KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Zalehah, PhD UTM KL
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 09 Januari 2026 iaitu (Dr) Zalehah.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Zalehah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
(Dr) Zalehah binti Muyet.
BIDANG:
Kejuruteraan Perisian.
UNIVERSITI:
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL).
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Ts. Dr. Shamsul bin Sahibuddin (SV).
TAJUK KAJIAN:
A Conceptual DevOps Model for Enhancing Collaboration Between Software Development and IT Operations in the Malaysian Public Sector Software Process.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Landskap Pembangunan Sistem di Sektor Awam Malaysia menghadapi isu kolaborasi antara Software Development dan IT Operation yang menyumbang kepada projek lewat. Penggunaan Metodologi Pembangunan Sistem sedia ada tidak menekankan kepada kolaborasi antara Software Development dan IT Operation. DevOps merupakan pendekatan terkini pembangunan sistem yang menekankan kepada kolaborasi antara Software Development dan IT Operation dan terbukti dapat mempercepatkan software release cycle. Memandangkan tiada kajian literature berkaitan pelaksanaan DevOps di Sektor Awam Malaysia. Kajian ini mencadangkan satu Conceptual DevOps Model untuk Sektor Awam Malaysia. Model ini telah dinilai oleh pakar di Sektor Awam Malaysia melalui cadangan DevOps Strategy.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
Conduct multi-group analysis and employ longitudinal design.
Terima kasih kepada (Dr) Zalehah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













