Memutuskan untuk menyambung PhD adalah keputusan yang perlu difikir dengan baiknya oleh seseorang itu. Perlu bersiap sedia dalam menghadapi apa sahaja cabaran mendatang. Cik Puan Noraihan binti Isa, Platinum Batch 5.2. memulakan pengajian PhD pada 26 Febuari 2019 dalam bidang Entrepreneurship and Engineering Education di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (Jabatan Kejuruteraan dan Teknologi). Beliau menyambung pengajian PhD secara part time dan self-sponsored.
Apabila menceritakan mengenai cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika pengajian Master PhD adalah pengurusan masa. Time management merupakan cabaran besar yang beliau alami dan menjadi duri dalam daging sepanjang pengajian PhD beliau. Beliau menceritakan masalah pengurusan masa ini terjadi kerana beliau perlu membahagikan masa sebagai seorang pelajar, seorang yang bekerjaya, sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata.
“Anak saya semua kecil-kecil lagi dan tambah-tambah sekarang sekolah daripada rumah”, luah Cik Puan Noraihan yang merasakan beliau bingung bagaimana nak menguruskan situasi tersebut dan pada masa yang sama beliau juga perlu menggerakkan tesis. Jika beliau tidak mengerakkan tesis beliau bagaiamana pengajian beliau akan selesai secara Grad On Time (GOT) dan Grad Before Time (GBT). Siapa je tak nak GBT dan GOT kan. Saya pasti semua pelajar Master PhD tidak menginginkan untuk extend pengajian.
Selain daripada masalah time management, Cik Puan Noraihan juga alami cabaran dari segi kewangan. Untuk pengetahuan, Cik Puan Noraihan membayar sendiri kos pengajian PhD beliau tanpa menerima sebarang biasiswa. Ada ke sama menghadapi masalah seperti beliau ini? Bukan kos pengajian sahaja beliau usahakan secara sendiri, malah beliau juga perlu belajar secara sendiri tanpa ada rakan-rakan yang akan membimbing. Bak kata para para pelajar Master Phd lain “it’s a lonely journey”.

Journey PhD Cik Puan Noraihan tidak lagi sunyi kerana setelah bersama dengan proses Dr Roket, beliau telah menemui circle yang sangat positive. “Rakan-rakan dalam circle platinum Dr Roket ini mempunyai 1 tujuan yang sama” kongsi Cik Puan Noraihan. Circle platinum Dr Roket ini mempunyai 1 tujuan yang sama iaitu menghabiskan apa yang dimulakan.
Seterusnya apa yang beliau perolehi ialah akan mendapat mentor yang positive. Malah bukan sahaja positive, mentor ini juga mempunyai banyak result dan akan sentiasa akan guide dari semasa ke semasa. Dan daripada situ akan ada push factor yang tinggi untuk terus buat dan buat. Daripada yang dah lama terbengkalai akan berevolusi. Apa sahaja cabaran yang kita hadapi, kita akan dapat satu solution. Solutin tersebut tidak kira daripada life kita ataupun daripada study kita.
Terasa sayang untuk tinggalkan sesi walau seminit malah sesaat kerana setiap bait-bait kata yang keluar dari Dr. Roket dan perkongsian Platinum, sangat impactful. Memang inilah platform yang sangat bersesuaian untuk saya yang bertugas sebagai tenaga pengajar di politeknik dan dalam masa yang sama saya juga belajar. Sangat hectic. Saya perlu mencari jalan untuk keluar dari belenggu pengurusan masa, kehidupan, kerjaya dan belajar.
Selepas melalui proses Dr Roket juga beliau telah berjaya menguruskan pengurusan masa yang dihadapi. Bukan mudah, dengan pelbagai cabaran juga ketika berada di rumah dengan suasana anak-anak yang inginkan perhatian menyiapkan kerja sekolah, menyiapkan kelengkapan sekolah dan sebagainya, namun semua itu saya susun giliran semakan kerja sekolah mereka lebih awal agar tidak mengganggu sesi ibunya untuk menuntut ilmu.
Result Cik Puan Noraihan selepas mengikuti proses Dr Roket adalah setelah beberapa bulan, beliau telah berjaya PDlicious. Syukur syukur syukur beliau berjaya dengan sangat baik dan lancar untuk proposal defencenya. Kini result beliau adalah mempunyai deraf yang ke-20 dengan halaman muka surat sebanyak 210 muka surat.

Puan Noraihan binti Isa begitu bersyukur dipertemukan bersama mentor yang memahami liku-liku sebenar seorang bangsa Posgrad sepertinya. Harapannya bergelar Platinum, membuatkan beliau membuat langkah yang bijak dengan menyertai proses Dr Roket ini.
Perkongsian dan tips yang Dr. Roket usulkan sememangnya berkesan. Jika anda ingin tips dari Dr Roket untuk menulis tesis cepat, jom klik disini untuk dapatkan E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat! >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/