Dahulunya kelam-kabut dan tidak jelas tentang ilmu pengurusan yang betul, agar kehidupan lebih teratur dan gembira. Tambahan pula, jika amanah dan tanggungjawab yang digalas sebagai ibu dan pelajar, yang pastinya memerlukan perhatian sepenuhnya. Tiada yang mustahil sekiranya anda berjumpa bimbingan yang tepat seperti Puan Hidayah Ahmad ini:
“Sebelum ini Dr. Roket banyak terima soalan yang berbunyi, “Salam. Saya baru mendaftar sem ini dan baru sahaja mendapat offer letter minggu lepas. Sesuai sertai program Dr. Roket yang mana? Kerana saya nampak peserta lain semua yang sudah lemas”.
Alhamdulillah, ramai sahaja yang menyertai program Dr. Roket belum mendaftar Master Ph.D pun lagi. Sebenarnya lagi bagus. Ini kami bagi contoh salah seorang Platinum Dr. Roket yang sangat komited dan mendapat result demi result yang luar biasa MasyaAllah.
Seingat kami, beliau menyertai Gempur (nama sekarang seminar Nak Ubah Tesis N.U.T) pada 2 Februari 2019 di Tabung Haji Alor Setar. Waktu itu beliau belum mendaftar Ph.D lagi. Masa ni cabaran utama beliau adalah pengurusan masa untuk tulis tesis sangat kritikal (sebab suka buat kerja pada saat akhir) dan sering itu menjadi sebagai alasan untuk tidak ada masa dengan keuarga, pengurusan momentum menulis tesis yang sangat perlahan, dan asyik pegi kelas Research Methodology tetapi tesis tidak gerak-gerak juga. Perkara ni memang ganggu emosi!
Beliau kemudian nekad sertai Dr. Roket sebagai Platinum Dr Roket dan ikut langkah serta komited dengan semua proses yang disusun tanpa gagal. Alhamdulillah selepas NUT, pengurusan masa antara tesis dengan keuarga semakin teratur, malah lebih bermakna kerana terasa dekat dengan-Nya. Alhamdulillah, kesemua ini memberikan kesan positif pada emosi dan semakin stabil.
Nampak tidak betapa pentingnya pengurusan masa dan pengurusan tesis yang betul itu sangat-sangat membantu, terutamanya untuk orang yang sangat sibuk apatah lagi sebagai ibu dan isteri ni.
Impaknya? Alhamdulillah beliau mendafar Ph.D dengan lebih yakin dan masuk Proposal Defense (PD) dengan siap 15 deraf tesis! Alhamdulillah pemeriksa beri pujian dan galakkan “Literature review is done very comprehensively, I believe that the result research has a high potential to be published in prestigious journals”. Allahuakbar, terharu beliau rasa. Kebanyakan pelajar Master Ph.D, mendaftar dengan proposal yang tidak bersedia dengan baik, apatah lagi untuk bawa masuk PD.
Sekarang ini beliau baru sahaja sem ke-3, sudah hasilkan 39 deraf tesis! Siap ada beberapa artikel dan kini hantar pula ke Q1, siap keluarkan 4 artikel popular lagi. Kesilapan kebanyakan pelajar Master Ph.D adalah, mereka masuk bilik Viva dengan tesis yang siap seketul itulah, yang dibuat sejak selepas PD. Semasa bergelar pelajar Master Ph.D juga masih ada yang tidak jelas kenapa sambung belajar dan tidak nampak apa akan berlaku selepas habis Ph.D.
Apa yang kami perhatikan, walaupun beliau juga adalah isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata, beliau adalah antara Platinum yang sangat komited dan ikuti semua proses tanpa gagal. Beliau sertai semua sesi dan kelas, kemas kini laporan TDR, berkongsi wins, sentiasa doakan dan bantu orang lain dan menggunakan Roket Tools secara agresif. “
Alhamdulillah Tahniah Puan Hidayah Ahmad! Memang untunglah sebab beliau menerima ‘hidayah’ awal. Jom sama-sama kita doakan beliau agar dipermudahkan Ph.D journey beliau sehingga ke penghujungnya, istiqamah dalam kebaikan dan mendapat result yang lebih luar biasa, Amin insyaAllah!
Mereka yang anda lihat ramai yang sertai Dr. Roket sebab lemas tu, memang itulah yang berlaku. Sebab kebanyakannya yang cari Dr. Roket ni sebab sudah kritikal.
Jikalau ikuti jalan seperti Puan Hidayah ini, insyaAllah, anda bukan sahaja GBT, tetapi insyaAllah GBBT! Anda dapat “Short-Cut” dan tidak perlu ulangi kesilapan ramai pelajar Master Ph.D yang lain. Layari website Dr. Roket untuk tindakan anda pula!