fbpx Skip to main content
search
0

Melancong sambil menimba ilmu bersama-sama rakan seperjuangan, pastinya kenangan manis yang sangat berharga buat kita semua. Mengimbau kembali pengalaman serupa sewaktu belajar dahulu, Puan Nur Hidayah Ahmad mengabadikan pengalaman menjadi peserta bengkel Rocket Inner Circle Meeting (RICM) didalam sebuah potret bermakna. Potret istimewa ini mengandungi hikmah dan kenangan tersendiri buat Puan Hidayah Ahmad, beliau kongsikan istimewa bersama Dr. Roket:

“Assalamu’alaikum, saya Nur Hidayah Ahmad, peserta Bengkel Rocket Inner Circle Meeting (RICM). Gambar yang anda lihat ini sangat menggambarkan perasaan keterujaan saya semasa hadir RICM.

Belum pun habis RICM, saya berasa tidak sabar-sabar hendak menggerakkan AV dan BV. Untuk makluman smua, sebenarnya ni kali kedua saya bergambar melompat.

Kali pertama sewaktu pergi ke China menjadi delegasi Politeknik dan Kolej Komuniti, Malaysia (exchange program). Sewaktu itu kami perlu panjat tangga yang sangat banyak. Sebaik sahaja tangga terakhir, saya berasa tidak boleh berhenti macam itu sahaja. Saya rasa hendak buat sesuatu yang dapat memindahkan tenaga saya. Maka saya pun melompat dan meminta tolong kawan saya ambilkan gambar tersebut.

Semasa RICM, sekali lagi saya berasa perasaan yang sama. Tenaga saya bertambah-tambah. Saya perlu buat sesuatu untuk transfer tenaga saya sekali lagi. Kali ini suami saya tolong ambilkan gambar.

Sebaik sahaja saya melihat gambar yang suami saya ambil, baru saya perasan, kotak Dr. Roket berada betul-betul di atas puncak bangunan COLMAR, tempat bersejarah RICM berlangsung. Allahu, inilah semangat saya. Perasaan saya semangat platinum Dr. Roket yang tidak pernah saya dapat sebelum ni. Semangat RICM yang sangat berimpak. Saya tidak pernah bayangkan saya boleh gerakkan AV dan BV serentak. Sebab inilah punca terbesar mengapa tesis master saya dilanda ribut.

Disini, saya belajar sesuatu yang sangat-sangat berharga. Disini memberikan saya jiwa dan harapan yang baru. Rupanya Allah Ta’ala telah menjawab doa-doa suami saya. Saya baru tahu rupanya suami saya selalu berdoa agar saya membantu gerakkan bisnes sama-sama. Allahu, terima kasih Allah. Terima kasih temukan saya dengan Dr. Roket.

Saya semakin hari semakin mendalam rasa syukur saya atas nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya. Terima kasih Dr. Roket dan Dr. Mardiana. Saya sangat- sangat menghargainya. Terima kasih tim Dr. Roket kerana terus menerus memberikan komitmen terbaik menjalankan tugas yang terbaik untuk Dr. Roket dan Dr. Mardiana yang sangat dekat di hati saya.”

Manfaatkan peluang yang anda perolehi dengan sebaiknya, kerana dengan sikap optimis dan  komited anda akan membuka peluang yang lebih besar. Seperti kisah Puan Hidayah yang kita baca sebentar tadi, beliau bukan sahaja berpeluang bertukar- tukar maklumat dan ilmu bersama rakan seperjuangan PhD. Malahan Puan Hidayah lebih jelas kaedah untuk menggerakkan bisnes bersama suami dengan lebih maju. Sambil menyelam minum air, klik disini https://t.me/drroket  untuk kesempatan seperti ini didalam Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada Disember 2020 ini.

–> Dapatkan lebih banyak penulisan online menarik dan kreatif, buat motivasi dan inspirasi anda dengan melayari dan ikuti #penacikbungaliana !

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x