fbpx Skip to main content
search
0

Puan Zakiah Azme, sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Undang-undang Jenayah Islam. Beliau yang menuntut dalam semester keenam pengajian, meurupakan penuntut di salah sebuah Institusi pengajian di Brunei.

Beliau pernah berasa trauma dengan pengalaman Master sebelum ini, yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk lulus. Ini disebabkan oleh kurangnya persediaan yang beliau lakukan sebelum mendaftar pengajian di peringkat Master suatu ketika dahulu.

Tidak mahu perkara sama berulang, beliau menjadikan pengalaman tersebut sebagai suatu iktibar buat dirinya untuk peringkat pengajian PhD. Beliau bertekad untuk menyambung PhD dengan betul-betul dan penuh persiapan, biarpun terpaksa mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan menyambung PhD pada tahun 2018.

Dengan tekad ini, beliau cuba merancang pengajian dan menyusun masa sebaiknya. Namun begitu, cubaanya itu kurang mendatangkan hasil. Selepas masuk semester keempat, beliau masih tersekat pada bab ketiga. Dengan jumlah kajian beliau sebanyak 7 bab, beliau merasakan perkembangan tesis beliau begitu perlahan ketika itu.

Beliau cuba mendapatkan pandangan daripada rakan seperjuangan, mereka mencadangkan beliau untuk menyertai Dr. Roket. Pada awalnya beliau hanya menyertainya secara suka- suka dan cuba mengaplikasikan didikan Dr. Roket, namun kurang mendapat momentum.

Semasa wabak Covid-19 melanda, ini menimbulkan kebimbangan yang tinggi didalam diri beliau sehingga tesisnya terabai. Hampir 2 bulan lamanya beliau dilanda kerisauan dan overthinking, yang sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman diri beliau. Beliau memohon kepada Allah Ta’ala agar dipertemukan jalan menyelesaikan PhDnya.

Tidak lama kemudian, beliau ternampak iklan seminar Nak Ubah tesis secara online. Beliau merasakan ini bukan masanya lagi untuk beliau memberikan alasan untuk menyertainya. Hasilnya, seminar ini berjaya mengubah corak pemikiran lebih positif dan membentuk diri beliau yang baharu.

Berpeluang mengenali Dr. Roket melalui salah seorang sahabat seperjuangan di Brunei melalui platform facebook. Kehidupan dan tesis beliau menjadi lebih baik. Klik disini untuk menonton temu bual istimewa bersama Puan Zakiah Azme disini >> https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/397165744720838

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x