Masih beliau ingat pada tarikh 8 Mac 2021 sewaktu beliau menerima Emel mengenai tarikh Vivanya iaitu pada 17 Mac 2021, lemah segala sendi-sendi. Beliau menangis dan rasa macam hampir pitam dibuatnya. Mana tidaknya, masa hanya berbaki sekitar lapan hari sebelum menjelang Viva. Biasanya rakan-rakan lain mengetahui tarikh masing-masing sekitar sebulan daripada tarikh sebenar. Beliau berharap dan berdoa agar tarikh itu dianjakkan sebab rasa tak sanggup dan tidak yakin mampu buat persediaan rapi dalam tempoh itu.

Namun begitu, beliau bersyukur kerana berada dalam proses ini, banyak perubahan yang berlaku, alhamdulillah.

Latar belakang laptop serta meja membaca, beliau tampal dengan gambar-gambar bakal examiner serta doa serta impian-impian vivanya. Sangat membakar semangat beliau setiap kali melihat impian viva beliau itu. Di samping bimbingan daripada mentor, peranan para platinum yang sangat prihatin dan sangat suka membantu juga sangat-sangat dihargai. Mereka sentiasa mengingatkan beliau agar tidak leka daripada menyiapkan dan mematuhi jadual road to vivalicious serta menghulurkan bantuan demi bantuan yang tidak diduga. Subhanallah sangat terhutang budi kepada semua.

Atas persediaan itu, beliau kembali mampu menenangkan diri dengan bisikan-bisikan positif, insyallah dirinya boleh. Insyallah dirinya mampu. Dengan bimbingan daripada mentor, setiap hari beliau berlatih menulis secara bebas dapatan-dapatan penting tesisnya selama seminggu. Latihan itu menyebabkan beliau semakin nampak kelebihan tesis beliau dan semakin yakin tesis bahawa beliau sangat memberi impak kepada ummah… Dengan adanya mentor, kita dibantu agar tidak menggelabah sebaliknya fokus buat sesuatu yang benar-benar beri impak sahaja. Alhamdulillah.

Selepas oaching 101 dengan Dr Roket, beliau cuma fokus untuk baiki slaid dan skrip serta berlatih membentang dengan bantuan Platinum Hidayah Ahmad Azam dan Nurul Asyikin Ibrahim. Latihan demi latihan dilakukan sehingga menjelang sehari sebelum viva. Syukur Subhanallah. Sesi-sesi mock viva dengan pakar juga sangat membantu beliau membuat persiapan.

Tetapi terus terang beliau cakap, masih ada rasa cuak dalam diri. Yalah, masa sesi mock viva atau acah-acah viva pun beliau seperti tidak mampu bertenang. Masih diselubungi rasa gugup dan gementar, bagaimanalah agaknya keadaannya semasa viva sebenar nanti. Namun beliau cuba tepis segala bayang-bayang buruk itu dengan bisikan-bisikan positif. Beliau juga menceritakan tentang tesisnya kepada suami dan juga guru-guru tadika yang beliau temui.

Di samping membuat persiapan viva, Ustazah Muazah mula bertindak mengikut saranan mentornya. Beliau mengamalkan tips yang dikongsikan oleh ibunya iaitu amalan bacaan Yasin setiap subuh dan berhenti membaca doa pada ayat ke 82 serta berdoa setiap selepas azan. Beliau juga berdoa kepada SV, bakal examiner serta guru-guru beliau agar dilimpahi kasih sayang daripada Allah. Beliau hubungi pakar-pakar dan mohon restu daripada mereka. Ustazah Muazah belanja makan dan meningkatkan sedekah. Beliau gembirakan ibu ayah, guru-guru, anak-anak dan murid-murid beliau dengan hadiah-hadiah. Beliau juga memohon restu daripada guru-guru, ibu bapa, pengarah serta meminta maaf daripada orang-orang yang beliau kenali dan meminta agar mereka mendoakan sesi viva beliau kelak.

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x