KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Osinton Magansal, PhD Uni NBUC

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 25 Disember 2025 iaitu Dr. Osinton.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Osinton atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Osinton bin Magansal.

BIDANG:

Business and Administration.

UNIVERSITI:

North Borneo University College (NBUC).

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Dato. Dr. Azimuddin Bahari (SV)

2. Prof Madya Dasima Kalirab (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Strategic Improvement For The Implementation of Knowledge Management System in Oil Palm Plantation’s Supply Chain Management in Malaysia.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Latar Belakang Kajian

Industri kelapa sawit merupakan penyumbang utama ekonomi Malaysia, namun pelaksanaan KMS dalam rantaian bekalan masih lemah akibat silo maklumat, ketidakseragaman prosedur dan penggunaan teknologi yang tidak konsisten. Kajian ini dijalankan untuk menilai jurang tersebut dan mencadangkan strategi penambahbaikan KMS yang lebih tersusun dan bersepadu.

Hasil Kajian

Kajian ini berjaya mengenal pasti faktor kritikal yang mempengaruhi keberkesanan KMS, termasuk teknologi, budaya perkongsian ilmu, sokongan kepimpinan dan standardisasi proses. Hasilnya, satu Model Penambahbaikan Strategik KMS dibangunkan untuk meningkatkan integrasi rantaian bekalan, ketelusan data, dan kecekapan operasi industri kelapa sawit.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

1. Kajian masa hadapan dicadangkan menggunakan data primer seperti temubual pengurus ladang, pekerja operasi, dan pembangun sistem KMS untuk memahami faktor sebenar di lapangan.

2. Penyelidik juga boleh menilai model KMS berasaskan AI/IoT, termasuk integrasi dron, sensor tanah, dan predictive analytics.

3. Perbandingan antara ladang kecil vs ladang korporat dapat memberi gambaran lebih menyeluruh.

4. Kajian longitudinal turut penting untuk menilai kesan jangka panjang KMS terhadap produktiviti dan keberkesanan rantaian bekalan.

Terima kasih kepada Dr. Osinton atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x