fbpx Skip to main content
search
0

“Aku sesuai persangkaan hamba-ku. Aku bersamanya Ketika ia mengingati-Ku. Jika ia mengingati-Ku  saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada itu (kumpulan Malaikat).” [HR. Bukhari & Muslim]

Sesungguhnya Allah Ta’ala mengikuti persangkaan hambanya dan inilah yang Nabi SAW ajarkan kepada umatnya. Membetulkan kepercayaan umat manusia atau Akidah, inilah perkara pertama yang Nabi SAW tekankan semasa peristiwa Hijrah sebagai menyahut seruan daripada Allah Ta’ala menyebarkan syiar Islam.

Mari kita renungkan semula kejadian diri sebagai manusia, sungguh sempurna bersama akal, hati, roh dan jasmani. Elemen-elemen ini saling berhubung dan berkait antara satu sama lain.

Dan sesungguhnya Allah Ta’ala meletakkan akal berada di kedudukan tertinggi, menandakan tingginya darjat pemikiran seseorang insan. Begitu juga dengan persangkaan dan emosi kita, yang menjadi elemen utama dalam menentukan tindakan dan hasil yang akan kita capai.

Kepercayaan, Penentu Kebebasan Diri.

Sejarah kemerdekaan negara telah membuktikan bahawa ia datang daripada kepercayaan dan semangat tokoh-tokoh pahlawan yang tidak pernah luntur. Kemerdekaan yang kita kecapi kini adalah hasil kepercayaan dan jerih payah para pejuang bahawa tanah air ini mampu mencapai kemerdekaan sendiri.

Dan sudah semestinya kemerdekaan 31 Ogos yang kita sambut saban tahun adalah hasil daripada tindakan-tindakan betul yang pejuang tanah air lakukan selama puluhan tahun.

Corak pemikiran atau mindset yang bermula daripada akal, akan menghasilkan tindakan yang selari mengikut apa yang kita fikirkan. Jika kita sentiasa berfikiran positif dan baik, Insyaallah akan membuka pintu kecemerlangan dan peluang kejayaan akan semakin menghampiri kita.

Inilah yang akan membebaskan diri anda daripada segala bentuk halangan yang sebenarnya bermula dari dalam minda kita sendiri! Ubah pemikiran, bererti anda bakal mengubah kehidupan.

Buanglah prasangka buruk terhadap kemampuan diri dan orang sekeliling kita, kerana ini akan mempengaruhi emosi kita secara tidak langsung. Pesaing yang sebenar- benarnya adalah ada dalam diri kita bagi mencapai cita- cita.

Oleh sebab itu, anda perlu jelas dengan apa yang anda ingin capai dalam tempoh terdekat dan 10 tahun akan datang, sematkan didalam minda dan percayalah akan tindakan yang anda lakukan serta kawal emosi dengan bijak.

Jika kita sering bermain dengan emosi dan membesarkannya, sukar untuk kita berkembang dan berjaya.

Dalam apa jua aspek kehidupan, kita kadang kala terpengaruh dan mudah mengikut emosi semata-mata tanpa bersikap rasional.

Ini sebenarnya memakan masa produktif dan ingatlah bahawa mereka yang mengikut kata hati semata-maka biasanya merugikan diri sendiri kerana mereka menghalang tindakan tepat yang boleh mereka buat berbanding melayan emosi.

Sebaiknya, gunakanlah emosi untuk melantunkan momentum dan tenaga dengan lebih tinggi.

Besarkan kehidupan, kecilkan emosi negatif

Buat anda yang bergelar bangsa Posgrad, atau sesiapa sahaja anda, emosi ini ibarat ketua anda atau ‘key leader’. Emosi atau ketua seharusnya sentiasa positif, selalu berkata boleh dalam tugasan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran Graduate on Time contohnya.

Gunakanlah emosi kita bersesuaian mengikut keadaan, situasi dan tempat, dan pastikan ianya membantu tindakan- tindakan yang kita lakukan bagi mencapai impian.

Bayangkan kita menjadi individu yang diimpikan.

Kemudian kita perlulah berusaha sedaya upaya menjadi insan tersebut. Kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan dan rutin mereka agar menjadi seperti insan yang kita kagumi itu dari segenap aspek kehidupan.

Sudah semestinya ini menuntut disiplin, komited dan dedikasi yang tinggi bagi mencontohi ‘idola’ kita itu. Tindakan dan sikap yang betul hendaklah konsisten pada setiap hari walau apa jua kritikan, halangan dan dugaan mendatang.

Benar, jarak antara impian untuk menjadi kenyataan hanyalah antara diri dan kehidupan kita. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap kehidupan ini dan tiap perkara yang berlaku, kerana semuanya bermula daripada pemikiran kita.

Corak pemikiran dan emosi yang tepat akan membantu ketahanan kita mencapai segala impian. Namun begitu, kita hendaklah benar-benar bertekad mahukan dan rasakan didalam diri impian dan tindakan yang perlu kita buat.

Kita mestilah jelas dan terang tentang visi kita, dan percayalah yang kita akan mampu mencipta hasil dan pencapaian yang luar biasa. Ini kerana, kita akan menarik sesuatu perkara mengikut kepercayaan kita.

Pastinya semua ini memerlukan kesabaran, pengorbanan, kerja keras dan keputusan yang sukar pada awalnya. Hanya mereka yang memiliki minat yang mendalam dan semangat yang tinggi sahaja mampu bersikap sedemikian.

Namun percayalah, berkat dedikasi dan disiplin yang tinggi, kita akan rasai sendiri perubahan positif dalam hidup.

Ini sebenarnya mendekatkan kita kepada kemerdekaan sebenar didalam diri, iaitu bebas daripada emosi negatif dan minda menjadi lebih terbuka terhadap potensi diri dan peluang yang ada di sekeliling.

Ingatlah, mereka yang menang adalah mereka yang benar-benar mahukan kejayaan dan memberikan 100% usaha agar impian menjadi kenyataan.

Bersama mentor Dr. Roket, anda mendapat pendedahan awal bagaimana menggunakan emosi untuk berjaya bukan sahaja dalam pengurusan akademik, malah kehidupan anda bakal berubah lebih baik.

Dr. Roket memberikan anda tiga perkara berharga, yang terbukti berkesan untuk memerdekakan diri anda, sekiranya anda komited! Mahu tahu lebih lanjut? Klik disini :

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x