan pengajian yang tepat. Kajian beliau pernah terperuk dalam tempoh yang lama pada bab 1 dan 2!
Beliau pada ketika itu begitu fokus terhadap proses menganalisa data, methodology sehingga lupa perkara utama dan terpenting untuk tesis adalah penulisan. Artikel demi artikel yang beliau terima sudah tidak tersusun lagi. Bahkan tugasan untuk membaca jurnal juga mengambil masa yang lama ketika itu.
Momentum beliau hampir-hampir hilang ketika itu kerana tiada ‘ketukan’ dan bimbingan daripada mentor yang tepat. Puan Nurul Asyikin Ibrahim tidak tahu bagaimana hendak menggerakkan tesis dalam konteks seperti pengurusan masa, mengawal emosi dan bagaimana meletakkan pengharapan hanya kepada Allah Ta’ala.
Ini menyebabkan hati beliau mula berada jauh dengan tesis, beliau tidak lagi bersemangat melihat deraf-deraf yang sedia ada. Paling menyedihkan, beliau pernah tidak berhubung dengan penyelia selama 4 tahun. Beliau hilang keyakinan untuk berjumpa penyelia kerana tiada perkembangan positif!
Atas faktor cabaran-cabaran ini, beliau mengambil keputusan untuk menghadiri seminar GEMPUR atau kini dikenali sebagai Nak Ubah Tesis (NUT) pada 31 Disember 2020. Semenjak itu, ajaibnya proses analisis beliau yang dahulunya sudah lama terperuk sudah ada pergerakan dengan bantuan expert yang beliau bubungi selepas seminar.
Beliau mula melihat dengan mata lebah, iaitu setiap cabaran adalah peluang untuknya bergerak lebih jauh. Paling membanggakan, beliau sudah mula berani berjumpa dengan penyelia dan terus memperbetulkan kesalahan yang ada. Beliau mula konsisten setiap hari mempraktikkan formula-formula Dr. Roket yang memberi impak!
Tidak berakhir disitu, beliau meneruskan proses yang tepat bersama Dr. Roket dengan menyertai Roket Intensive Class 1 & 2 pada tahun berikutnya. Impaknya, beliau yang sebelum ini terhenti penulisanya, telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 9 muka surat setiap hari. Beliau mula untuk konsisten menulis jam 9 am setiap hari. Hasilnya, deraf tesis beliau berevolusi dengan pantas dan sudah mula menghantarnya kepada penyelia untuk semakkan!
Berkat melalui proses yang betul, bersama mentor yang tepat, dan bersama-sama circle group positive Dr. Roket, Puan NA Ibrahim mula mengalami perubahan paling ketara. Pengurusan masa beliau lebih teratur. Walaupun sibuk dengan pengajian, beliau masih mempunyai masa untuk keluarga, berhubung dengan tuhan pencipta dan melakukan hobi. Beliau begitu bersemangat ketika menulis tesis!
Beliau juga sentiasa bersandarkan kepada Allah Ta’ala dalam semua perkara. Malah, hubungan bersama ibubapa, keluarga dan suami juga semakin baik hasil daripada sokongan keluarga yang semakin meningkat. Cabaran dan halangan beliau hadapi sebelum ini berjaya beliau tangani dalam keadaan gembira dan tidak lagi berasa down!
“Nak Ubah Tesis is everything sebenarnya. Jika anda tidak berani sertainya, anda tidak akan dapat seperti Platinum dapat kini”, Puan NA Ibrahim.
Hanya bersama Dr. Roket anda dapat mengalami perubahan sebesar ini! Klik disini untuk menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 2-4 April 2021, yang menjadi titik permulaan kecemerlangan Puan NA Ibrahim kini! >>> https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/