Pengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang teknologi maklumat (IT) telah memberikan suntikan semangat kepada Puan Nor Azura Kamarulzaman untuk lebih bersedia dalam mendepani segala rintangan yang mendatang. Beliau yang merupakan graduan Sarjana Muda (IT) dari Universiti Teknologi PETRONAS pernah bertugas di beberapa buah syarikat IT terkemuka dan merupakan ibu kepada 5 orang cahaya mata serta masih bergiat aktif dalam bidang sukan.
Beliau pernah meneroka bidang keusahawanan sebagai seorang usahawan teknologi (technopreneur) selepas graduat dalam bidang Master of Management (IT) di Universiti Putra Malaysia apabila ditawarkan dengan dana sebanyak RM1.2 juta daripada MTDC bagi mengkomersilkan teknologi penyelidikan baru.
Namun, dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam bidang perniagaan teknologi, beliau terpaksa akur dengan ketentuan yang menyebabkan produk yang dibangunkan berdepan dengan cabaran pemilikan harta intelek dan berisiko untuk dikomersilkan dengan jayanya.
Walaupun begitu, dengan semangat kental dan impian tinggi, beliau nekad melanjutkan pengajian PhD Sains dan Teknologi (IT Multimedia) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak tahun 2016 bagi menjalankan kajian teknologi maklumat dan Al-Quran yang merupakan salah satu impian beliau.
Sepanjang pengajian, beliau berpeluang bertugas sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Sains dan Teknologi dan mengajar pelajar Quran Multimedia dan Sunnah Pengurusan Maklumat di Fakulti Pengajian Quran Sunnah di USIM. Perjalanan pengajian PhD beliau tidaklah semudah yang disangka.
Walaupun berjaya dan lulus cadangan penyelidikan pada semester pertama, pelbagai rintangan berkaitan keluarga dan anak-anak terpaksa dihadapi sehingga menyebabkan pengajian beliau agak perlahan.
Dipertemukan dengan Dr Roket dalam seminar GEMPUR atau Nak Ubah Tesis (NUT) pada 28 Disember 2019, beliau telah berjaya mengubah diri dan keluarga hampir 360 darjah. Lebih menarik dan uniknya, beliau menyertai Platinum Dr Roket bersama suami beliau, Tuan Radin Zulhazmi yang merupakan seorang pegawai tadbir dan diplomatik bagi menggapai impian mereka untuk sama-sama menyelesaikan tesis PhD mereka pada tahun 2020 ini. Mereka merupakan pasangan suami-isteri pertama yang menyertai Platinum Dr Roket.
“Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada mentor Dr. Khairul Nizam (Dr Roket), Dr. Mardiana, tim dan sahabat Platinum semua.”, mesej yang disampaikan oleh Puan Nor Azura dan suami kepada Dr. Roket di pagi Syawal 1441H sempena kejayaan mereka mencapai drafdraf tesis sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan hadiah Ramadhan yang terbaik pernah dikecapi dengan mengikuti Ramadhan Zone bersama Dr Roket tahun ini.
Semenjak berjumpa Dr. Roket, beliau memberi 100% komitmen terhadap proses yang diajar oleh Dr. Roket dalam pengurusan Master PhD, menonton Morning Doc dan menghantar TDR pada waktunya. Ini kerana baginya, semua orang mampu mengubah nasib diri sendiri jika kuat berusaha, berdisiplin dan memiliki mentor yang tepat. Puan Nor Azura yang bertekad untuk menghabiskan pengajian PhD dengan kadar segera bagi menggapai impian-impian beliau setelah bergelar Dr. tidak lama lagi.
Beliau juga berimpian untuk berkolaborasi dengan para pengkaji dan professor kegemaran beliau dalam tempoh 5 tahun setelah tamat perjalanan pengajiannya kelak. Antaranya dengan membina jaringan dan sentiasa berhubung dengan pakar bidang tentang kajian mereka dan jurnal yang dihasilkan. Beliau berazam untuk menghasilkan inovasi baru, dan menulis buku serta artikel bagi bidang kepakaran untuk mengekalkan progress dalam circle orang-orang yang berjaya.
Menyeimbangkan tesis dan kehidupan!
Mengujakan bagi Puan Nor Azura, bukan sahaja tesis beliau yang berkembang, malah kehidupan seharian turut menjadi lebih baik. Baru-baru ini pada 30 Jun yang lepas, beliau telah berjaya menyiapkan draf tesis ke-21 dan mengemukakan full draft tesis kepada Penyelia beliau pada 2 Julai baru-baru ini untuk semakan tesis bagi jangkaan notis 3 bulan.
Dalam masa yang sama, kehidupan peribadi beliau dan keluarganya turut dapat diseimbangkan dengan baik.
“Alhamdulillah, saya dapat muhasabah dan refleksi diri setiap hari, saya dapat mulakan semula rutin dan hobi saya bersama suami iaitu bercucuk tanam serta menjalankan projek kebun kecil buah-buahan di depan rumah, dan konsisten bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk beribadah seterusnya memulakan penulisan tesis seawal pagi sebelum Subuh.
Masyaallah, tindakan luar biasa pasti memberi Result luar biasa!
Menamatkan cabaran 6 bulan dalam Thesis Growth Mentoring Programme dengan menyertai program Atlas.ti dan Roket Intensive Class 1 & 2, beliau bersama suami berjaya menjadi antara Platinum Dr. Roket yang terpilih untuk menyertai Vivalicious Bootcamp. Beliau telah membuat pembentangan viva yang bertajuk ‘Semiotic Icon-Based Mobile Application for Motivating in Reciting Quran for Youth’.
“Alhamdulillah dapat hadir ke Bootcamp Vivalicious 18 Julai 2020, ini pengalaman yang sangat berharga. Bersyukur juga kerana berpeluang membawa anak-anak ke Vivalicious Appreciation Ceremony di Hotel Tenera Bangi pada 19 Julai lepas”.
Kini Puan Nor Azura lebih bersedia untuk pembentangan Viva yang sebenar, memantapkan teknik pembentangan, mengembangkan penulisan tesis ke peringkat yang lebih tinggi dan menghabiskan perjalanan PhD yang telah dimulakan dalam masa terdekat.
‘Cabaran kekurangan idea untuk menulis, belum cukup pembacaan bahan & jurnal berkaitan kajian dan pembahagian masa untuk menguruskan tesis & pengumpulan maklumat.’
Kini bukan lagi menjadi masalah dan halangan buat Puan Nor Azura setelah beliau trust the process bersama Dr. Roket. Jika sebelum ini beliau hanya mampu membuat senarai 5 impian selepas bergelar Dr. akademik, kini satu demi satu impian beliau hampir menjadi kenyataan; menunaikan umrah bersama keluarga, menyumbang kepakaran dalam bidang IT Multimedia dan IT Islamik, sebagai usahawan teknologi (technopreneur), menggapai kebebasan kewangan dan menghadiahkan rumah untuk ibu tercinta.
Puan Nor Azura juga bercita-cita menjadi pensyarah IT dan usahawan teknologi untuk mengembangkan potensi diri beliau dengan menggunakan tools Dr. Roket. Beliau yang
berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang keusahawanan, memiliki kemahiran dalam inovasi dan pengkomersilan produk multimedia, bercadang untuk menamatkan PhD terlebih dahulu sebelum menggapai cita-citanya. Beliau mengakui bahawa dengan memiliki proses yang betul, belajar dengan mentor yang ada result dan berada didalam circle yang positif dan networking yang baik amat penting bagi bangsa postgrad sepertinya mencapai impian.
“Syukur dipertemukan dengan mentor yang luar biasa. Terima Kasih kepada Dr. Khairul Nizam, Dr. Mardiana dan tim 2MWorld. Tanpa anda siapalah saya. Semoga Allah Ta’ala merahmati kalian”, Puan Nor Azura melahirkan rasa kesyukuran seusai tamat pembentangan dalam sesi vivalicious.
Bagi para pendidik, pensyarah dan semua bangsa posgrad di luar sana yang belum pernah menyertai seminar Dr. Roket, anda berpeluang menyertai seminar Online Live ‘Mudahnya Siapkan Tesis (MST)’ bersama Dr. Roket pada 24-26 Julai 2020.
Pendaftaran adalah percuma!
Daftar sekarang dengan menghubungi: 019-4588003 (Tuan Amirul).