Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat bertemu dengan Dr Roket dan menjadi asbab untuk saya menemui jalan keluar kepada lorong gelap Phd journey yang saya tempuhi sebelum ini.
Saya dah siap draf pertama pada tanggal 16 Mei 2020.. iaitu 20 hari selepas saya menghadiri program RIC1. Saya sasarkan untuk siap dua bulan, tetapi kerana semangat dan dorongan yang selalu dikongsikan dari kawan2..akhirnya target telah ditukar, tak sampai sebulan!! Betapa nikmatnya circle group yang positif.. terima kasih semua sahabat2 platinum.
Cabaran yang dilalui saya ialah saya telah diminta penyelia untuk menukar skop kajian, ia bererti menukar tajuk. Kalau situasi ini dilalui sebelum saya berjumpa dengan Dr Roket, pastinya berbulan masanya perlu diambil untuk siap draf baru.. tapi dengan izin Allah, ianya hanya mengambil masa 4 hari sahaja. Syukur.
Biarpun ibu saya sudah meninggal dunia untuk berkongsi saat manis ini bersama saya
namun harapannya tetap saya bawa dan senyuman isteri kini menjadi pembakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini hingga selesai.
Terima kasih di atas jasa dan panduan Dr Roket kepada saya. Terima kasih ilmu TM168, yang dikongsikan oleh Dr Mar, permata hati Dr Roket kepada saya dan rakan2 platinum. Terima kasih Team dr roket yang awesome. Hanya allah mampu memberikan nikmat terbaik untuk anda semua dengan syurga yang tertinggi. Moga setiap tulisan saya di tesis ini akan dijadikan saham buat anda semua disyurga Allah.
(PLATINUM DrRoket;200)
16 Mei 2020
10.00pm