Puan Zeti Yusmira, Platinum Dr. Roket yang berasal dari Brunei Darussalam dan ibu kepada dua orang anak. Beliau merupakan pelajar PhD di salah sebuah kolej di Brunei dalam bidang Pendidikan Islam dan berada didalam semester ke-11. Beliau sangat berharap untuk segera menghabiskan pengajian secepat mungkin.
Pada permulaan beliau menyambung pengajian, ketika mana anak masih kecil, beliau merasakan cabaran dari segi komitmen dalam pada masa yang sama perlu memberikan perhatian terhadap anak-anak. Beliau tidak sanggup beralih perhatian daripada anak sehingga terpaksa memohon cuti belajar daripada penyelia.
Dalam pada masa yang sama, atas faktor-faktor tertentu beliau terpaksa menukar penyelia dan tajuk kajian. Ini menambahkan cabaran beliau yang juga perlu menjaga anak yang masih kecil. Situasi ini menjadi faktor beliau pernah terniat mahu berhenti belajar dan memberi perhatian sepenuh masa kepada anaknya.
Sekian lama beliau dibelenggu oleh perasaan mahu berhenti, ini yang mengakibatkan beliau mengalami tekanan. Sehinggalah beliau kembali berjumpa penyelia dan cuba menggerakkan tesis sedikit demi sedikit. Pada tahun 2018 beliau terjumpa iklan Dr. Roket secara maya dan detik perubahan hidup beliau mula berlaku.
Dahulunya beban sebagai seorang ibu dan pelajar PhD terasa berat buat beliau, mujur beliau mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan suami beliau. Sedari dahulu Puan Zeti sememangnya minat dalam menuntut ilmu, ini secara tidak langsung menjadi ‘big why’ beliau bertahan dalam perjuangan PhD ini.
Bermula daripada penyelia menghadiahkan Rocket Research Diary (RRD), Puan Zeti terus mengikuti Dr. Roket didalam media sosial. Beliau mula menyedari bahawa pengajian beliau perlukan pengurusan yang baik, dan tidak cukup dengan sekadar belajar seperti biasa.
Beliau menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) tidak lama kemudian, dan percaya bahawa nasibnya itu mampu diubah. Semenjak itu, beliau mengikuti formula-formula yang Dr. Roket berikan dan menjaga amalan harian beliau yang berhasil membina kepercayaan diri beliau semula.
Terlalu banyak input-input berkesan yang beliau amalkan sehingga berjaya menunjukkan hasil kepada kehidupan dan tesis beliau. Ingin ketahui lagi impak-impak positif beliau mengikuti Dr. Roket? Klik disini dan tonton sesi temu bual istimewa Puan Zeti Yusmira bersama Dr. Mardiana >> https://www.facebook.com/100043948158360/videos/826654154561413