Kadang kala apabila kita sudah berada didalam suatu bidang betahun-tahun lamanya, kita akan berada didalam comfort zone. Situasi ini agak membahayakan perjalanan pengajian mahupun kerjaya kita, kerana kita merasakan sudah mahir semuanya. Pada hakikatnya, ilmu Allah Ta’ala begitu luas yang mengajak kita untuk terus menerokainya. Namun semua ini agak sukar sekiranya kita terus melakukan tindakan yang sama tanpa memiliki corak pemikiran yang betul. Puan Sahlawati Abu Bakar, antara Platinum Dr. Roket yang merasai perubahan demi perubahan semenjak mengikuti mentornya, iaitu Dr. Roket. Ikuti perkongsian Puan Sahlawati ini:
“Sebagai seorang Platinum yang telah mengikuti program Dr. Roket semenjak tahun 2018 lagi, apabila mendapat undangan mengikuti satu lagi program dibawah Dr. Roket merupakan pengalaman yang sangat berharga buat saya. Pada awalnya saya cuma bermimpi untuk mencapai tahap Vivalicious sahaja, namun rezeki Allah kurniakan lebih lagi apabila dapat menyertai Rocket Inner Circle Meeting (RICM).
Pengalaman yang paling seronok ialah dapat belajar secara bersemuka dengan mentor yang luar biasa hebat dan 20 orang Platinum yang sudah seperti adik beradik bagi saya. Dua hari berada bersama mentor menjadikan saya sangat jelas dengan hala tuju dan apa tindakan yang betul selepas menamatkan PhD saya nanti.
Program RICM ni memang berbeza dengan NUT (Nak Ubah Tesis), RIC (Roket Intensive Class) dan Vivalicious. Apa yang bezanya? RICM memberikan input-input berharga selepas bergelar Doktor akademik kelak. Tiada lagi bercakap mengenai tesis. Sebenarnya hanya mereka yang betul-betul bersedia sahaja yang layak sertainya. Alhamdulillah inilah yang menyebabkan saya bersyukur dapat terpilih dan turut serta mendapatkan pengalaman yang hebat. Pengalaman adalah ilmu yang paling berharga, jadi apabila sudah sertai RICM saya jadi lebih fokus dan komited untuk perjalanan yang lebih menarik selepas bergaduasi nanti.
Bercakap mengenai ilmu yang paling bermakna, Masya Allah…Ilmu yang sangat berbeza dan tidak akan didapati dalam bilik kuliah dan pengajian yang lain. Terdapat ilmu yang paling bermakna bagi saya. Boleh saya bayangkan ruginya jikalau saya tidak sertai RICM, saya tidak akan dapat ilmu secara langsung dengan mentor. Didalam radar ini memang daripada awal saya sudah target dan buat tindakan-tindakan betul untuk tulis buku teks mengenai PhD saya. Tidak sangka, semasa RICM Dr. Roket beri ilmu, tips dan banyak panduan cara hendak buat buku teks. Menakjubkan!
Selain itu satu lagu ilmu yang sangat seronok ialah keseimbangan kerjaya dan akademik. Selama bertahun-tahun menjadi pensyarah, saya langsung tidak terfikir hendak kena ada pengikut, jadi influencers, iya lah saya buka akaun Facebook pun selepas sertai Platinum Dr. Roket. Tetapi selepas sertai RICM saya mendapat ilmu baru, terbukalah minda dan otak saya ini yang ahli akademik pun perlu menjenamakan diri. Ini semua untuk kebaikan dunia dan akhirat, selama ni saya fikir memberi kuliah di masjid sahaja sudah cukup. Banyak lagi medium media sosial yang ada untuk platform akhirat.
Akhir sekali ilmu yang saya dapat dan sangat bernilai ialah saya mengenal diri saya dan kemampuan diri. Betullah sebenarnya guru dan rakan-rakan merupakan cerminan yang baik untuk kita mengenal diri. Sepanjang RICM, saya mengenal potensi dan kompetensi diri saya. Jikalau tidak kerana mentor bagi tahu, rakan-rakan Platinum datang membantu memang saya setakat itu sahaja ah. Rupa-rupanya saya boleh pergi jauh lagi, bak kata Dr Roket; “Raise Your Standard”!!!.”
Menghampiri tempoh akhir pengajian, Puan Sahlawati Abu Bakar kini lebih yakin mengembangkan ilmu dan potensi dirinya dengan lebih berkesan. Sungguh ilmu-ilmu yang beliau perolehi semasa seminar Dr. Roket begitu menepati impian dan cita-citanya selama ini. Beliau percaya, mentor yang tepat dan sahabat seperjuangan yang positif akan merealisasikan hasrat beliau kelak didalam akademik mahupun kerjaya. Anda juga boleh menyeimbangkan akademik dan kerjaya anda bersama Dr. Roket disini: http://t.me/drroket .