fbpx Skip to main content
search
0

Pagi 16 Mac 2021 selepas membuat latihan pembentangan yang terakhir, beliau semakin merasa teruja untuk berviva namun masih merasa sedikit tertekan. Tetapi, menjelang sebelum zuhur, selepas beliau dibimbing secara peribadi oleh mentornya, Dr. Roket, beliau mula merasa sangat lapang tenteram dan yakin dengan diri dan tesis beliau. BERTENANG. Itulah azimat paling berharga buat Ustazah Muazah. Beliau semakin yakin dirinya akan mampu buat yang terbaik. Menjelang  petang itu beliau tidak lagi sibukkan diri dengan tesis sebaliknya beliau alihkan tumpuan kepada ahli keluarganya. Gembirakan mereka yang telah banyak berkorban sepanjang 4 tahun ini.

Beliau bawa mereka menginap di hotel bersama-sama. Ustazah muazah temani mereka mandi kolam dan makan bersama. Mereka peluk mereka dan ucapkan terima kasih berkali-kali kerana sudi berkorban dan bersabar dengan dirinya selama ini.

Menjelang malam viva, beliau penuhi waktu itu dengan menelefon dan berbual-bual dengan ibunya.

Setelah itu beliau mesej semua orang yang masih belum dihubungi untuk mohon maaf. Meja untuk sesi besok telah beliau siapkan seawal mungkin. Beliau masuk tidur seawal 10.30 malam selepas melihat sekali imbas nota-nota yang beliau tulis. Tidur dengan penuh nyenyak selepas visualkan sesi vivanya yang indah besok.

Besoknya beliau bangun awal seperti biasa. Bangun dengan penuh ceria dan bersemangat. Hari yang dinanti-nantikan telah tiba akhirnya.. yess!!

Beliau bermunajat kepada Allah seperti biasa kemudian beristighfar dan membaca surah Yasin. Menjelang subuh, beliau menghantar mesej mohon ampun dan restu daripada  penyelia beliau untuk ke sekian kalinya. Balasan mesej mengandungi kata-kata pujian dan  semangat oleh penyelia beliau, benar-benar menjadikan hati beliau berbunga-bunga kegembiraan.

Selepas subuh beliau ambil sarapan ringan dan mula membuat persiapan untuk menyambut hari yang paling bererti dalam hidupnya. Memandangkan hari masih awal, beliau rebut peluang itu untuk melakukan rutin morning walk sekitar kawasan hotel sambil membaca zikir Hisnul Muslim.

Sepanjang melakukan aktiviti tersebut, tiba-tiba sahaja hati beliau dilimpahi rasa bahagia yang bukan kepalang. Bahagia kerana akhirnya tiba juga kemuncak perjalanan PhDnya. Bahagia kerana tidak menyangka beliau mampu berjaya sampai hingga tahap ini. Bahagia kerana tak lama lagi beliau akan menikmati hasil daripada kerja keras beliau selama ini. Bahagia kerana hasil kajian beliau akan dinilai dan diberikan penghargaan oleh para pakar.. Sungguh beliau sangat bahagia.

Sesekali datang pula rasa terharu. Terharu kerana dengan izinNya serta berkat beliau melalui proses ini, beliau mampu bersedia serapi mungkin dan bertenang setenang-tenangnya sehingga saat itu.

Terharu kerana dalam masa yang sama beliau mampu bahagiakan suami anak-anak juga insan-insan sekeliling beliau. Terharu kerana beliau tahu saat itu penyelia dan guru-guru beliau, ibu bapa, suami serta ratusan insan-insan yang beliau kenali mahupun tidak kenali sedang menghantar doa-doa tulus mereka bertubi-tubi kepada Allah mendoakan kelancaran PhDnya. Sungguh beliau hati beliau sangat tersentuh berasa di dalam circle positif ini..

Dan ternyata, sepanjang sesi viva berlangsung sangat menakjubkan apabila beliau berasa sangat-sangat tenang dan santai. Langsung tidak merasa gentar apalagi takut untuk berhadapan dengan para penilai. Beliau membentangkan slaid dengan sangat cemerlang hingga mendapat pujian daripada pengerusi bahawa mereka seolah-olah sedang menyaksikan sebuah dokumentari TV pendidikan. Sepanjang sesi beliau mampu tersenyum dan menjawab semampu mungkin segala persoalan yang dilontarkan oleh para penilai.

Sungguh beliau pelik, ini bukan dirinya yang sebenar. Seorang  Muazah selama ini seorang yang sangat mudah menggelabah, lemah semangat dan sangat takut untuk berhadapan dengan situasi ujian bersemuka seperti itu. Apa lagi untuk tersenyum dan menjadi sangat tenang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Memang menakjubkan. Walaupun soalan bertubi-tubi tetapi tetap sangat santai dan relaks. Syukur alhamdulillah.

Sebaik selesai sesi Q&A, terus beliau sujud syukur atas nikmat tersebut. Beliau pasrah apa sahaja keputusannya sebab beliau tahu terlalu banyak kekurangan pada tesisnya. Semasa sesi Q&A sebentar tadi pun, ada beberapa persoalan yang beliau tidak mampu menjawab dengan baik. Jadi, beliau redha. Apa yang penting, beliau sudah selesai menjalani sesi yang suatu ketika dahulu sangat beliau geruni. Dengar nama VIVA pun beliau dah rasa tak keruan.

Namun, apabila pengerusi mengumumkan keputusan bahawa tesisnya terpilih untuk dicalonkan sebagai tesis terbaik USM 2021..Allahuakbar!! Beliau menjerit kecil dan menangis. Subhanallah. Ini memang benar-bena di luar dugaan. Sungguh-sungguh beliau tidak menyangka Allah sediakan dirinya result yang sangat bernilai untuk beliau hadiahkan kepada keluarganya, ibu bapa, penyelia serta mentornya yang tercinta.

Allaurabbi.. Rakan-rakan platinum yang telah bersedia sedari awal dengan pelbagai hadiah untuk meraikan kejayaannya, semuanya tidak dapat menahan perasaan menangis kegembiraan, berkongsi rasa penuh keharuan atas pengakhiran yang indah ini. Subhanallah!!

Ternyatalah, Viva itu akan menjadi sangat indah jika kita berjaya lalui prosesnya dengan betul bersama Dr. Roket. Syukur ya Allah atas segala nikmat yang tidak terhingga..

Hapus semua lelahku

Kau buat ku lupa ujian bertalu

Terima kasihku atas kesetiaan

Kau buat ku lupa ujian bertalu

Terima kasihku atas kesetiaan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x