fbpx Skip to main content
search
0

Puan Tasnim Ismail, pelajar PhD dalam bidang pengajian Pengembangan Pertanian dari Universiti Putra Malaysia, dahulunya sukar fokus dalam pengajian PhD beliau.

Ini disebabkan beliau yang bersikap perfectionist hingga menyebabkan tesis beliau berkembang perlahan dan hampir sahaja tersangkut, Allahu Akbar!

Ini menyebabkan beliau selalu sahaja bertangguh dalam penulisan kerana merasakan pentingnya kesempurnaan tesis.

Pada 6 Julai 2019, beliau mengambil langkah bijak dengan menyertai Seminar GEMPUR walaupun menghadapi sedikit cabaran kewangan ketika itu.

Namun kerana mempercayai bahawa tiada yang mustahil jika ada kesungguhan, beliau tetap mendaftar seminar GEMPUR dan ketika itu, minda beliau mula terbuka bahawa tesis itu mudah untuk disiapkan.

Beliau bersyukur kerana sikap suka bertangguh dan perfectionist beliau dalam penulisan PhD mulai beransur pulih.

Namun begitu, beliau menyedari sikap-sikap negatif tersebut masih belum hilang sepenuhnya daripada dirinya, kerana masih belum mampu meningkatkan jumlah draft pertama beliau semenjak 1 Mei 2019.

Beliau meneruskan mempercayai proses Dr. Roket dengan menyertai Roket Intensive Class 1 pada 26 hingga 28 Julai 2019, yang mengajar beliau untuk menukarkan fokus dan emosi menjadi faktor penolak untuk menggerakkan tesis.

Tidak terhenti di situ, Puan Tasnim menyambung penyertaan di dalam Rocket Intensive Class 2 dan berjaya mengekalkan fokus dan momentum untuk menulis.

“Gunakan Emosi Hanya Untuk Melantunkan Momentum Anda Menjadi Lebih Tinggi”, (Dr. Roket, 2020).

Kata-kata ini terbukti berkesan kepada Puan Tasnim kerana tidak lama selepas mempraktikkan, beliau berjaya menyiapkan draft yang kedua pada 9 Ogos 2019 iaitu dalam tempoh seratus hari sahaja.

Beliau berjaya menyelamatkan tesis beliau daripada terus tenggelam di dasar lautan kerana sikap negatif sendiri.

Perubahan paling ketara yang dirasai oleh Puan Tasnim adalah beliau semakin jatuh cinta dengan status sebagai bangsa Posgrad, apabila beliau sentiasa bersemangat dan ingin sentiasa menulis tesis tiap hari.

Hasilnya, beliau berjaya konsisten menulis sebanyak 5 halaman setiap hari dan telah berjaya mempunyai sebanyak 2530 halaman tesis sejak bermula dari deraf pertama.

Beliau kini sedang menyiapkan deraf ke-14 dan menyasarkan menyiapkan sebanyak 240 muka surat bagi memenuhi syarat program universiti.

Puan Tasnim membuktikan, berkat beliau komited dengan proses yang betul bersama Dr. Roket kini beliau lebih yakin dengan tesis sendiri dan menyasarkan untuk menghantar notis 3 bulan pada bulan November tahun ini.

“Besarkan Kehidupan, Kecilkan Tesis”, (Dr. Roket, 2020).

Bersama Mentor Pengurusan Tesis dan Kehidupan Nombor Satu Malaysia, kehidupan Puan Tasnim juga berubah lebih baik dan menjadi lebih tenang.

Perhubungan bersama penyelia juga semakin baik serta hilang perasaan takut untuk berjumpa, kerana beliau mula memasang niat untuk menjaga hubungan baik bersama penyelia dalam jangka masa panjang.

Puan Tasnim berpegang pada prinsipnya; “Thesis Never Grow in A Comfort Zone” dan bertekad untuk terus berada di dalam circle group Dr. Roket bagi mencapai impian Graduate On Time (GOT).

Ayuh keluar dari zon selesa anda, Dr. Roket sedia membantu anda disini:

https://bit.ly/NAKJOIN_DRROKET

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x